Hampir seminggu setelah Win meninggalkan kediaman mewah itu, Jong kini kembali seperti dirinya yang dahulu. Pendiam dan muram. Mike kini dijaga oleh Wani dan Khairi kerana mereka sudah tahu apa yang akan terjadi setelah Win pergi.
Telefon pintarnya dibuka dan nombor telefon milik Win didail.
The number that you...
Hanya keluhan yang keluar dari mulut Jong apabila nombor telefon Win tidak dapat di hubungi. Pesanan turut dihantar melalui aplikasi Whatsapp namun hanya tanda kebalu kelihatan dan tiada jawapan dari Win.
Seperti kucing hilang anak, Jong menghubungi Wani untuk mengetahui sekiranya mereka ada terserempak dengan Win. Namun hampa sekali lagi apabila mereke turut tidak dapat mengesan jejak Win.
Air matanya mulai berjatuhan apabila terkenang setiap bait-bait kata yang tertulis di atas kertas yang ditinggalkan oleh Win. Seakan warna-warni kehidupannya turut hilang apabila Win meninggalkan rumah itu. Tiada lagi gurau senda dan gelak ketawa kedengaran.
HAIQAL
Nama itu tiba-tiba muncul diminda Jong. Ait mata diseka sebelum mendail nombor telefon Haiqal.
"Hello bro, kau free tak hari ni?"
"Hello bro, lama tak dengar suara. Aku free je, kenapa?" Kedengaran suara dari corong telefon.
"Aku nak jumpa kau sekejap boleh?"
"Boleh je."
"Kita jumpa di kafe."
"Ok, aku tunggu kau di kafe."
Talian dimatikan.
Kimi yang merupakan kawan rapat kepada Win sepanjang dia bekerja di kafe milik Haiqal itu sedang sibuk menyiapkan pesanan pelanggan yang baru saja diterimanya.
TINGGGG!
Loceng di kaunter ditekan untuk memberitahu pelanggan bahawa pesananya sudah sedia.
"Terima kasih." Ucap pelanggan lelaki yang agak tinggi darinya dan tidak kurang tampannya.
"Sama-sama." Balas Kimi sambil tersenyum.
"Kimi, boss panggil." Kata Shai yang baru baja datang membawa pesanan.
"Baiklah." Balas Kimi lantas berjalan menuju ke pejabat Haiqal.
TOKK! TOKK!
"Masuk."
Kimi terus memasuki ruangan pejabar Haiqal sebaik saja mendapat kebenaran dari majikannya.
'Alamak, kenapa dia handsome sangat hari ni.' Guman Kimi sambil membetulkan apron di pinggangnya.
"Jangan tengok saya macam tu, saya tahu saya ni handsome." Sergah Haiqal yang membuatkan Kimi terlopong.
'Alamak, dia tahulah aku dok tenung dia.' Desis Kimi
"Perasannya boss aku ni." Ujar Kimi sambil menyengetkan bibirnya.
"Ala, saya tahu saya memang tak perasan handsome pun. Sebab saya memang handsome. Apa lagi kalau awak yang kata saya handsome." Seloroh Haiqal sambil menunjukkan barisan gigi putihnya.
"Kalau boss panggil saya sebab nak bagitahu pasal benda tu, baik saya keluar. Banyak lagi pesanan yang saya kena buat." Bidas Kimi sebelum memusingkan tubuhnya.
DUSH!
Tubuhnya dirangkul dari belakang dengan erat. Terasa hembusan nafas berat di belakang telinganya.
"Tunggalah sayang, bie ada benda nak bagitahu ni."
Terasa bagaikan sekuntum bunga mawar yang sedang mekar apabila Haiqal melakukan dirinya sedemikian. Hubungan yang mereja jalinkan sudah hampir lima bulan itu ternyata menjadi penyeri kepada perniagaan Haiqal.
"Hmm, apa dia bie?" Soal Kimi dengan nada merajuk.
"Merajuk ke? Susah nak pujuk sayang kalau tengah waktu kerja ni, nanti orang pelik pula tengok sambut sayang serabai." Seloroh Haiqal.
"Bie nakal yea." Ujar Kimi sambil mencubit lengan sasa yang merangkul pinggangnya.
Auch!
"Janganlah cubit, cuba kiss."
"Siapalah yang nak kiss gorila?" Seloroh Kimi.
"Oooo...gorila ye. Malam nanti gorila ni baham sayang." Gertak Haiqal sambil mengeratkan pelukannya.
Mereka berdua ketawa sambil pelukan dipinggang Kimi dileraikan dan kucupan mesra hinggap dipipi Kimi.
Bersambung,
Kalau sayang semua suka, boleh vote dan comment. TQ.
![](https://img.wattpad.com/cover/317707112-288-k970830.jpg)
YOU ARE READING
Abang Sado, Adik Angkat
FantasyMengisahkan kehidupan seorang lelaki yang terpaksa menjaga anaknya seorang diri dan akhirnya bertemu dengan seorang anak muda yang membantunya dalam melaksanakan tugasan hariannya. Apakah yang bakal berlaku dengan kehidupannya? Watak: 1. Jong Liew ...