Aku bangun seawal pagi untuk menyiapkan sarapan buat mereka sebelum mereka masuk kerja. Lagipun ini memang tugas aku untuk sediakan makanan diorang.
Sebaik sahaja aku siap hidang makanan di atas meja makan , kelibat Jimin yang baru sahaja turun dari tangga membuatkan pandangan aku ke arahnya. Dia senyum.
" morning cutie ! "
Dengan senyuman manis dibibirnya , dia menyapa aku. Aku membalas senyumannya itu.
" morning "
Baru sahaja aku ingin melangkah masuk ke ruang dapur , terasa ada sesuatu memeluk aku dari belakang.
" wanginya cutie pagi pagi ni " ujarnya.
" eish apa ni. Peluk peluk pula dah "
Dia ketawa.
" ni , tolong pakaikan untuk saya " pintanya dengan nada manja.
Aku kembali menoleh ke arahnya yang sedang memegang necktie. Kening aku bertaut.
Pelik. Kenapa suruh aku ?
" pakaikan ? "
Dia angguk.
Tanpa banyak tanya , aku memakaikannya necktie yang berwarna coklat itu. Aku sedaya upaya cuba elak dari mata kami bertembung. Dia merenung aku. Lama.
Aish dah kenapa ?
Cup !!
Aku memandangnya dengan mata meluas. Terkejut !
Dia sengih tanpa rasa bersalah.
" eish awak ni. Apa ni ? " marahku. Mana tak nya ? Suka hati dia nak cium aku.
Dia ketawa.
" siapa suruh lawa sangat pagi pagi ni " jawabnya sambil mencubit lembut pipiku.
Aku mencebik.
Lawa apanya dengan apron macam ni. Muka barai macam ni pun cakap lawa ke ? Rabun ke apa mamat ni.
" ha buat la macam tu kalau nak kena kiss lagi. " ugutnya.
Aku menutup mulut dengan tapak tanganku. Gatal. !
Dia ketawa kecil.
" cutie ada nak pesan apa-apa ke ? Nanti saya balik kerja , saya belikan " soalnya sebaik sahaja duduk di meja makan.
Nak apa ? Tak ada la.
" nothing "
Dia pandang aku sebelum tersenyum.
" kenapa ? "
" ke cutie nak saya ? "
" euwwww "
Dia ketawa dengan kuat.
Mengada betul.
" amboi... gelak sakan nampak "
Serentak dengan itu , kami berdua memandang ke arah tangga rumah.
Dah turun pun diorang.
Mata aku terhenti pada kelibat yang berada di belakang Taehyung. Dia tersenyum melihatku.
Erk sudah.
Kejadian semalam kembali menerjah dalam fikiranku. Wajah suga yang masih lagi lena di sebelah aku pagi tadi membuatkan jantung aku berdegup dengan laju.
" pretty ? " aku pandang jungkook yang sedang menghampiriku.
" hey kenapa merah ni ? Pretty demam ke ? " Jungkook menyentuh dahi aku untuk memeriksa suhu tubuhku.
Alamak ! Merah ke muka aku ?
" Er..Du..Dudukla korang. Ada benda nak kena setel kat dapur " nafiku. Mataku sempat melihat suga yang sedang tersengih ke arah aku. Keningnya terangkat sebelah.
Ceh. Gelakkan aku la tu.
" eh. Jom makan sekali. Lepas ni princess buat la. Sekarang. Makan dulu dengan kitorang " terus namjoon menarik kerusi untukku.
" erk tapi.. "
" duduk sunshine.. "
Aish !
Dengan perlahan-lahan aku melabuhkan punggung di hadapan suga. Nak buat macam. Dah kerusi ni yang namjoon bagi aku. Duduk jela.
" pakai blusher ke apa bunny ni ? Pagi pagi pun dah makeup bunny ni. Patut la selalu cantik " kata taehyung yang berada di sebelah kiri aku sambil mencubit lembut pipiku.
Suga pandang aku sambil tersenyum. Senyum penuh makna.
" eh ma..mana ada la "
Makeup apanya. Anak mata aku langsung tidak ke arah suga kerana aku tahu dia sedang memandang aku sekarang ni.
" dah yang pipi merah tu kenapa ? " jin memandang aku.
Aku garu kepala yang tak gatal. Nak gorang apa ni ?
" err.. " air kosong diteguk sedikit. Cuba cari jawapan yang sesuai. Apa ya ?
" ke malu lagi ? "
Bushh !!
Terus tersembur air aku.
Ehuk.. ehuk..
Terbatuk-batuk aku dibuatnya. Taehyung menepuk-nepuk belakang aku dengan perlahan.
Suga ketawa. Eee !
" Aish sweetheart minum elok-elok " katanya sambil menghulurkan aku sehelai tisu.
Adu pedihnya tekak. Aku mengangkat kepala memandang suga.
Suga tersenyum senget.
Eish ! Mamat ni kan !
" okay tak ni sunshine ? "
Aku angguk.
Anak mataku bergerak memandang jam dinding. 0815. Alamak ! Dah lewat.
" ehh korang lewat dah ni "
" eh.. kitorang gerak dulu ye " terus diorang bangun. Diorang memeluk aku terlebih dahulu sebelum melangkah keluar.
Dah biasa dah semua ni. Ehek !
" bye sayang. Take care " kalini suga pula yang memeluk aku.
Cup !
Suga senyum sebelum sekali lagi dia cium bibir dan dahiku. Sempat lagi dia mengeyitkan mata kepadaku sebelum melangkah keluar.
Aku memegang dada.
Aduhai.. Lemah jantung kalau hari hari macam ni.
YOU ARE READING
The maid || BTS 🔞
Fanfiction' maid ke princess ni ? Cantik semacam je ' ' eleh ayat playboy betul. Blah la kau ' Well guys ! imagine sahaja ! Remind okay, novel ni 18+ ke atas. Jangan cakap saya tak bagitahu. Btw ! No silent reader okay ! And please vote !