*jimin pov*
Kaki mula menapak masuk ke dalam rumah sebelum melabuhkan punggung di atas sofa. Mata dipejamkan sebentar supaya dapat bertenang.
" lewat balik hari ni " Seokjin dan yang lain memandang aku. Mereka turun berehat di sini.
" banyak kerja sikit hari ni. Itu yang lewat ni " jawabku.
Aku membuka mata untuk mencari kelibat bomi. Namun dia tiada kat sini.
Mana dia ? Biasanya dia akan buatkan kami air bila balik kerja. Ni tak ada la pula.
" bomi mana hyung ? " soalku ada jin. Dia menjongketkan bahu. Mata aku mula bergerak ke arah yang lain untuk mencari jawapan.
" dia takde. Keluar dengan hoseok." Jawab suga yang dari tadi hanya memejamkan mata.
" pergi mana ? " soalku lagi.
" dinner rasanya. Hoseok hyung ajak bomi teman dia " jawab taehyung pula.
Ohhh. Patut la sunyi je rumah ni.
Tiba tiba bunyi enjin kereta hoseok mula memasuki pagar rumah. Terus jungkook berlari anak membukakan pintu untuk mereka.
" pretty !! " jerit jungkook dengan teruja.
" oh hai jungkook " dengan dingin bomi menjawab.
Dia tidak langsung memandang ke arah jungkook malah dia hanya melintasi kitorang seolah olah tak nampak kitorang dekat ruang tamu. Mukanya sedikit masam.
Kenapa ?
" kenapa tu ? " bisik namjoon.
Hoseok mula masuk ke dalam rumah dengan matanya masih ke arah bomi.
" sunshine..."
Bomi tidak hiraukan panggilan hoseok.
" KIM BOMI !! "
Eh.
Serta merta bomi memberhentikan langkahnya sebelum kembali menoleh ke arah hoseok. Matanya tajam memandang hoseok.
Gaduh ke apa diorang ni ?
" eh korang ni dah kenapa ? " soal namjoon.
Mereka berdua tidak peduli dengan soalan namjoon malah diorang saling menatapi tanpa sebarang suara.
" apa dia jung hoseok ? "
Tu dia..
" puas hati awak boleh gelak ketawa dengan jantan lain tadi ? Seronok ? " soal hoseok.
Jantan ? Jantan mana ?
" ya. Puas sangat. kenapa ? Ada masalah ke ? "
Hoseok ketawa sinis.
" ohhh. Patut la. Ni saya nak pesan sikit. Lain kali kalau nak happy happy dengan jantan lain macam tadi. Jangan time ada saya. Saya bukan apa. Sakit mata nak tengok." Kata hoseok dengan nada memerli.
Aku memandang yang lain dah ternganga memandang hoseok dengan bomi.
" apa dah jadi ni ? " soal seokjin.
" eh jung hoseok. Awak gelak gelak dengan si euna tu , takpe pula. Sampai turn saya tak boleh ? Banyak cantik muka awak ! " jawab bomi pula dengan nada sama seperti hoseok.
Euna ?
" eh saya dengan dia tak ada apa apa la." Bomi ketawa sinis.
" euna dengan saya bincang pasal kerja je. Tak ada melibatkan soal pribadi pun ! " sambung hoseok lagi.
YOU ARE READING
The maid || BTS 🔞
Fanfiction' maid ke princess ni ? Cantik semacam je ' ' eleh ayat playboy betul. Blah la kau ' Well guys ! imagine sahaja ! Remind okay, novel ni 18+ ke atas. Jangan cakap saya tak bagitahu. Btw ! No silent reader okay ! And please vote !