" mana bomi ? "
Aku berlari anak menuruni tangga akibat mandi lama sangat sampai tak perasan dah masuk waktu makan malam. Kesian diorang dah tunggu aku lama nak makan.
" sini sini "
Diorang toleh pandang aku.
" sorry "
Aku pandang muka suga dah macam nak meletup marahkan aku. Merah bukan main lagi. Marah la tu. Kena tunggu aku. Padan muka.
" it's okay. Jom makan " jawab jin.
Walaupun aku hanya sekadar maid dalam rumah ni, tapi diorang tetap suruh aku makan sekali dan semeja dengan diorang. Sebab kata namjoon, bila kita serumah, takda istilah pangkat pangkat lagi. Aku pun setuju je la kan. Kan karang tolak kan, harus aku kena makan pengetup dengan suga.
" cutie.. "
Aku mengangkat kepala memandang jimin bila dia memanggil aku. Aku dah sedia maklum dengan panggilan diorang terhadap aku. Aku pun tak faham la kenapa diorang panggil aku macam tu. Macam la aku ni takde nama.
Namjoon panggil aku princess, Hoseok sunshine, V bunny, Jimin cutie, jungkook pretty dan jin pula sweetheart. Suga je tak pernah panggil aku apa apa.
" ye ? "
" cutie dah ada boyfriend ke ? " soal jimin. Nasib baik tak tersembur je nasi dalam mulut aku ni dengar soalan dari jimin tadi. Dan dapat aku rasakan yang sekarang ni 7 pasang mata sedang memandang ke arah aku. Seolah-olah sedang menunggu jawapan dari aku.
" err.. takde. Kenapa ? " jawabku. Jimin senyum.
" married ? " soalnya lagi.
" nope "
" kenapa ? " kali ni jungkook pula menyoalku.
" tak fikir lagi pasal semua benda tu " yela. Aku ni nak jaga diri sendiri pun tak mampu sangat. Ni kan pula nak jaga suami. Eh biar la dulu. Nanti nanti la aku kahwin.
" sweetheart ni muda lagi. Kenapa boleh tak berfikir nak ada boyfriend ? Sebab kalau umur sebaya sweetheart ni, biasanya orang akan enjoy dengan life diorang. Like couple ke. Date ke " kata jin. Aku senyum tipis.
" orang lain. But not me " jawabku perlahan. Aku nampak hujung mataku suga mendongak memandang aku.
" maksud bunny ? "
" saya tak pernah fikir pun tentang semua tu, tak terfikir pun nak enjoy macam orang lain. Sebab. Saya nak cari adik saya dulu " jawabku.
" adik ? " suga bersuara.
Aku angguk.
" kenapa ? "
" i lost him. Because of my dad. Sebab tu sekarang ni saya nak cari dia " beritahuku.
" macam mana.."
" my dad jual dia " potongku. Jelas muka diorang terkejut.
" sebenarnya, my dad nak jual saya. Saya tak tahu pasal ni. Tapi adik saya tahu. Masa tu saya dah naik kereta dengan my dad, my dad tiba tiba kena jawab call. Then tinggal saya sorang. And my brother come to me lepastu dia letak ubat tidur dalam air saya, and tukar tempat dengan saya tanpa pengetahuan my dad. Saya sedar sedar je, saya dah hilang dia " ceritaku.
Diorang diam. Terkejut mungkin.
" masa tu sweetheart umur berapa ? " soal jin.
" 17. Dia 16." Jawabku.
" adik awak dah matured sangat time tu padahal dia muda lagi. Dia boleh terfikir nak selamatkan diri awak dengan diri dia yang dijadikan korban " kata suga.
Aku mengeluh. Sebab tu aku perlu cari dia.
" sunshine dah decided dah nak cari dekat mana ? " soal hoseok. Aku angguk.
" dah "
" dekat mana ? "
" dekat semua tempat yang terlibat dengan kongsi gelap. Sebab my dad buat macam tu dulu sebab dia ada hutang dengan along. So mesti along tu pun terlibat sama dalam kejadian ni. Or maybe, my dad
jual adik saya dekat along tu." jawabku." apa nama your dad ? "
" kim.. Ju hyung. Kim ju hyung "
Mereka terdiam.
YOU ARE READING
The maid || BTS 🔞
Fanfiction' maid ke princess ni ? Cantik semacam je ' ' eleh ayat playboy betul. Blah la kau ' Well guys ! imagine sahaja ! Remind okay, novel ni 18+ ke atas. Jangan cakap saya tak bagitahu. Btw ! No silent reader okay ! And please vote !