BAB 21

740 47 0
                                    

Sarah bermain-main dengan jari-jemarinya yang menyejuk. Sudah hampir sepuluh minit dia berada di dalam kereta yang terparkir di kawasan parkir staff Hospital Orang Asli Gombak ini. Suasana masih hening memandangkan belum masuk waktu bekerja lagi.

Sejujurnya Sarah gugup hendak melapor diri di Hospital Orang Asli Gombak itu untuk memulakan tugasnya sebagai house officer selama dua tahun. Sudah lah dia sukar hendak berkawan dengan orang baru.

"Sarah, kau cuba lah berkawan sikit. Kalau aku dengan Zahra tak ada nanti macam mana?" Sarah teringat perbualannya bersama dengan Khadijah di atas talian beberapa minggu lepas.

Mereka benar-benar tiada bersamanya sekarang untuk membantu dia break the ice.

Sarah mengetap bibir. Beberapa buah kereta mula diparkirkan di kawasan yang sama.

"Bismillahirrahmanirrahim."

Idz qaala Yuusufi li abiihi yaa abati inni raa aitu ahada 'asyara kaukabauw wasy syamsa wal qamara ra aituhum li sajidin

Tatkala Yusuf berkata kepada Ayahnya, wahai ayahku, sesungguhnya aku melihat sebelas bintang-bintang, matahari dan bulan; aku melihat mereka bersujud kepadaku

(Surah Yusuf : 4)

Ayat yang diajarkan oleh Puan Sakinah kepada Sarah sebagai penyeri wajah itu, Sarah baca berulang kali.

Dia akhirnya mencapai beg tangan dan fail yang perlu dibawa. Kot putih yang menandakan professionnya sebagai seorang doktor, dia sangkutkan di tangan kanan. Dia keluar dari Cik Hajar sebelum mengunci kereta itu.

"Hai! HO ke?" Seorang wanita berbangsa cina yang berkulit putih melepak menegur Sarah. Gadis itu kelihatan berusia hampir sama dengan Sarah. Penampilannya sederhana dan kemas. Sehelai kemeja berwarna turquoise lembut dipadankan dengan seluar panjang jenis bootcut berwarna krim.

"Ya, saya." Sarah mengangguk. Senyuman dia hadiahkan kepada gadis yang menyapanya tadi. Dia tidak memakai purdah atas alasan pekerjaan yang menghalangnya daripada berbuat demikian. Semalaman juga dia mengadu dengan Taufiq berkaitan perihal tersebut sehingga jenuh Taufiq memujuknya.

"Gosh! Sama lah kita! Nasib baik jumpa dengan you. Boleh gerak sama-sama. By the way nama I, Cindy Lim. You can call me, Cindy. You?" Gadis itu menghulur tangan untuk bersalaman dengan Sarah. Sarah menyambutnya walaupun kekok sedikit.

"Saya, Siti Sarah. Boleh panggil Sarah." Cindy hanya mengangguk-angguk mendengar bicara Sarah.

"So, Dr. Sarah. You dari university mana?" Cindy bertanya sambil mereka berjalan menuju ke lif untuk naik ke tingkat yang menempatkan dewan persidangan iaitu tempat mereka perlu berkumpul di hari pertama.

"Saya dari IIUM Kuantan." Sarah menjawab.

"I see, I dari UKM. Jauh betul you sambung housemanship. Kenapa bukan dekat HTAA?" Cindy ringan mulut bertanya. Sarah hanya tersenyum. Sapaan Cindy merupakan peluang yang baik untuk dia membuat kawan di sini.

Sarah mengerti akan persoalan Cindy. Kebanyakan rakan sekuliahnya pun melaksanakan tempoh housemanship di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.

"Saya buat permohonan untuk housemanship dekat Gombak sebab saya duduk Gombak dengan suami."

"Oh my God, you dah kahwin? Best gila! I nak kahwin juga tapi my boyfriend asyik cakap nanti je. Tahniah anyway!" Sarah hanya tersenyum mendengar bicara Cindy yang bermulut becok itu. Sedar tidak sedar mereka sudah pun berada di hadapan bilik persidangan Hospital Orang Asli Gombak di tingkat 3. Sarah berjalan di belakang Cindy. Dia melangkah masuk bersama basmalah dan Surah Al-Insyirah.

TAKDIR | NOVEL [C]Where stories live. Discover now