" princess ! "
Kedengaran suara namjoon sebaik sahaja aku sedar dari lena aku. Mereka berdiri di tepi katil sambil memandang ke arah aku.
" okay tak ni ? Ada rasa sakit mana mana tak ? " soal hoseok sambil memegang tangan aku. Aku hanya senyum kepada mereka.
" call doctor." Arah seokjin. Namun cepat cepat aku memegang tangannya untuk menghalangnya.
" tak payah la. Saya okay. Sikit je ni." Halang aku.
" kena tikam , cakap sikit ? Apa yang sikit ya kalau sampai macam ni ? " suga bersuara. Dia berada jauh sedikit dari yang lain sambil menyilang tangan. Muka suga agak pucat sikit.
Aku memandang wajah mereka dengan satu persatu untuk memastikan diorang juga okay. Wajah mereka agak kepenatan dengan rambutnya yang sedikit kusut. Macam tak terurus.
Tiba tiba kejadian malam tu kembali bermain di fikiran aku. Aku memejamkan mata untuk cuba melupakan kejadian malam tu.
" kenapa ni pretty ? Sakit sangat ke ? " soal jungkook. Aku geleng. Tak la tak sakit pun.
" macam sakit je ni " aku geleng. Tak sakit pun. Serious tak tipu. Heh.
" eh. Kejap. Diorang semua macam mana ? " soalku bila teringat pada perempuan perempuan tu.
Jimin mengeluh.
" don't ask." Jawab jimin. Dia menunduk.
Kenapa ?
" no ! Apa dah jadi dengan diorang ? " soalku sambil cuba untuk bangun namun dihalang oleh namjoon.
" please cutie. Don't ask. And don't talk about that anymore ! " sambunya lagi.
Hah.
" don't talk ? Seriously ? Saya mangsa keadaan sekarang ni. And you say don't ask ? Don't talk ? Hah. Apa saya tak layak untuk tahu pasal ni ? Lepas apa dah jadi , saya tak patut tahu ? Without any explanation ? " nada aku sedikit tinggi.
Naik angin la aku dengan diorang ni.
Tak sekarang ni lojik ke kalau dia cakap macam tu pada aku ? Padahal aku yang mangsa sekarang ni. Dia tak bagi aku tanya pasal ni , macam aku ni pula yang menyibuk tentang urusan diorang. Memang la ni urusan dia , tapi aku terlibat sekali ! Memang patut la aku sibuk yahhh !
" okay okay. Relax princess. " kata seokjin memenangkan aku. Aku memandang mereka dengan tajam.
" okay easy girl. We kill them." Kata suga dengan tenang. Ternganga mulut aku. Kill what ?
" jangan buat lawak la." Kut ya pun nak buat lawak agak agak la. Cakap bunuh orang macam cakap bunuh nyamuk. Semudah ABC je.
" see. That's why kitorang tak nak cakap pasal ni. Sebab kitorang tahu reaction baby macam mana." Sambung suga lagi. Oh jadi betul la ni. Tak buat lawak la ni.
Aku tengok muka mereka yang sudah berubah serious seolah olah ingin bagitahu dekat aku yang mereka tak main main.
" bukan semua yang bunny tengok pasal kitorang betul. Kami tak macam yang bunny sangka." Kata taehyung. Aku lihat tangan kananya yang berbalut. Keadaaan dia agak parah jika nak dibandingkan dengan aku.
" are you okay taehyung ? " soalku padanya. Risau tengok keadaan dia macam tu.
" we are not like others. We're different. Kill ? Fight ? It's nothing to us. Small matters. " Sambung taehyung.
Aku pandang mereka. Jadi ni la diorang yang real ? No wonder la diorang macam biasa je bila bertumbuk haritu. Sikit pun tak kekok." so it's better if you don't know it." Sambung suga.
Aku mengeluh.
" then perlu ke sampai bunuh ? " soalku dengan perlahan. Bunuh orang ? Bukan benda kecil la. Tak ada cara lain ke nak setel ? Perlu ke sampai bunuh ?
" kenapa ? Jijik ke dengan kitorang ? " soal jungkook.
Jijik ?
" ye la kan. Kami kan pembunuh."
" saya tak pernah kesah siapa pun korang sebenarnya. Dari awal lagi saya tak pernah kesah. " Kataku.
Wajah mereka aku pandang dengan lama.
" tapi. Perlu ke sampai bunuh ? Dah tak ada cara lain ke nak setel baik baik ? Saya bukan apa. Bukan sebab saya jijik dengan korang. Tapi sebab saya sayang korang. Saya tak pernah sayang lelaki lain macam saya sayang korang. Jadi awak rasa saya mampu ke nak jijik dekat korang ? " wajah mereka sedikit terkejut.
" saya just tak nak benda buruk jadi dekat korang disebabkan saya." Sambungku lagi. Air mata aku mula menitis. Sebak la pula hm.
" hey princess.."
" sebab tu ke bunny selamatkan saya ? " soal taehyung.
Habis sebab apa lagi ? Kalau bukan sebab sayang aku tak gila la nak kena tikam macam tu.
Aku diam.
" okay. Kitorang janji yang kitorang tak akan cedera and buat perkara macam tu lagi. Also kitorang juga janji yang sweetheart tak akan terluka lagi." Seokjin mengusap rambut aku dengan lembut. Aku tersenyum.
" hm."
" hm je ? Orang tengah emosi ni , hm je ? " jimin pandang aku tak puas hati. Aku sorok senyum.
" habis tu nak suruh reaction macam mana lagi ? " soalku.
" seriously cutie ? "
" hm."
" cutie ! "
Ok ni lawak.
" guys.."
Diorang pandang aku.
" lapar.."
YOU ARE READING
The maid || BTS 🔞
Fanfiction' maid ke princess ni ? Cantik semacam je ' ' eleh ayat playboy betul. Blah la kau ' Well guys ! imagine sahaja ! Remind okay, novel ni 18+ ke atas. Jangan cakap saya tak bagitahu. Btw ! No silent reader okay ! And please vote !