17 || psycho

288 9 0
                                    

" bunny. Bangun sayang. Dah sampai dah ni "

Suara garau taehyung memasuki gegendang telinga aku membuatkan lena aku sedikit terganggu. Dapat aku rasakan tangan seseorang sedang bermain dengan anak rambutku. Dengan malas aku buka kelopak mata aku.

" jom, pretty " ajak jungkook sebaik sahaja aku mengeliatkan sedikit tubuhku yang kekejangan.

Aku melepaskan pandangan aku ke luar tingkap sebelum tersenyum. Pantai ! Lama dah kaki aku tak jejak dekat pantai ni.

Semasa seokjin beritahu yang dia plan untuk pergi bercuti dengan kitorang semua, aku dah start teruja bila dia memaklumkan lokasi tempat bercuti itu adalah pantai.

" kita makan dulu, lepas makan kita mandi " kata namjoon.

Okay !

Kami mula menuruni kereta sebaik sahaja seokjin dan yang lain memarkingkan kereta di hadapan restaurant.

Setelah selesai memesan makanan, aku bangun untuk pergi ke kedai runcit yang berhampiran.

Baru sahaja aku ingin kembali ke tempat duduk aku setelah selesai membeli, seorang lelaki mula menegurku.

" sorang ke ? " sapanya.

Aku pandang dia.

Dia kenal aku ke ?

" haa sorang " jawabku walaupun dalam keadan yang masih lagi bingung.

" boleh berkenalan ? " soalnya.

Woo. Dah lebih ni.

" sorry. " tolakku.

Dia mula mendekati aku. Tangan aku dicapainya untuk berikan sesuatu padaku. Aku menarik semula tangan aku dengan kasar namun kekuatan dia sebagai seorang lelaki lebih kuat daripada aku menyebabakan tarikan aku itu tidak berhasil.

" lepas la ! " rontaku. Mata mula rasa nak keluarkan air. Nak nangis ! Gila kau tak nak nangis. Takut tahu tak !

" nak kenal pun tak boleh ke ? " katanya lagi. Sah memang psycho mamat ni !

" lepas ! "

" she said let her go ! "

Dengan itu, terpelanting terus tubuh mamat psycho itu akibat tumbukan seokjin.

" awak okay tak ni ? " suga mula memeriksa setiap genap tubuhku sebelum menarik aku supaya berdiri di belakangnya.

" gila ke ?! " merah muka seokjin seolah sedang menahan kemarahannya dari tercetus sepenuhnya.

" pretty, kenapa tak bagitahu kitorang dulu tadi " jungkook mendekati aku.

Aku senyum. Paksa.

" risau tahu tak kitorang tengok mamat tu buat macam tu tadi " ujar namjoon pula.

Err..

" sorry " tak pasal pasal aku dah menyusahkan diorang.

" jom makan " ajak suga dengan tangan kanannya menarik tangan aku. Sempat aku tengok lelaki psycho itu tadi yang sedang tunduk tunduk pada seokjin dan yang lain. Mungkin meminta maaf.

" dah makan. Lepas ni jangan nak merayap sorang sorang lagi " pesan suga sambil menghulurkan makanan kepada aku.

Aku menghela nafas berat.

" cutie nak beli apa sebenarnya ? " soal jimin. Aku diam sebentar.

" em. Beli barang la "

" barang apa ? " soal taehyung pula.

Aa. Sudah.

" ada la "

Tak kan aku nak bagitahu pula. Privacy aku kut.

" apa dia ? " hoseok pula bersuara.

Tujuh pasang mata sedang memandang ke arah aku menanti jawapan. Aku gigit bibir bawah. Nak bagitahu segan pula.

" err"

" ala bagitahu je la." Kata jimin lagi.

Aku garu kepala yang tak gatal.

" pretty ? "

" kenapa diam ? "

" hah princess ? "

Eish !

" beli pad la ! " akhirnya. Terkeluar juga.

" oh "

Mereka terdiam seribu bahasa. Muka mereka mula berubah dan kemerahan. Malu la tu. Tu la nak tahu sangat. Eish ! Sibuk jee !

The maid || BTS 🔞Where stories live. Discover now