"Sarah." Puan Sakinah menghampiri Sarah yang sedang duduk di sofa ruang tamu sambil menonton buletin utama.
"Ye Ibu?" Sarah memalingkan wajahnya daripada menghadap televisyen.
"Berita pasal apa tu?" Puan Sarah menduga.
"Ha?" Sarah terpinga-pinga. Puan Sakinah menggeleng perlahan. Dia tahu hanya jasad dan mata Sarah sahaja yang sedang terpasak pada berita yang ditayangkan di hadapan televisyen sedang jiwanya melayang entah ke mana.
"Sarah okay?" Puan Sakinah melabuhkan punggung di sisi Sarah. Dia mengusap perlahan kepala Sarah.
"Okay je Ibu." Sarah menjawab. Sedaya upaya cuba dia sembunyikan gelora rasa dalam jiwanya.
"Taufiq tahu Sarah dekat sini? Sarah gaduh dengan Taufiq ke?" Puan Sakinah menebak. Wajah Sarah berubah sedikit menandakan tebakannya mengena.
"Sarah tak boleh macam ni. Taufiq suami Sarah. Berdosa setiap langkah Sarah tinggalkan Taufiq tanpa beritahu Sarah ke mana." Sarah hanya mengetap bibir. Dia tahu. Bahkan dia sangat tahu perihal perkara itu. Beberapa hari lepas, dia ada bertanya kepada Kak Syafiqah tentang tindakannya. Adakah dibolehkan untuk dia berlari sebentar dari seorang insan yang bernama suami semata-mata untuk memulihkan lukanya? Sarah sedaya upaya menyembunyikan perihal sebenar di sebalik perbuatannya.
"Sarah tak boleh keluar rumah tanpa keizinan suami. Sarah juga tak boleh bawa masuk ajnabi ke dalam rumah tanpa keizinan suami. Sebaik sahaja akad nikah terlafaz, Sarah berada di bawah tanggungjawab suami Sarah. Taufiq berhak tahu ke mana Sarah pergi dan apa yang Sarah hendak lakukan. Sarah tak sepatutnya tanya Akak. Sarah sepatutnya bertanya kepada Taufiq. Sarah tahu kan? Reda suami kunci untuk syurga. Kalau suami tak reda, Allah murka."
Suara Kak Syafiqah seakan-akan berbisik pada bayu di sisi Sarah.
"Abang Taufiq ada bagitahu Ibu apa-apa ke?" Puan Sakinah menggeleng sebagai jawapan terhadap soalan Sarah.
"Taufiq cuma cakap Sarah tengah ambil masa untuk rawat hati. Sarah dah dapat tahu pasal operation tu kan?" Sarah tidak menjawab.
"Ibu tahu, Sarah mesti rasa marah dengan Taufiq sebab tak tunggu Sarah sedar baru buat keputusan. Sarah mesti marah sebab Taufiq berdalih dan sembunyikan perihal ni daripada Sarah." Sarah masih senyap. Dia perlukan ruang. Jiwanya berkecamuk. Segala macam perasaan membentuk hamparan yang mengelirukan dalam taman hatinya.
"Sarah tak tahu Ibu. Sarah rasa..." Sarah tak mampu meneruskan bicaranya. Puan Sakinah sudah menarik Sarah ke dalam pelukan.
"Ibu tahu susah untuk Sarah terima semua ni." Sarah memejamkan mata membiarkan usapan kasih seorang ibu menghangatkan hatinya.
"Ibu tahu Sarah pun tak pilih untuk jadi macam ni tapi Sarah lebih kenal Taufiq tu bagaimana orangnya. He always chose based on what is best for you."
"Masa dia dapat tahu Sarah gugur dekat hospital, Taufiq orang paling risau tentang Sarah. Dia datang terus lepas siapkan kerja dia. Masa tu dah menjelang waktu Maghrib. Ibu dengan Ayah sampai tepat-tepat waktu Maghrib masuk. Taufiq tak nak berenggang dengan Sarah langsung. Dia cuma beredar untuk solat dan datang balik. Makan dia pun Ayah yang belikan dan paksa dia makan, kalau tak memang dia tak makan."
"Ibu ingat lagi masa malam dia kena jumpa Dr. Farahin yang rawat Sarah tu, dia banyak termenung. Bila Ibu tanya dia kata dia baik-baik sahaja tapi Ibu tahu dia sedih. Dia tak bagitahu pun Ibu dengan Ayah apa yang dia rasa tapi Taufiq nampak sangat murung. Dia duduk tepi tingkap dan termenung jauh. Sesekali air mata dia tumpah."
"Kami semua ingat keguguran Sarah adalah keguguran biasa, sampai lah hari Sarah sepatutnya dibedah baru dia beritahu kami semua yang dia izinkan Dr. untuk bedah Sarah dan buang ovari Sarah." Sarah mengetap bibir kuat.
YOU ARE READING
TAKDIR | NOVEL [C]
Romance"I am writing this letter for Sr. Siti Sarah to be my spouse until the end of my life" - DR. MUHAMMAD TAUFIQ WAJDI. "Seandainya nanti, Dr. didedahkan dengan versi saya yang saya sendiri ralat memilikinya. Saya sudi dilepaskan dengan cara baik." -SIT...