Prolog

2.7K 98 0
                                        

TAKDIR | EBOOK
Maaf, masrasah ini tiangnya rapuh

"Fitrahnya seorang perempuan ingin dibimbing dan bukan
membimbing. Begitu juga saya. Saya mengaku, ilmu agama saya masih tipis. Bahkan buku teks Pendidikan Agama Islam, Tingkatan Lima mempunyai input lebih banyak berbanding apa yang ada dalam dada saya. Saya bukan seorang penuntut sekolah agama. Bidang saya jauh ikatannya dengan agama saya sendiri."
Lelaki itu mendengar dengan tekun dari sebalik layar yang memisahkan dirinya dengan Sarah. Tunangannya yang dipinang oleh ibunya. Atas kehendak lelaki itu sendiri. Walau bagaimanapun, dia sedar. Kehendak mereka tidak berada di atas landas yang sama. Wanita yang sedang berhadapannya ini tidak langsung menaruh perasaan pada dirinya.

"Apa saja yang Dr. tahu tentang diri saya, hanya apa yang Dr. nampak. Bukan apa yang Dr. benar-benar tahu." Suara itu mula bergetar. Anak muda itu menggenggam kedua tangannya yang diletakkan di atas pehanya sendiri.

"Anggapan awak pada saya hanyalah atas keadaan saya yang mana Allah tutup aib-aib saya. Jujurnya, andai aib saya sendiri Dr. ketahui, tidaklah Dr. melamar saya. Barangkali mendengar nama saya sahaja Dr. tidak sudi." Jejaka muda itumenggeleng perlahan meskipun dia maklum bahawa Sarah tidak akan dapat melihat responnya. Manakan tidak, langsir itu legap dan berwarna coklat gelap. Sarah kedengaran sebak di hujung sana. Atas asbab apa sekalipun perasaan tersebut menyendatkan rasa Sarah, tiadalah pula jiwa lelakinya mengetahuinya.

"Jujur. Saya terima Dr. berdasarkan kepercayaan saya kepada Allah dan kepada pilihan kedua ibu bapa saya. Saya minta maaf. Seandainya nanti, Dr. didedahkan dengan versi saya yang saya sendiri ralat memilikinya." Jejaka itu menelan liur. Seakan-akan tahu penghujung ayat yang bakal diluncurkan dua bibir itu.

"Saya sudi dilepaskan dengan cara baik oleh Dr. Muhammad Taufiq Wajdi."

TAKDIR | NOVEL [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang