"Sarah."
Sarah mengangkat kepala memandang ke arah gerangan yang memanggilnya. Senyum dia koyakkan buat gadis yang sedang duduk di sisinya sekarang. Redup pandangan wajah putih bersih itu jatuh bertembung dengan kolam matanya. Sarah menanti dua ulas bibir itu menuturkan kata-kata.
"Aku minta maaf. Aku tahu kau tak selesa kalau aku cakap macam ni. Tapi Khairul minta tolong beritahu. Dia berkenan nak jadikan kau sebagai isteri." Khadijah akhirnya meluahkan perkara yang terbuku dalam hatinya. Sebenarnya sudah dua hari sejak dia diasak oleh Khairul agar memberitahu rakan baiknya itu berkenaan hasrat besar lelaki Melayu tulen tersebut. Khadijah menggigit bibir menanti balasan Sarah.
Buku Fiqh Wanita yang berbalut kemas dalam posesi konsentrasi Sarah dia tutup perlahan. Sarah mengulum senyum. Sedaya upaya dia cuba menutup kegusaran dalam hati. Sungguh, perkara tersebut perkara paling berat baginya.
"Khairul mana?" Sarah menepati jangkaan Khadijah terhadapnya. Setiap kali dia menyatakan hasrat mana-mana lelaki terhadap gadis muda itu, pasti soalan tersebut yang akan ditanyakan dahulu. Sedikit ironi kerana Sarah jarang mengenali mana-mana lelaki.
"Khairul Hafizan. Student Syariah Law. Sebaya dengan kita." Kening Sarah terjongket sebelah. Setahunya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Kuantan ini hanya menempatkan pelajar sains sahaja. Tidak pernah lagi dia didatangi mana-mana lelaki yang bukan berasal dari kampusnya. Kampus untuk pelajar perundangan berada nun di Gombak, Selangor.
"Dia sepupu aku belah ayahanda aku. Dia suka kau sejak kita asasi di Gambang." Khadijah menggigit bibir. Menanti jawapan milik rakan rapatnya itu.
"Apa pendapat kau tentang dia?" Soal Sarah kepada Khadijah. Selalunya, Sarah akan diamkan sahaja mana-mana lelaki yang mendekatinya. Sarah hanya akan mengutus secebis nota untuk lelaki yang ingin mendekatinya sehingga lelaki-lelaki tersebut akhirnya tidak lagi mendekatinya. Entah apa yang dituliskan dalam nota yang diutuskan melalui Khadijah itupun tiada Khadijah ketahui.
"Aku rasa dia seorang yang baik. Dia rajin belajar. Bab agama pun boleh tahan." Khadijah mendongak sedikit. Cuba untuk memanggil kembali memorinya tentang Khairul, sepupu belah Ayahanda Karim.
"Kau ada nombor dia?" Khadijah tersentak. Sarah selalunya tidak bertanya sejauh ini. Adakah Sarah sudah lama mengenali Khairul? Adakah Sarah juga menyimpan rasa buat bakal peguam syariah itu? Sarah hanya senyum melihatkan reaksi rakannya. Wajarlah gadis muda itu terkejut. Mana pernah Sarah bertanya soalan sebegitu rupa. Sarah itu sangat pemalu orangnya.
"Dia tiada di sini untuk minta mana-mana Brother untuk pass nota aku padanya." Khadijah mengganguk. Barulah rahangnya yang hampir tercabut itu dapat relaks apabila dia menutup mulutnya yang sedikit terbuka tadi.
Khadijah spontan menghulur telefonnya kepada Sarah. Dia berhasrat memberi privasi kepada gadis itu agar berbicara langsung dengan sepupunya. Sarah menolak sambil tersenyum. Dia tahu, Khadijah sangat amanah. Dia tidak pernah mencuri baca nota yang Sarah kirimkan buat mana- mana lelaki yang cuba mendekatinya walaupun dialah merpati yang menjadi perantara. Sifat Khadijah yang sedikit terbuka dalam berhubungan dengan ajnabi berbanding Sarah menjadikannya sebagai merpati setia."Aku malu." Wajah Sarah membahang. Demi Allah dia malu. Dia sangat malu untuk berbicara dengan ajnabi walaupun untuk urusan profesional.
"Kau nak aku taipkan?" Khadijah bertanya. Dia menepuk dahinya sendiri.
"Memanglah aku taip. Takkan nak minta akak kafe pula kan?" Khadijah tersengih pada Sarah bagi membalas senyum yang diulum gadis itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
TAKDIR | NOVEL [C]
Romantizm"I am writing this letter for Sr. Siti Sarah to be my spouse until the end of my life" - DR. MUHAMMAD TAUFIQ WAJDI. "Seandainya nanti, Dr. didedahkan dengan versi saya yang saya sendiri ralat memilikinya. Saya sudi dilepaskan dengan cara baik." -SIT...