Dua bulan hampir berlalu. Minggu ini minggu terakhir
sebelum tarikh pernikahan Sarah. Dr. Taufiq telahpun menguruskan pemakluman perihal pernikahan mereka dengan pihak pengurusan universiti.Atas asbab, Dr. Taufiq adalah pensyarah yang mengajar Sarah, Dr. Taufiq hanya diberikan dua pilihan sama ada berhenti mengajar subjek yang diajarkannya sekarang dan mengajar bahasa Arab memandangkan lelaki itu turut mempunyai kelulusan bahasa Arab ataupun mengajar subjek yang sedang diajarkannya sekarang di cawangan pusat. Keputusan tersebut terpaksa dilakukan untuk mengelakkan isu personal favor terhadap pelajar sendiri.
Dr. Taufiq memilih untuk mengajar subjek yang sedang diajarkannya sekarang di cawangan pusat iaitu Gombak, Selangor. Sarah telah dimaklumkan tentang pilihan lelaki tersebut.
Kata Dr. Taufiq, dia tidak sanggup hendak menelaah silibus baru untuk pengajian Bahasa Arab. Lagipun, bidang Shariah dan Fiqh adalah major utamanya sepanjang belajar di Mesir. Sarah tidak langsung mempersoalkan pilihan lelaki tersebut walaupun jelas dia akan ditinggalkan di Kuantan dan hanya bertemu dengan Dr. Taufiq sekali sekala.
"Sarah. Nanti kau nak aku bermalam rumah kau berapa hari? Mesti dah sibuk kan dekat rumah kau?" Suara Zahra kedengaran di pembesar suara komputer miliknya. Sarah, Khadijah dan Zahra sedang mengadakan pertemuan di atas talian menggunakan aplikasi Discord. Masing-masing sedang berada di rumah mereka memandangkan sekarang waktu cuti semester.
"Kau nak datang sini bila? Kalau ikutkan Ibu aku, kau nak datang esok pun boleh. Dapatlah kau tolong masakkan telur pindang nanti." Sarah membalas persoalan sahabatnya itu. Sempat dia membangkitkan keinginan gadis bandar itu. Zahra duduk di tengah-tengah bandar Kota Bahru, Kelantan. Zahra pernah memaklumkan Sarah bahawa dia sangat teringin hendak menikmati suasana bergotong-royong dalam kenduri- kendara. Majlis perkahwinan Sarah antara majlis yang menjadi sasaran gadis itu.
"Wah! Ada telur pindang. Sedapnya!" Zahra sudah bersuara teruja. Untung badan ada sahabat yang berdarah Johor. Ayah kepada Sarah asalnya orang Johor yang menetap di Pahang. Ketua keluarga itu berpindah sebaik sahaja isterinya mendapat posting ke Selangor.
"Ibu macam mana? Mesti Ibu tak menang tangan kan?" Khadijah bertanya setelah agak lama dia berdiam diri. Sejak tadi, gadis itu sibuk mengedit dokumen untuk program persatuannya untuk semester akan datang.
Satu fakta tentang Puan Sakinah. Ibu Sarah sangat gemar mengambil anak angkat tak official dari kalangan sahabat Sarah memandangkan Sarah adalah anak tunggal yang tidak ramai kawan. Sarah masih teringat saat kali pertama Khadijah dan Zahra bertandang ke rumahnya sebelum mereka bercuti tempoh hari. Sungguh-sungguh Puan Sakinah menyuruh mereka memanggilnya sebagai Ibu. Dilayannya Zahra dan Khadijah bagaikan anak sendiri. Begitu juga dengan Azraf. Akibatnya, sehingga kini Azraf tidak segan memanggil Puan Sakinah dan Encik Halim dengan panggilan Ibu dan Ayah. Agaknya pasangan yang mempunyai anak tunggal seperti ibu bapa Sarah ini memang begitu.
"Boleh kata macam tu jugaklah. Tapi biasalah. Lagipun saudara mara aku dari Johor dengan Selangor semua ada dekat sini. Memang meriah rumah ni." Sarah membalas pertanyaan sahabatnya itu.
"Enough with the house. Kau macam mana?" Khadijah kini mengalihkan perhatian terhadap Sarah. Gadis itu menatap dalam wajah Sarah yang dapat dia lihat dari skrin komputer ribanya.
"Aku?" Sarah bertanya kembali. Kenapa dengan dia?
"Kau dah nak jadi isteri orang dah. Takkan tak rasa apa-apa?" Kali ini Zahra pula bertanya. Saraha menggigit bibir.
"Aku berdebar juga sebab pertama kali kan. Kadang-kadang aku termenung sendiripun ada. Aku rasa aku belum layak nak pegang tanggungjawab sebagai isteri orang. Aku tak layak untuk Dr. Taufiq." Sarah meluahkan isi hatinya terang-terang. Jujur, ada kalanya dia menghabiskan masa termenung memikirkan statusnya yang akan bertukar daripada bujang kepada berkahwin kurang seminggu lagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
TAKDIR | NOVEL [C]
Romance"I am writing this letter for Sr. Siti Sarah to be my spouse until the end of my life" - DR. MUHAMMAD TAUFIQ WAJDI. "Seandainya nanti, Dr. didedahkan dengan versi saya yang saya sendiri ralat memilikinya. Saya sudi dilepaskan dengan cara baik." -SIT...