Bunyi suara daripada television menghentikan langkah aku. Aku menjenguk sedikit ke ruang tamu sebelum meneruskan langkah aku. Diorang tengah berehat deka sofa. Anak mata sempat mengerling ke arah tv sebelum tangan kananku bergerak untuk membuka pintu rumah. Niat di hati mahu mengambil angin malam ni.
Baru sahaja tangan aku mahu menyentuh tombol pintu , namjoon menegurku.
" nak pergi mana ? "
Aku menoleh ke arahnya yang berada di hadapan tv. Yang lain juga turut memandang aku. Aku berdehem.
" keluar " jawabku pendek.
" dengan siapa ? " soalnya lagi. Aku mengeluh.
Banyak tanya betul la. Suka hati aku la nak pergi mana pun , dia nak sibuk kenapa ? Sedar tak sedar hampir dua minggu hubungan kitorang renggang. Hubungan ? Hubungan apa ? Kau tu bukan siapa siapa pun dekat diorang , jangan perasan la. Takde hubungan pun antara korang dengan dia.
" kawan " dengan malas aku menjawab.
" kawan ? siapa ? lelaki ke perempuan ? " soal jungkook pula dengan bertubi tubi.
Aku mengeluh.
" huh , ada la. Dah la. Saya keluar dulu " malas dah aku nak jawab panjang panjang.
" kim bomi ! "
Aku memandang hoseok yang tiba tiba memanggil aku dengan nama penuh. Keningaku terangkat. Tangan disilang.
" yes ? "
" tak payah keluar " dengan tegas hoseok bersuara. Aku sengih. Sinis.
" atas sebab apa awak nak halang saya keluar ? " soalku dengan nada sinis.
" dah lewat ni princess , esok je la awak keluar. Bahaya la keluar lewat lewat macam ni " pujuk namjoon.
" bahaya ? " aku memandang mereka.
" awak tu perempuan bunny , bahaya ... "
" kenapa kalau perempuan pun ? takut kena culik ? kena rogol ? " sekali lagi aku menyoalnya dengan sinis.
Namjoon mengeluh.
" dalam rumah ni lagi bahaya " sambungku.
" bahaya ? " jungkook berdiri memandang aku. Aku angguk.
" apa yang bahaya ? " soal seokjin.
" korang yang bahaya "
" oh dah bahaya dah sekarang. Dulu elok je " sindir suga.
Dulu aku bodoh.
" sebab dulu saya percaya kan korang. Tapi tak sangka la dijadikan sebagai pelacur pribadi " sinisku.
Mereka tersentak.
" sweetheart , bukan macam tu.. "
" dah la. Saya nak keluar. Jangan risau saya keluar dengan woseok je pun. Kenal kan dia ? Kalau saya hilang , tanya je dia " heh acah nak keluar dengan woseok. Mengarut je lebih kau ni bomi.
PAANGGGG !!!
" masuk ! "
Aku menoleh memandang kaca yang pecah di tangan jimin. Titisan warna merah mula menitis dari tangan kanan jimin. Terbuntang mata aku melihat jimin memecahkan gelas hanya dengan menggunakan tangan dia.
Marah sangat ke dia ?
" yahhh ! park jimin !! " taehyung mengambil lebihan kaca dari tangan jimin sebelum membalut tangan jimin dengan kain. Glup !
Wahh ! Gila betul.
" masuk kim bomi ! " kata jimin dengan perlahan. Walaupun perlahan tapi cukup tegas di telinga aku. Getaran di sebalik suara dia menunjukan dia tengah tahan amarahnya.
Aku pandang jungkook yang sedang memberi isyarat kepadaku untuk masuk. Mata jungkook seolah olah berkata ' masuk kalau tak nak jimin bunuh '.
Wah gila betul otak aku.
" tak nak "
Wah kim bomi. Degilnya kau. Aku rasa macam otak dengan mulut aku tak selari. Otak suruh masuk , mulut kata jangan.
Jimin menoleh memandang aku. Glup !
Mata dia merah. Dia menghampiriku dengan anak matanya memandang aku dengan tajam.
