Gadis yang sedang berada di hadapan aku itu dipandang dengan lama. Dia kelihatan sangat cantik sehinggakan kecantikannya menarik banyak pasang mata yang berada di dalam cafe ini. Tingkah lakunya yang sangat ayu membuatkan kecantikan dia makin terselah.
Heh. Jika nak dibandingkan dengan aku , ya tuhan macam langit dengan bumi. Jauh beza. Dah la hari ni aku hanya pakai pakaian yang simple. Rambut pun ikat macam tak nak ikat dah. Kenapa la aku boleh terlibat dengan perempuan macam dia ni. Haish !
" you are Bomi , right ? "
Soalnya bagi memecahkan kesunyian di antara kami berdua. Dia pandang aku atas bawah sambil memeluk tubuh. Seolah-olah sedang menilai diri aku. Aku berdehem.
" ya saya. Ada apa ya Cik Irene nak jumpa dengan saya ? " aku menyoalnya tanpa pembuka bicara.
" kau maid je kan sebenarnya " sinis dia berkata. Dia turut meluahkan niat dia yang sebenar untuk mengajak aku berjumpa hari ni
" kenapa awak tanya macam tu ? " dia senyum sinis.
" aku ingatkan kau ni hebat sangat sampaikan diorang bagi layanan special dekat kau. Tapi macam je ni rupa tuan dia. " sambungnya.
What the hell...
" excuse me ? Apa awak cakap ? "
" hey perempuan. Kau dengar je apa aku cakap kan. Kau ingat kerja bibik macam kau tu layak ke dapat keistimewaan dari diorang ? Cermin la diri tu sikit. Kau tu bibik je dalam rumah tu. Keluarga pun tak ada. Sekolah pun tak tahu habis ke tidak. Ada hati nak rampas tempat aku ? Kau ni tak sedar diri ke ? Tak ada maruah ?! "
Kurang ajar punya perempuan ni.
" huh. Sorry ya Cik Irene. Memang saya tak ada keluarga. Sekolah pun tak habis. Tapi sekurang kurangnya saya ada akhlak. Kalau ada keluarga yang baik pun , belajar sampai habis pun tapi tak ada akhlak tak ada guna juga. So better saya la kan dari cik Irene ? " bidasku semula.
" kurang ajar kan kau ni ! "
" siapa yang kurang ajar dulu ? Aku ke kau ? Kau ingat kau boleh buat sesuka hati je ke dekat aku ? Sebab aku kerja maid macam ni ? Sorry la Irene. Aku bukan seorang yang mudah untuk orang lain perkecilkan. Kau kena ingat benda tu " tegas aku bersuara. Hilang sudah rasa hormat aku kepadanya.
BUSHHH !!
" DASAR PERAMPAS ! PEREMPUAN MURAHAN ! "
Sekali dengan itu dia mencurah air kepada aku. Banyak mata memandang ke arah kami.
Ada yang sudah mengeluarkan phone untuk record kejadian antara aku dengan irene. Haish aku ingatkan dalam drama je babak ni." no wonder " kataku dengan tenang sambil mengambil tisu untuk mengelap muka aku yang sudah basah dijirusnya. Dia pandang aku dengan pelik.
Aku kembali memandang dia sebelum tersenyum sinis.
" no wonder kenapa jungkook tinggalkan awak. Perangai macam setan " sambungku lagi.
Muka Irene bertukar merah dan mula mengamuk sebaik sahaja dengar ayat aku itu tadi.
" WHAT ?!! HOW DARE YOU ! " tepiknya. Dah gaya macam orang gila.
Irene yang aku lihat pada malam dinner hari tu sangat berbeza dengan irene yang berada di hadapan aku sekarang ni. Kalau dulu dia seolah olah perempuan yang tak ada kekurangan tapi sekarang dia seolah olah dah jadi gila. Heh gila betul.
" kau ingat kau hebat ke dapat cakap macam tu ? " soalnya tak nak kalah.
" kalau aku tak hebat kenapa kau cari aku sekarang ni ? Aku tak hebat eh Irene ? Ye memang aku tak hebat. Tapi kenapa ya ? " aku biarkan ayat aku tergantung.
Dia pandang aku.
" tapi kenapa ya kau tergugat dengan aku ? Kan kau cakap aku tak hebat ? Ke sebenarnya aku lebih cantik dari kau ? Sebab tu kau dah macam orang gila sekarang ni " sindirku sambil memeluk tubuh.
Jujur aku cakap. Aku rasa aku cool gila sekarang ni . HAHA.
" JAHANAM PUNYA BETINA ! "
Dia bangun dari tempatnya sebelum mengangkat tangan kanannya. Shit ! Dia nak tampar aku. Sebijik macam dalam drama. Aku penjam mata menanti tamparan itu. Hati ni dah redha yang muka aku bakal menjadi biru.
" ENOUGH BAE IRENE ! "
Eh kejap. Macam kenal je suara ni.
Kelompak mata dibuka dengan perlahan. Eh. JEON JUNGKOOK !
" are you okay pretty ? "
Jungkook memeriksa seluruh tubuhku sebelum matanya berhenti ke arah baju aku yang sudah basah disebabkan ex girlfriend dia tu.
Dia kembali memadang irene dengan wajah yang bengis. Aku lihat irene yang sudah tak senang duduk seolah olah tahu apa yang bakal belaku.
" jung.. i ... i tak sengaja.. " katanya sambil memeluk lengan jungkook.
Ceh. Kepala hotak dia tak sengaja.
Jungkook menarik tangannya daripada terus dipeluk irene. Irene terkebil kebil dengan tindakan jungkook itu.
" jungkook jangan la macam ni. I sayang you baby " pujuk irene. Euwwww.
Jungkook mendengus. Wajah irene lansung tak dipandangnya.
" jungkook. Okay i minta maaf kalau you marahkan sebab i jumpa dengan Bomi. But lepas ni i janji tak buat dah. Okay sayang ? Please sayang. Jangan la sebab dia kita macam ni. She's just your maid. But i'm your girlfriend " ceh sempat mengata aku.
Jungkook memandang irene. Namun dengan pandangan yang berubah. Muka jungkook serta merta berubah merah. Marah ke ?
" what did you say ? She is just a maid ? No you're wrong Bae Irene. Listen carefully. From now. She is everything to me. She is part of my life. And she is mine. So , don't you dare hurt her with your words Or i will hurt you with my own hands. Watch out with your words Irene ! "
Terkejut. Aku pandang jungkook. Terharu pun ada.
" jungkook plea.. "
" kau dengar sini irene. Lepas ni. Kalau kau kacau Bomi lagi. Aku tak teragak agak nak cederakan kau.
Faham ?! " jerkah jungkook. Dengan aku sekali yang terkejut.Okay first time aku tengok jungkook marah.
Dia memandang aku semula sebelum tersenyum manis. Aik. Mana dah jungkook tadi ?
" jom balik pretty."
Jungkook menarik tangan aku sebelum meninggalkan irene yang seperti mahu menangis. Aku sempat angkat kening kananku kepada irene sambil tersenyum sinis. Terus dia melempar barangnya. Mengamuk la kau sorang sorang dekat situ.
Padan muka.
YOU ARE READING
The maid || BTS 🔞
Fanfiction' maid ke princess ni ? Cantik semacam je ' ' eleh ayat playboy betul. Blah la kau ' Well guys ! imagine sahaja ! Remind okay, novel ni 18+ ke atas. Jangan cakap saya tak bagitahu. Btw ! No silent reader okay ! And please vote !