" Hari ni ada nak pergi mana mana ke ? " soal suga yang baru saja siap memakai kasut kerjanya.
" ada. Nak beli barang dapur." Jawabku sambil memandang mereka semua yang sudah mahu pergi kerja.
Aku senyum tanpa sedar. Bahagia tengok suasana ni.
" okay. Hati hati. Lepas beli barang tu , terus balik. Jangan pusing lain pula." Pesan seokjin pula sebelum memeluk tubuh aku sekilas. Aku angguk.
" yaa. Saya balik selalu." Jawabku. Mereka senyum.
" okay. Hati hati tau princess "
" okay."
" bye sayang." Bisik taehyung di telingaku sebelum mencium dahi aku.
Dia ni kan.
" bye."
Sebaik sahaja kereta mereka mula tidak kelihatan , aku kembali menyambung kerjaku mengemas rumah. Baik setelkan semua dulu kerja rumah , baru pergi beli barang. Tak kalut sikit.
Jam di tangan di pandang sekilas sebelum kembali memandang jalan raya. Tangan tak henti henti dari cuba untuk menyekat teksi. Tapi satu pun tak dapat.
Barang semua dah beli. Sekarang dah boleh balik masak. Hari ni rasa macam nak masak makanan fav diorang. Nasi ayam.
Dah boleh bayang dah reaksi jungkook macam mana nanti. Haha.
" kim bomi."
Zup !
Serta merta dunia aku menjadi gelap. Ya tuhan. Kenapa ni.
Cecair dibibir membuatkan aku mendesah kesakitan. Wajah lelaki yang tengah berdiri di depan aku itu dipandang. Parut di mukanya membuatkan jantung aku berdebar. Takut. Siapa dia ? Gangster ke ?
" bangun dah bomi ? "
Pandangan aku beralih ke arah beberapa perempuan yang mula mendekati aku. Diorang senyum sinis kepada aku. Kejap. Macam kenal.
Irene ?
Mata aku beralih pula ke arah perempuan yang berada di belakang irene. Wajahnya juga sangat familiar. Kejap. Itu..
Claira dengan euna !
" cam kitorang ? " soal irene.
Aku diam.
" tak kan la tak cam kut. Kau kan dah rampas laki kitorang ! " tengking claira. Habis bergema tempat ni.
Laki ? Heh.
" tak malu eh kau perempuan ambil laki kitorang. Tak ada maruah ke apa kau ni ? " kata irene.
Aku ketawa.
" ketawa ? " soal claira bengang.
" Apa kau cakap tadi ? laki ? Siapa laki kau ? Suga ke claira ? " soalku padanya.
" ke jungkook ? " aku pandang irene pula.
" oh kejap. Ke hoseok ? " euna mendengus.
" eh kejap. Ataupun. Diorang semua ? Yang sama satu laki kau ?! " dengan sinis aku berkata.
" kurang ajar kan kau ni perempuan ?! " tepik euna.
YOU ARE READING
The maid || BTS 🔞
Fanfiction' maid ke princess ni ? Cantik semacam je ' ' eleh ayat playboy betul. Blah la kau ' Well guys ! imagine sahaja ! Remind okay, novel ni 18+ ke atas. Jangan cakap saya tak bagitahu. Btw ! No silent reader okay ! And please vote !