" Ya cik ? boleh saya bantu ? "
Perempuan yang berada di counter itu menyoal aku dengan ramah sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam pejabat ini. Wah cantiknya dia.
" erm , saya nak jumpa dengan kim namjoon boleh ke ? dia ada ? " soalku sambil membalas senyumannya itu.
Dia memandang aku dengan pelik.
" ah , saya maid dia. Nak kena hantar makanan dekat dia ni " beritahuku apabila dia kelihatan bingung.
By the way , aku saja je nak hantar makanan dekat diorang hari ni. Memandangkan diorang cakap diorang tak balik malam ni. So aku decide nak buat suprise.
" Oh. Tapi maaf ya cik. Tuan namjoon ada tetamu hari ni. Tak boleh masuk " beritahunya.
" tetamu ? " Siapa
" haah. Kawan baik dia. "
Kawan baik ? Maksudnya , diorang tu ke ?
" em maksud awak kawan baik tu seokjin , suga dengan yang lain ke ? " soalku lagi.
" ha ya cik."
Ahh. Lagi la baik. Tak payah aku nak pergi pejabat diorang dah lepas ni. Terus hantar sini je. Dah semua orang dah ada dekat sini. Mudah kerja aku.
" ah saya kenal diorang. Takpe. Lagi pun saya nak hantar makanan dekat diorang juga ni " beritahuku lagi sambil menunjukkan bekas makanan kepadanya. Dia senyum.
" baik la kalau macam tu , bilik Tuan Namjoon hujung sana ya. Nak saya tunjuk kan ke ? " soalnya sambil menunjukkan arah bilik namjoon.
" eh takpe. Saya boleh pergi sendiri. Terima kasih " Dia hanya mengangguk sambil tersenyum.
Aku mengatur langkah ke arah bilik namjoon. Tak sampai beberapa minit , aku sudah berada di hadapan pintu biliknya. Aku tidak terlebih dahulu mengetuk pintu biliknya malah aku merapikan pakaianku dan rambut dulu.
Sabar jap. Berdebar ni.
" Eh aku dah pakai lipstick ke dah eh ? " tak leh tak leh. Kena pakai dulu. Depan diorang kena cantik cantik.
Baru sahaja aku ingin membuka beg aku untuk mengambil lipstick , bunyi hentakan dari bilik namjoon memberhentikan tindakan aku itu.
Bunyi apa tu ? Diorang gaduh ke ?
" ah , kim bomi ke nama perempuan tu ? "
Tersentak. Aku mendongak memandang pintu bilik itu apabila nama aku disebut dari dalam. Suara perempuan. Siapa ? Nama aku kan dia sebut tadi ? Ke aku salah dengar.
" yes , kim bomi. Kenapa ? " kini bunyi suara jimin pula menjawab pertanyaan perempuan tu.
" i nak jumpa dia " kata perempuan tu lagi.
Jumpa ? Dengan aku ke ?
" for what ? " soal namjoon.
" well , i pun nak kenal juga dengan perempuan yang dah berjaya ambil hati korang ni " jawab perempuan tu.
" look Claira .. "
Oh claira nama perempuan tu.
" she's nothing "
Zup !!
" are you sure suga ? nothing ? " soal claira sambil ketawa.
" yes ! " jawab suga dengan yakin.
Entah kenapa hati aku remuk sangat bila dengar ayat tu keluar dari mulut suga. Air mata mula bertakung. Eh aku nak nangis ke ni.
No ! Kau tak boleh nangis Bomi !
" Nothing ? But you slept with her ? and now you say nothing ?! " tengking claira.
Aku gigit bibir bawah.
" ya. Kenapa ? Salah ke ? " soal suga pula.
" boleh eh macam tu ? Lepas dah sedap bla "
" why not ? sex tak memerlukan perasaan. Takde hati pun benda tu jalan je " jawab taehyung pula.
Tak guna.
Aku menekup mulut aku sendiri. Tak nak keluar kan sebarang suara.
" so maknanya dia ni pelacur korang la ? " pelacur ? huh.
" you think ? "
" no , i nak you jawab sendiri "
" stop la claira. You dah tahu dah pun kan jawapan dia apa " kata seokjin pula.
Claira ketawa.
" no , i dengar sendiri benda tu dari korang. Baru i percaya " tegas claira.
" perlu ke ? " soal hoseok.
Ya. Perlu. Aku nak dengar dari mulut diorang sendiri.
" yes ! Jawab la ! " tengking claira lagi.
" lebih kurang , pelacur " jawab jungkook. Ringkas dan padat.
PAP !
Aku menunduk memandang bekas makanan yang aku bawa tadi terlepas dari tangan aku. Bekas makanan itu dipandang dengan pandangan yang kosong. Serious aku cakap , aku dah tak ada tenaga sekarang ni. Hati aku hancur gila.
Tiba tiba pintu bilik namjoon dibuka.
" sunshine ? "
Huh. Sunshine ? Still nak panggil aku dengan nama tu ? Heh.
Aku mendongak memandang hoseok. Jelas dia terkejut dengan kehadiran aku. Begitu juga yang lain. Diorang berdiri memandang aku dengan muka terkejut.
Kenapa nak terkejut ?
" princess buat apa kat sini ? " soal namjoon sambil mendekati aku. Aku mengundur ke belakang setapak. Anak mata hoseok memandang bekas makanan yang jatuh itu.
Bunyi suara claira ketawa bebas. Mungkin sedang ketawakan aku. Aku nampak dia memandang aku dengan pandangan jijik dan menyedihkan. Tak hairan kenapa dia nak pandang aku macam tu sebab aku pun jijik dengan diri aku sendiri.
" baby.. "
Serta merta air mata yang aku cuba tahan dari tadi jatuh ke pipi sebaik sahaja mendengar panggilan tu. Suga. Lelaki pertama yang sentuh aku. Cepat cepat aku kesat air mata aku. Tak nak diorang nampak yang aku nangis.
" saya bawa makanan untuk korang. Makan la. " kataku dengan nada sebaik mungkin dikawal. Aku tak nak nampak lemah depan diorang.
Aku tunduk mengambil bekas makanan itu semula sebelum menghulurkannya kepada hoseok. Dia cuba untuk memandang mata aku. Namun aku elak dari memandang matanya.
" saya balik dulu "
" kejap , saya hantar balik " kata jungkook yang mula menghampiriku.
" Its okay. Saya boleh balik sendiri. Bye "
Terus aku meninggalkan mereka. Jungkook cuba untuk memegang tanganku. Namun cepat cepat aku tepis. Panggilannya pun aku hiraukan. Apa yang aku tahu. Aku nak balik. Nak tenangkan diri. Hati aku hancur.
YOU ARE READING
The maid || BTS 🔞
Fanfiction' maid ke princess ni ? Cantik semacam je ' ' eleh ayat playboy betul. Blah la kau ' Well guys ! imagine sahaja ! Remind okay, novel ni 18+ ke atas. Jangan cakap saya tak bagitahu. Btw ! No silent reader okay ! And please vote !