Hopeless betul isteri Dr. Taufiq ni. Satu apa pun dia tak tahu pasal suami sendiri. Makin lama hidup dengan Dr. Taufiq. Aku makin rasa tak layak. Dr. Taufiq layak dapat seseorang yang mampu sayang Dr. dengan sepenuh hati. Bukan aku yang layan Dr. macam kawan je.
Ibu, banyaknya dosa Sarah pada Dr. Taufiq. Sarah takut. Sarah takut Sarah tak mampu jadi macam apa yang Dr. Taufiq harapkan.
Gelaran Humaira dengan harapan Sarah mampu jadi sehebat Saidatina Aisyah itu berat ibu.
Sarah mengeluh. Journal miliknya dia tutup.
Kawasan biliknya yang lengang itu dia pandang lama.
"Sarah rasa tak guna sangat Ibu. Sarah tak pandai masak. Sarah tak pandai manjakan suami. Sarah tambah beban je pada suami Sarah. Allah mesti marah kan?"
Sarah menghela nafas berat. Dia perlahan bangun dan kakinya dibawa menuju ke tangga untuk turun ke ruang tamu.
Dr. Taufiq sudah keluar selepas mereka bersarapan siang tadi. Katanya dia mahu mengambil barang-barangnya yang masih tertinggal di pejabat miliknya di kampus. Sebelum Zuhur nanti lelaki itu akan pulang ke rumah untuk makan tengah hari bersama-sama. Lelaki itu hanya menjamah oat segera sahaja. Kata Dr. Taufiq dia tak mahu Sarah bersusah payah masa awalawal pagi begini. Lagipun bukannya banyak barang dapur yang ada dalam peti ais bujang miliknya itu.
Sarah membuang segala apa yang menyesakkan fikirannya kali ini.
"Tak apa Sarah. Cuba sikit demi sikit. Allah tak pandang pada hasil. Allah pandang pada usaha. Minta kekuatan daripada Allah." Sarah mengulang-ulang nasihat yang sering dia terima dari kakak angkatnya, Syafiqah selama ini. Meskipun gadis muda berusia sebaya dengan Azraf itu tidak pernah bertemu dua pasang mata dengan Sarah, Kak Syafiqah sangat baik orangnya. Kak Syafiqah tidak pernah bosan beri jawapan kepada pelbagai soalan Sarah terutama sekali perihal fiqh wanita memandangkan Sarah sendiri masih bertatih berkaitan itu.
Sarah memilih Mama Ju di dalam senarai kontak telefonnya.
"Assalamualaikum menantu Mama, ada apa-apa yang Mama boleh bantu?" Kedengaran salam dan sapaan Datin Juwita dari hujung talian.
"Waalaikumussalam Mama. Mama sibuk ke?" Sarah berbasabasi. Dia sedikit segan sebenarnya mahu bertanya agenda utamanya kepada ibu mentuanya itu walaupun Datin Juwita melayan Sarah dengan sangat baik.
"Tak sangat pun. Mama tengah tunggu Papa kamu habis meeting. Nak ajak shopping sama-sama. Macamlah kamu tak kenal Papa kamu tu. Hujung minggu pun sibuk macam menteri." Datin Juwita menghamburkan tawanya diikuti oleh Sarah. Hendak buat bagaimana, menjadi isteri usahawan tentulah perlu bermadu dengan perniagaan yang dibangunkan suami sendiri. Lainlah kalau kerja makan gaji macam Taufiq.
"Sarah nak tanya Mama sikit boleh?" Sarah menamatkan mukaddimah. Dia tidak mahu lewat. Sebaik sahaja panggilan ditamatkan nanti, dia perlu melakukan banyak perkara.
"A- Abang Taufiq suka makan apa?" Meremang bulu roma Sarah menggunakan perkataan yang tidak pernah meniti di bibirnya itu. Tak apa Sarah, nanti lama-lama biasalah tu.
"Oh... nak masak ke?" Datin Juwita mengusik Sarah yang sudah tersenyum malu di hujung talian.
"Kalau Sarah nak tahu, Taufiq tu tolak batu dengan kayu je. Semua benda dia makan. Masakan borneo sampailah makanan pantai timur, dia gasak je asalkan tak sakit perut." Sarah tertawa mendengar bicara Datin Juwita. Patutlah sepanjang seminggu di rumah Ibu dan Ayah, Taufiq tidak pernah berkata tidak sewaktu Puan Sakinah bertanya saban kali sebelum memasak.
"Paling Taufiq suka kari ikan tongkol. Padankan sekali dengan sayur kangkung tumis. Mama jamin mesti bertambah." Datin Juwita berseloroh. Sarah hanya mengangguk-anggukkan kepala.

ANDA SEDANG MEMBACA
TAKDIR | NOVEL [C]
Storie d'amore"I am writing this letter for Sr. Siti Sarah to be my spouse until the end of my life" - DR. MUHAMMAD TAUFIQ WAJDI. "Seandainya nanti, Dr. didedahkan dengan versi saya yang saya sendiri ralat memilikinya. Saya sudi dilepaskan dengan cara baik." -SIT...