" eh jimin , sabar " seokjin cuba menarik jimin namun ditepisnya.
" apa awak cakap tadi ? " jimin betul betul berdiri depan aku. Serious aku cakap , aku nak tengok muka jimin pun aku takut sekarang ni.
" saya cakap tak nak , kenapa ? " ok aku memang gila.
" awak cabar saya ke sekarang ni ? " soal jimin dengan nada yang cuba dikawal sebaik mungkin.
" awak rasa ? " shit !
Jimin ketawa. Dengan sinis.
" don't you dare ! " dengan tegas jimin bersuara.
" baby , stop it " aku pandang suga. Dia menggelengkan kepalanya kepada aku.
Haa nak stop dah ni. Tapi mulut ni tak nak stop masalahnya. Huwaaa.
" apa hak awak nak halang saya keluar dengan lelaki lain ? Saya bukan milik sape sape pun. Jadi apa hak awak ? Salah ke saya nak keluar dengan lelaki lain ? Salah ke kalau saya kenal dengan orang lain ? you think that i'm yours ? " kataku dengan yakin. Aku memandang tepat ke dalam mata jimin.
Lantak la apa nak jadi lepas ni.
" yes , you're mine. You belong to me. So semua yang melibatkan pasal lelaki lain , salah ! " kata jimin dengan nada sedikit kuat.
Dup dap dup dap. Bapak garang mamat ni.
Jimin mengeluh. Rahang dia bergerak gerak.
" listen here sayang. Saya tak nak berkasar dengan cutie. Jadi. Jadi tolong la jangan buat perangai macam ni. " kali ni suara jimin lebih lembut berbanding tadi.
" apa hak kitorang ? Okay. Saya jawab. Ni jawapan dari pihak saya sendiri. Awak orang yang paling special dalam hidup saya , kim bomi. Tipu la saya cakap saya tak sayang awak. Awak berjaya pujuk hati saya , hati diorang. Untuk sayangkan awak lebih dari diri kitorang sendiri. " jimin bersuara.
" tak pernah terdetik sikit pun dekat hati saya nak sakitkan awak , cutie. Apa tah lagi nak mainkan perasaan awak. Saya ikhlas dengan awak. Sejak kali pertama saya tengok awak lagi , saya tak main main dengan perasaan saya. Sama juga dengan diorang. " sambungnya lagi.
" awak. Kim bomi. Orang yang kitorang anggap lebih daripada girlfriend. Yes memang kitorang tak pernah ajak awak in relationship secara rasmi. And salah kitorang sebab tak buat benda tu. Tapi. Hati kitorang. Hati saya. Dah rasa awak ni macam wife saya. Over ke bagi awak kalau saya cakap macam ni ? " terkedu.
" kalau over , sorry. Tapi itu la hakikatnya. " aku pandang diorang. Yang lain hanya diam membisu seolah olah bersetuju dengan jimin.
" satu lagi "
Aku pandang jimin.
" apa yang awak dengar hari tu. Semuanya salah faham. Kitorang tak maksudkan pun apa yang kitorang cakap haritu. "
Salah faham ?
" saya tak boleh nak bagitahu secara detail. Tapi apa yang boleh cakap dekat awak , semua ni untuk lindungi awak. Nak percaya ke tak , itu adalah pilihan awak. Saya tak boleh nak paksa. Tapi tolong la. Jangan layan kitorang macam ni. Seksa tahu tak tengok awak macam ni. Awak dekat dengan kitorang tapi rasa macam jauh sangat. Sakit sayang. "
Aku diam seribu bahasa.
" dah. Pergi masuk kim bomi. Lewat dah ni. " kata jimin dengan lembut. Dia mengusap rambutku.
Aku sebak.
" sorry "
YOU ARE READING
The maid || BTS 🔞
Fanfiction' maid ke princess ni ? Cantik semacam je ' ' eleh ayat playboy betul. Blah la kau ' Well guys ! imagine sahaja ! Remind okay, novel ni 18+ ke atas. Jangan cakap saya tak bagitahu. Btw ! No silent reader okay ! And please vote !