Malam itu, kami semua menikmati malam yang indah di kawasan pantai. Aku terlebih dahulu mengambil tempat di meja kecil yang berhampiran dengan tempat berehat.
" seokjin, aku dah bagitahu haritu. Kau yang tak percaya " bebel namjoon. Apa yang dibebelnya aku pun tak tahu. Mereka mula melabuhkan punggung di hadapan aku.
" nak makan apa ? " soal suga padaku.
Aku geleng.
" dah kenyang " jawabku.
" ya nak pesan apa encik ? " soal pelayan kepada kami.
Entah kenapa, suara pelayan lelaki ni menarik minat aku untuk mendongak memandang dia. Kepalaku didongak sedikit untuk melihat lelaki itu.
Zup !
Tubuh aku berdiri serta merta saat melihat insan di hadapan aku itu. Mulut terus terbisu untuk bersuara. Air mata mula mahu menintis.
" kenapa ni princess ? " Soalan namjoon aku abaikan.
" kim jung gi ? "
Jelas tubuh lelaki itu mula mengeras saat melihat aku. Riak wajahnya mula berubah. Matanya merah seakan akan menahan rasa.
" adik " panggilku lagi.
Yang lain turut terkejut dengan apa yang baru sahaja keluar dari mulut aku sebelum turut berdiri.
Junggi diam memandang aku.
" adik. Noona ni. Tak kan kamu tak cam " aku mula menghampirinya yang masih kaku.
" adik.." tangannya aku capai.
" sorry. Awak salah orang ni " jawabnya sebelum menarik tangannya dari aku.
Salah orang ? No ! Aku cam adik aku !
" salah orang ? Adik ingat noona ni gila ke sampai tak cam adik sendiri ? " soalku dengan nada sedikit meninggi.
Aku nampak rahangnya bergerak gerak sebelum matanya tertoleh ke arah mereka bertujuh lalu menunduk.
" sorry. Tapi awak memang dah salah orang ni. Saya bukan adik awak yang awak maksudkan tu " katanya dengan mendatar.
Air mata aku mula gugur. Tak sangka adik aku akan bersikap begitu.
" how could.."
" maaf kalau agak keterlaluan. Tapi boleh tak awak bawa dia pergi dari sini. Sebab dia menganggu kerja saya " beritahu junggi pada yang lain.
Aku terdiam. Sampai hati dia.
" bomi. Jom.."
" no ! Kim junggi ! " ayat suga aku potong. Tangan junggi diraih sekali lagi. Tapi kali ni tak sempat aku sentuh tangannya. Pandangan aku mula kabur. Badan aku mula tak seimbang. Sebelum semuanya menjadi gelap.
" bomi ! "
YOU ARE READING
The maid || BTS 🔞
Fanfiction' maid ke princess ni ? Cantik semacam je ' ' eleh ayat playboy betul. Blah la kau ' Well guys ! imagine sahaja ! Remind okay, novel ni 18+ ke atas. Jangan cakap saya tak bagitahu. Btw ! No silent reader okay ! And please vote !