9 months later
Kaki mula menapak masuk ke dalam bilik yang dipenuhi dengan kelengkapan baby. Bilik ni yang dulu hanya kosong sekarang dah penuh dengan barang.
Mereka awal awal dah excited nak decorate bilik ni. Sampai berebut nak hias. Last last aku suruh hias sekali. Baru tak gaduh.
Diorang pula excited lebih dari aku. Diorang punya alahan pun lebih dari aku juga. Suga punya alahan sampaikan kena bawa asam dalam poket. Kalau tak bawa , auto muntah. Jungkook pula sampai demam berhari hari. Hoseok pula emosi 24 jam. Semua benda ada je yang tak kena. Kalau tegur sikit , merajuk.
Jimin dengan taehyung ulang alik pergi tandas. Muntah , pening. Seokjin pula alahan dengan bau dan namjoon alahan dengan makanan. Aku pula yang rilek.
Lepas je alahan aku kebah , diorang pula yang ganti aku punya alahan. Kesian pula aku tengok diorang. Jadi lembik macam kain dah. Haha.
Perut aku yang dah besar itu aku usap. Setiap kali anak kami menendang , diorang la yang paling excited nak tengok , nak pegang. Jungkook dengan taehyung asyik bergaduh je sebab nak pegang. Aku pun hairan tengok diorang bertengkak je kerja. Suga warning sikit , baru tahu diam.
Diusap perut aku dengan lembut. Tanpa sedar bibir aku tersenyum.
Bahagia dengan segalanya. Anak kami bukti betapa bahagia dan sayangnya aku dengan diorang.
Mungkin pandangan luar akan pelik dengan hubungan kami , tapi namjoon selalu ingatkan aku supaya tak pedulikan orang lain. Yang penting kita bahagia.
Layanan mereka cukup sangat untuk bahagiakan aku. Aku bahagia sangat dengan keadaan aku sekarang ni.
Sejak aku pregnant , diorang la yang banyak buat kerja. Sampaikan diorang bergilir gilir ambil cuti untuk jaga aku. Walaupun aku dah halang , korang rasa diorang akan dengar ke ? Jawabnya memang tak !
" suka ke ? "
Aku menoleh ke belakang sebelum tersenyum. Diorang mendekati aku. Taehyung mencium aku sedikit sebelum tunduk ke perut aku.
" anak daddy macam mana hari ni ? Good ke tak ? " soalnya. Aku senyum. Dah biasa tengok diorang borak dengan baby dalam perut aku.
" good la. Tengok siapa mama dia " Kataku dengan bangga.
" lah. Anak kita , tapi kena tengok mama dia pula." Kata jimin.
Hey hey.
" habis tu , anak awak tu siapa yang beranak ? Awak ke saya ? " aku jeling dia. Ada yang kena dengan aku ni kan. Diorang ketawa.
" macam mana ? okay tak dengan design ni ? " soal namjoon pada aku.
" okay sangat. Cantik ! " jawabku dengan gembira.
" nanti bila anak kita dah besar sikit , kitorang akan ubah la pula design bilik ni ikut selera dia macam mana." Kata suga. Aku mengangguk setuju.
Jujur aku cakap. Aku suka bila diorang sebut anak kita anak kita. Anak daddy. Rasa dia lain macam.
" hm. Anak daddy jangan cepat besar ya ? " Kata hoseok lalu mencium perut aku.
" arghh ! Tak boleh besar , nanti dia ada boyfriend macam mana ? Ah tak boleh boleh ! " kata jungkook pula.
Laa. Pula dah. Keluar pun belum lagi. Dia dah fikir sampai situ dah. Haih si jungkook ni. Nasib la adik , jawabnya adik memang tak boleh couple la kalau tak nak daddy adik tu mengamuk.
" thank you." Ucapku.
Diorang memandang aku dengan serentak.
" for ? " soal namjoon.
" everything. Saya bahagia sangat bila dengan korang." Sambung aku.
Ikhlas dari hati.
" korang layan saya baik sangat. And saya harap korang pun akan layan anak kita lebih baik dari saya." Sambung aku lagi. Kening mereka bertaut.
" kenapa macam tiba tiba tiba je ni cakap macam ni." Kata taehyung. Haha aku tahu dia dah pelik.
" saja." Jawabku .
" tu anak kitorang juga la sayang. Kalau sweetheart tak cakap macam tu pun , kitorang akan layan dia lebih dari segalanya. Sebab itu anak kitorang. Zuriat kitorang. Tak kan la tak boleh nak layan elok elok." Kata seokjin. Aku senyum.
Lega dengar benda ni.
" thank you."
" stop cakap thank you."
" but. Still thank you."
" sayang.. stop.."
" ye la. Tak cakap dah."
Diorang senyum.
Thank you sayang.
YOU ARE READING
The maid || BTS 🔞
Fanfiction' maid ke princess ni ? Cantik semacam je ' ' eleh ayat playboy betul. Blah la kau ' Well guys ! imagine sahaja ! Remind okay, novel ni 18+ ke atas. Jangan cakap saya tak bagitahu. Btw ! No silent reader okay ! And please vote !