29 || trust

201 8 0
                                    

" Namjoon.. "

Kaki kanan mula melangkah masuk ke dalam bilik lelaki yang bernama Namjoon. Aku meneliti segenap ruangan dalam bilik yang serba hitam itu. Decoration yang kemas dan bertemakan premium dalam bilik ini membuatkan aku terpukau seketika.

Kemas gila.

Walaupun aku maid dalam rumah ni , tetapi aku tidak pernah sekali pun menjejakkan kaki ke dalam bilik mereka. Walaupun hanya untuk bersihkan bilik. Kerana aku sudah sedia maklum yang bilik mereka merupakan kawasan larangan masuk tanpa kebenaran. Lagipun ni bilik diorang , privacy kut.

Tiada sahutan.

Tiba-tiba tubuh aku berasa seram sejuk ketika berada dalam bilik ini. Mungkin sebab gelap atau mungkin sebab bilik ni bilik lelaki. Oleh itu , aku dah mula rasa menyesal la pula sebab masuk bilik ni waktu macam ni.

Aku mengambil keputusan untuk melangkah keluar semula dari bilik ini , namun terhenti apabila terdengar bunyi pintu bilik mandi dibuka.

" princess ? "

Aku kembali menoleh ke arahnya. Zup ! Terkejut. Dia baru siap mandi ke ? Kejap. Kenapa dia tak pakai baju ni !

Bengap ! Dia baru lepas mandi kan , mesti la tak pakai baju. Adoii la ..

Aku memandang namjoon dari atas hingga ke bawah. Tubuhnya basah dan hanya dililitkan dengan tuala paras pinggang. Aku telan air liur. Kenapa dia sexy sangat ni !

" I know I'm sexy princess. But don't look at me like that.. Macam nak terkam saya je. " Erk.

" mana ada saya tengok awak.." nafiku. Dia sengih mengejek.

Bodohnya kau Bomi. Dah terang terang kau tengok dia tadi. Eish. Bengap betul.

" then ? Look at my abs ? " dia ketawa.

Aah sudah.

" eee mana ada la ! "

" eii comel je princess ni. So , what's up? need something ? " Dia duduk di birai katil sambil tangannya mengeringkan rambut yang basah. Ya tuhan. Sexynya. Dugaan apakah ini ?

Tualanya terselak sedikit menyebabkan aku nampak bahagian dalam pahanya yang berotot itu. Sekali lagi aku telan air liur sebelum berdehem. Sabar sabar. Simpan kau punya gatal tu.

" saya nak tanya sesuatu ni, "

Dia pandang aku dengan penuh minat.

" pasal junggi "

Jelas wajanya berubah serta merta sebaik sahaja aku menyebut nama adik lelaki aku itu tadi. Lama dia diam lalu berdehem.

" nak tahu apa pasal dia ? " Aku terdiam. Cuba menyusun ayat. Kan salah ayat kan , harus kena tendang dengan kaki yang berotot tu.

" kenapa awak semua tak cerita apa apa dekat saya sejak hari tu ? " akhirnya ayat yang sudah terpendam lama dalam fikiran aku luahkan juga malam ni.

" nak cerita pasal apa ? Nak cerita pasal kenapa dia buang awak ? " soalnya lagi. Aku telan air liur melihat muka namjoon yang sudah berubah. Seakan - akan marah pada aku pula.

Aku salah orang ke nak tanya ni ? Kenapa aku tak tanya jin ke hoseok ke ? Tapi kenapa namjoon juga yang aku nak tanya. Mungkin sebab dia seorang yang matured dalam pertuturan dan boleh dibawa berbincang.

" Ya ! Saya nak tahu kenapa. Tak lojik dia buang saya tanpa sebab yang kukuh " dengan yakin aku menjawab. Tak nak tunjuk yang aku takut padanya. Hakikatnya hanya tuhan je tahu apa aku rasa sekarang ni.

" Kalau dia memang ada niat nak buang awak , dia akan tetap buang walaupun tak ada sebab yang kukuh. Tak semestinya semua benda yang kita buat atas dunia ni , kena ada sebab. Dah dia tak nak awak. Jadi kenapa dia perlu kembali pada awak ? Kalau betul dia perlukan awak , dari dulu lagi dia akan cari awak. Tapi kenapa dia tak cari ? Dia lelaki. Bukannya perempuan yang tak pandai berdikari. Dia boleh je cari kalau memang dia nak. Tapi tak. Dia tak kesah pun pasal awak " dengan mendatar namjoon menjawab. Entah kenapa aku terasa hati dengan jawapan namjoon itu.

" Dia akan cari awak kalau dia perlukan awak , sayang awak. Tapi ada dia buat semua tu ? Tak ada. Jadi kenapa awak perlu bazirkan hidup awak demi dia ? Hidup awak berharga Kim Bomi. Awak layak untuk bahagia. Layak untuk hidup macam orang lain. Awak perlu teruskan hidup awak. Dia tak perlukan awak pun. " sambung namjoon lagi. Aku tunduk pandang lantai. Sedih.

Tanpa sedar air mata mula menitis. Memang ada betulnya apa yang Namjoon cakap. Tapi kenapa sakit sangat nak terima kenyataan tu. Namjoon mendekati aku sebelum memeluk tubuh aku.

" Sorry princess. Saya tak ada niat nak lukakan hati awak. Sorry okay. Saya cuma tak nak awak terluka sebab dia lagi " makin kuat tangisan aku.

Dia mengeluh.

" Okay, I'll tell you the truth " serta merta air mata aku terhenti. Aku mendongak memandangnya.

" but promise me. Don't do a things that are not right or things that can harm yourself " pesannya dengan tegas. Aku angguk tanda setuju. Janji tak.

Dia pandang aku dengan lama sebelum bersuara.

" He had to do this. He had to leave you. I can't tell you why.  This is all i can tell you. But princess , don't worry we will try to help your brother. Just trust us. Okay ? " Apa ni. Bagitahu apa.

Dia seolah-olah faham dengan reaksi muka aku , terus dia memeluk aku dengan erat. Tangan kananya mengusap lembut belakangku.

" please.. jangan tanya apa- apa dah " pintanya.

Akhirnya aku hanya diam. Aku kena percaya diorang. Just tunggu.

Everything will be fine.

The maid || BTS 🔞Where stories live. Discover now