Kaki yang lemah tetap juga meneruskan melangkah. Nafas berat mula menghimpit dada. Air mata lelaki akhirnya jatuh juga buat kali pertama dalam hidup.
Masih tidak boleh terima dengan apa yang baru sahaja didengari. Bagaikan mimpi , namun itu adalah nyata. Nak putar balik masa ? Mana mungkin.
" saya minta maaf. Puan Bomi tidak dapat diselamatkan."
Aku tersandar di dinding sebaik sahaja dengar ucapan itu. Otak mula kosong. Dada rasa sakit. Nafas sukar untuk dihembus.
Hilang orang yang paling aku sayang dekat dunia ni , bukan perkara yang kecil. Hilang bomi bagaikan hilang separuh dari hidup aku.
Aku memandang jungkook yang sudah meraung kesedihan. Taehyung pula masih terkejut. Malah yang lain sudah menitiskan air mata.
" saya minta maaf atas kehilangan puan bomi. Tapi mustahil untuk saya selamatkan kedua duanya sekali disebabkan kandungan puan bomi agak risiko." Beritahu doctor itu lagi.
" jadi kenapa tak selamatkan isteri saya dulu ?!! Kenapa ambil nyawa dia macam ni ?! " jimin mencekik kolar baju doctor itu.
" ni adalah keputusan puan bomi sendiri." Beritahu doctor itu. Kami mendongak memandangnya meminta penjelasan.
" puan bomi yang suruh saya selamatkan baby dia dulu kalau salah seorang daripada diorang tidak dapat diselamatkan. Saya tak ada pilihan sebab ni permintaan puan bomi sendiri. " Sambung doctor itu lagi.
Huh bomi. Sampai hati awak baby. Buat keputusan macam ni tanpa fikirkan kitorang.
"Saya minta diri dulu. Seorang perlu wakil untuk tengok anak puan bomi dan daftar kelahiran dia. Ayah dia la patut pergi." Kata doctor itu.
" aku tak nak budak tu ! " tepik jungkook. Ditumbuk dinding dengan kuat.
Anak perempuan kami. Satu satunya zuriat dari bomi.
" tak payah nak ambil budak tu ! Sebab dia kita hilang bomi ! Sebab dia bomi mati ! " kata jungkook.
Pang !!
Tersungkur jungkook kerana aku menampar pipinya. Dia memandang aku dengan tajam.
" suga hyung ! "
" kau gila ke jeon jungkook ? Budak tu anak kita. Anak bomi. Tanggungjawab kita ! " Kataku.
" bomi dah tak ada hyung." Kata jungkook sambil menangis.
Aku tahu jungkook.
" kau lupa apa yang dia dah amanahkan untuk kita ? Untuk jaga anak dia. Anak kita. Sanggup ke kau mungkir janji kat dia ? " soalku untuk mengingatkan jungkook balik.
Jungkook terdiam." Bomi dah korbankan nyawa dia untuk anak kita jungkook. Bomi pun dah pernah minta supaya kita jaga anak dia macam kita jaga dia. Lagi pun itu anak kita juga jungkook." Kata seokjin pula.
" kau sanggup ke tengok budak tak bersalah tu kena abai ? Asal nak lepas marah kau kat budak tu ? Apa salah dia ? Bapa jenis apa kau ni ? " hoseok pula bersuara dengan nada keras.
Jungkook mengelap air matanya.
" kenapa pretty ? Kenapa tinggalkan saya macam ni ? " rintihnya.
" dah la weh. Tak ada guna nak pujuk orang tak guna macam dia ni. Buang masa. Aku nak tengok anak aku. Dia perlukan aku." Kata taehyung lalu terus berlalu ke bilik baby.
" aku pergi daftar dulu. Korang pergi la tengok anak kita tu dulu." Arah namjoon. Aku mengangguk.
Walaupun dalam hati hanya tuhan je tahu betapa sedihnya kitorang sekarang ni. Tapi kitorang tetap kena kuat demi anak kami. Dia perlukan kitorang.
" lepas siap urusan baby. Kita urus mayat bomi pula." Sambung namjoon lagi. Kali ni nadanya sedikit perlahan.
" okay." Jawabku. Mata kembali melihat jungkook yang masih diam.
" suka hati kau la jungkook. Tapi kau kena ingat. Dengan perangai kau macam ni. Kau buat bomi sedih." Kataku. Jungkook meraup rambutnya ke belakang dengan kasar. Mungkin terkesan dengan ayat aku.
Dia mengeluh.
" lagi pun kau tu bapak orang. Tak kan tak tahu kut apa tanggungjawab bapa pada anak dia sendiri. Jangan jadi tak guna sangat dalam hidup ni. "
Terus aku melangkah meninggalkan jungkook yang masih terpingga pingga.
Lantak kau la jeon jungkook. Pandai pandai la fikir.
Sebaik sahaja sampai di bilik baby , aku nampak taehyung sedang mendukug anak kami dengan ditemani hoseok di sisinya. Aku nampak mata hoseok berair tapi dia tetap tersenyum memandang baby itu.
Hati aku mula berdebar bila semakin dekat dengan baby itu. Anak aku. Anak bomi. Anak kitorang. Buat kali pertama. Hati aku berdebar sangat.
" hai anak daddy.." sapa jimin dengan lembut.
Dapat aku lihat wajah baby itu. Dia masih tidur dengan tangannya di dahi. Haha. Comel.
Kulitnya yang putih sehingga kemerahan. Rambutnya yang nipis itu berwarna macam perang muda. Bulu matanya yang lebat sama macam bomi.
" cantiknya anak daddy ni.." aku mencuit pipinya menyebabkan dia merengek sedikit.
" yahh. Hyung. Jangan la." Marah taehyung dalam keadaan berbisik. Takut baby tu terjaga.
Aku sengih.
" nak bagi nama apa kat budak comel ni ? " soal seokjin.
Hm. Kan. Bomi tak pernah pula bagitahu dia nak bagi nama apa dekat baby ni.
" minji. Kim minji." Kata jungkook yang tiba tiba datang entah dari mana.
" kenapa kim ? Aku jung. Suga hyung , min. Asal kim pula ? " kata hoseok tak puas hati.
" kim bomi. Kim minji. Ikut bomi punya. Bukan kita." Kata jungkook tanpa memandang ke arah minji.
Aku tahu dia dah lembut hati. Cuma masih ada ego lagi sikit.
" ahh. Kim minjii.." panggil seokjin. Aku nampak anak mata jungkook memandang minji dari jauh.
" eh namjoon dah tahu ke nama dia minji ? " soal hoseok. Ye la kan dia tak ada kat sini sebab tengah urus pendaftaran minji.
" dah. Aku dah bagitahu dia tadi." Jawab jungkook lagi.
Ouu. Cepat buat kerja.
" nah dukung anak kau ni." Hulur jimin pada jungkook. Jungkook mengeleng.
" dukung je la."
Jungkook mula mendukung minji. Dia memandang minji dengan lama. Kami hanya memerhati tingkah laku jungkook.
Dia senyum.
" kim minji.."
YOU ARE READING
The maid || BTS 🔞
Fanfiction' maid ke princess ni ? Cantik semacam je ' ' eleh ayat playboy betul. Blah la kau ' Well guys ! imagine sahaja ! Remind okay, novel ni 18+ ke atas. Jangan cakap saya tak bagitahu. Btw ! No silent reader okay ! And please vote !