Sarah berjalan terkoncoh-koncoh dari balai ketibaan Lapangan Terbang Tawau, Sabah. Dia langsung tidak menghiraukan kepenatan yang dirasakannya sejak dia baru habis kerja tadi.
Tadi malam, Sarah mendapat panggilan daripada Datin Juwita mengkhabarkan bahawa Taufiq telah dijumpai dan dibawa ke Hospital Dutchess of Kent untuk menjalani rawatan selanjutnya memandangkan keadaan suaminya itu agak teruk. Sarah sejujurnya mahu sahaja terbang ke Sandakan malam itu juga tetapi dihalang oleh Datin Juwita. Sarah perlu bertugas pada shift pagi jadi tidak sepatutnya Sarah mengabaikan kerjanya demi memenuhi tuntutan peribadi.
Sarah menahan teksi dan meminta teksi tersebut membawanya ke Hospital Dutchess of Kent, Sandakan. Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Sarah bermain dengan jari-jemarinya. Mod kapal terbang yang ditetapkan di dalam telefonnya, dia matikan. Serta-merta beberapa pesanan ringkas yang dihantar daripada nombor Dato' Talhah menyapa pandangannya.
"Sarah, Papa harap Sarah dah selamat sampai by the time this message reaches you. Taufiq is unstable." Sarah terus tutup skrin telefonnya.
"Pak Cik tolong laju sikit." Sarah mendesak kepada pemandu teksi yang dinaikinya. Pandangan pelik lelaki itu pada Sarah yang lengkap memakai skrub beserta dengan steteskop di kocek dipadankan dengan topeng pembedahan muka diabaikan oleh Sarah. Dia perlu bersegera.
"Abang, please hang on." Sarah sudah tidak senang duduk. Perjalanan dirasakan tersangat jauh dan memakan masa.
Sebaik sahaja sampai, Sarah terus bergerak ke wad yang menempatkan Taufiq. Dia disapa oleh Dato' Talhah dan Datin Juwita di hadapan pintu wad Taufiq.
"Assalamualaikum Mama, Papa." Datin Juwita bangkit dan memeluk Sarah. Tangisannya dihamburkan di bahu menantu kesayangannya itu.
"Waalaikumussalam Sarah." Dato' Talhah menjawab. Sarah kaku apabila Dato' Talhah meraup wajahnya kasar.
'Aku dah terlambat ke?'
"Sarah nak masuk dalam." Sarah bersuara jelas dan nyata senyata hukum bacaan idzar halqi.
"Taufiq-"
"Please Papa." Sarah sudah bersuara merayu. Matanya memerah. Dia perlu juga berjumpa dengan jasad yang sudah sekian lama dirinduinya itu.
"Masuk lah." Datin Juwita meleraikan pelukan sebaik Dato' Talhah memberi kebenaran kepada menantunya untuk bertemu dengan Taufiq. Sarah mengangguk tanda berterima kasih sebelum menapak masuk bersama bismillah.
Sebaik dia berpaling dari menutup pintu, matanya tertancap pada seorang lelaki berjambang halus yang sedang terbaring di atas katil pesakit di dalam wad VIP yang bersaiz sederhana besar itu.
Sarah berjalan mendekati Taufiq. Lelaki itu tidak membuka matanya. Hanya bunyi mesin-mesin yang berada di dalam bilik tersebut sahaja kedengaran.
"Assalamualaikum, Abang." Sarah duduk di sisi Taufiq. Tangan kanan Taufiq yang kasar itu dia gapai dan usap perlahan.
"Abang tak jawab salam berdosa tau." Sarah berbicara lagi. Air matanya turun perlahan-lahan apabila meneliti keadaan jasad yang dikasihinya itu. Kepala Taufiq berbalut. Lengan kanannya beranduh. Luka-luka kecil ditampal dengan kapas di pipi dan lengan kirinya.
"Abang rindu Sarah tak?" Sarah mengusap lengan Taufiq yang berbalut kain anduh. Pasti anggota kanan lelaki itu patah.
"Sarah rindu Abang sangat-sangat." Sarah jeda seketika. Dia berharap agar mata yang tertutup itu akan terbuka dan menariknya ke dalam dakapan.
"Abang..." Sunyi. Hanya bunyi penghawa dingin dan mesin pemeriksa nadi sahaja membalas panggilan Sarah. Air matanya tumpah lebih lebat.
"Kesian, Abang... Pipi dah calar. Suami Sarah dah tak handsome." Sarah mengusap pula pipi kanan Taufiq yang bertampal kapas kecil. Jambang halus yang sedikit panjang di wajah menandakan lelaki itu kurang terurus sepanjang ketiadaannya.
YOU ARE READING
TAKDIR | NOVEL [C]
Romance"I am writing this letter for Sr. Siti Sarah to be my spouse until the end of my life" - DR. MUHAMMAD TAUFIQ WAJDI. "Seandainya nanti, Dr. didedahkan dengan versi saya yang saya sendiri ralat memilikinya. Saya sudi dilepaskan dengan cara baik." -SIT...