Remarks : Sila baca start daripada epilog tau sebab ini extension dan ada yang sama dengan SC versi 1.0
Taufiq merenung ke arah langit yang baru hendak dicumbui oleh terik mentari. Seawal selepas subuh tadi dia sudah keluar untuk berjogging di sekitar taman perumahannya. Bukan selalu dia dikurniakan peluang sebegini. Sejak dia mengambil keputusan untuk kembali terlibat dengan kajian-kajian sebagai associates kepada professor-professor lain di univerisiti, hendak tidur pun dia berkira. Kadang-kala, dia langsung tidak sempat hendak bertegur sapa dengan isterinya Sarah. Manakan tidak, masing-masing tidak sempat bertembung di rumah. Waktu dia pulang, Sarah baru sahaja ke hospital. Begitu juga sebaliknya.
Taufiq mencapai botol air di sisi dan membuka penutupnya. Basmalah dibaca perlahan sebelum air putih dari dalam botol itu meluncur di kerongkongannya. Segar sungguh rasanya. Seperti hilang penat lelah dia berjogging sendirian sejak tadi.
Taufiq meletakkan botol itu kembali. Secara tibatiba, dia terasa seperti ada individu yang memerhatikannya. Pandangan dikalihkan ke kiri. Benar. Ada seorang kanak-kanak lelaki sedang memerhatikan Taufiq bersama satu paket aiskrim di tangan. Taufiq angkat kening sebelah. Taufiq menganggar budak itu mungkin berumur dalam lingkungan kurang sepuluh tahun. Riak anak itu seperti ingin bertanya tetapi entah apa yang menghalang tutur katanya pun Taufiq tidak tahu.
"Ya?" Taufiq akhirnya bertanya bersama suara yang cuba dilembutkan. Tidak mahu menimbulkan rasa gerun pula pada kanak-kanak itu. Iyalah, tubuh badan Taufiq kan agar besar jika dibandingkan dengan budak kecil itu.
"Uncle... Uncle boleh tolong bukakan aiskrim ni?" Budak itu menghulurkan paket aiskrim kepada Taufiq. Bibir Taufiq tersungging sedikit.
"Nak minta tolong itu je ke? Alahai... Boleh." Taufiq menggeleng sambil meleraikan ikatan plastik pembalut aiskrim Malaysia itu dengan tangan. Bagus betul peniaga aiskrim ni. Dah tak perlu gigit bahagian bawah dah, buka saja simpulan bahagian atas aiskrim dengan menariknya. Inovasi yang mengagumkan.
Aiskrim dikembalikan kepada sepasang mata bak helang yang sedang menanti. Senyuman lebar terukir di bibir anak kecil itu sebaik aiskrim Malaysia bertukar tangan.
"Terima kasih uncle!" Taufiq mengangguk.
"Duduk sini, makan. Tak elok makan berdiri." Taufiq menepuk ruang pada kerusi kayu di sisinya. Keadaan di taman itu sedikit lengang. Entah budak ini datang berpenjaga ataupun tidak.
"Boleh ke?" Kening anak kecil itu berkerut. Taufiq tergelak. Comelnya anak orang!
"Boleh... Meh duduk sini. Kalau tak nanti kena culik." Taufiq sengaja berseloroh. Cepat-cepat budak itu duduk di sisinya.
"Datang dengan siapa?" Taufiq terlepas tawa lagi. Belum sempat Taufiq bertanya, dia yang menerima persoalan itu dari dua ulas bibir kecil itu. Sungguh tak disangka-sangka.
"Uncle datang sorang. Uncle tak apa. Dah besar. Awak tu. Datang dengan siapa?" Taufiq berpaling sepenuhnya ke arah budak lelaki yang belum dia kenal namanya itu.
"Saya datang dengan Ibu. Ibu pergi buat apa entah dekat kereta. Aiskrim nanti cair tak sedap. Itu yang Ayden pergi cari orang minta bukakan." Taufiq menggeleng. Pipi anak kecil itu dicubit perlahan.
"Amboi... Banyak akal ye? Kalau uncle jahat macam mana?" Taufiq memancing minat anak kecil yang bernama Ayden itu.
"Uncle tak bagi Ayden gula-gula. Uncle tak suruh Ayden ikut Uncle maksudnya Uncle tak jahat."
"Mana boleh macam tu. Ayden tak boleh senangsenang percaya orang tahu? Sekarang ni, orang hensem macam Uncle pun boleh jadi jahat tahu?" Ayden hanya tersengih. Entah aiskrim perisa apa yang disedutnya. Sekejap-sekejap mukanya berkerut menahan rasa masam yang menjalar ke segenap deria raasa.
YOU ARE READING
TAKDIR | NOVEL [C]
Romance"I am writing this letter for Sr. Siti Sarah to be my spouse until the end of my life" - DR. MUHAMMAD TAUFIQ WAJDI. "Seandainya nanti, Dr. didedahkan dengan versi saya yang saya sendiri ralat memilikinya. Saya sudi dilepaskan dengan cara baik." -SIT...