Langkahnya terhenti apabila Taufiq berpusing ke arah Sarah. Lelaki itu menggendong seorang bayi yang dianggarkan berumur kira-kira 11 bulan. Seorang wanita berjubah kuning mustard yang memegang botol susu dan kain kecil menghampiri Taufiq dan anak kecil tersebut. Taufiq duduk di kerusi salah satu meja di bawah kanopi. Suaminya itu mengagah-agah anak kecil tersebut tanpa sedikit pun kelihatan kekok. Wanita tadi yang dia kira ibu kepada anak kecil itu turut mengagah anaknya di dalam pegangan Taufiq.
Entah mengapa hati Sarah rasa sangat nyeri. Wajah Taufiq yang bersinar-sinar saat bermain dengan anak kecil itu menghantar satu perasaan pilu ke dalam hatinya. Mereka nampak seperti satu keluarga yang sempurna.
"Humaira!" Sarah baru mahu berpaling untuk masuk semula ke dalam sebelum suara Taufiq menerobos masuk ke gegendang telinganya. Taufiq menggamit Sarah untuk menghampirinya.
Sarah menurut. Dia berjalan ke arah mereka dan duduk di kerusi bersebelahan dengan Taufiq.
"Kenalkan, Hayati ini isteri saya. Siti Sarah." Sarah tersenyum pada wanita yang diperkenal sebagai Hayati oleh Taufiq.
"Amboi, nama Siti Sarah. Mana datang Humaira tu?" Hayati bertanya mesra.
"Humaira tu nama saya je boleh panggil untuk isteri saya ni." Sarah tersenyum perlahan. Hayati mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Hai, Sarah. Nama saya Hayati Ridhuana. Kawan sekolah rendah Taufiq. Tak sangka Taufiq masih suka panggil orang ikut suka dia. Dulu, Taufiq panggil saya Fatima sebab dia kata saya punya pemalu macam puteri Nabi Muhammad SAW." Hayati tergelak. Sarah senyum kelat.
"Itu cerita lama la Yati." Taufiq tergelak sebelum kembali bermain dengan anak kecil di dalam kendongannya.
"Datang dengan suami ke?" Sarah bertanya. Sengaja mahu beramah mesra dengan Hayati Ridhuana. Cantik orangnya, secantik namanya. Tak nampak macam dah ada anak langsung.
"Tak lah. Dengan mak. Suami tak sudi datang." Hayati menjawab sambil tersengih. Sarah mengerutkan dahi tanda tidak mengerti.
"Hayati dah bercerai dengan suami dia tahun lepas. Jodoh tak panjang." Taufiq menjawab bagi pihak Hayati.
"Sorry, saya tak tahu." Sarah mengetap bibir.
"Tak apa, dah lama dah pun. Saya ada Hadi ni pun cukup." Hayati mengusap kepala Hadi yang berada di dalam pegangan Taufiq.
"Berapa tahun dah Hadi ni, Kak?" Sarah meringankan mulut bertanya.
"Hadi dah satu tahun dua bulan dah pun. Dia memang kecil sikit sebab dulu lahir premature." Sarah mengangguk.
"You all belum ada apa-apa lagi ke?" Hayati bertanya sambil memandang ke arah Sarah.
"Belum ada rezeki lagi. In Shaa Allah kalau Allah nak bagi, nanti adalah." Taufiq menjawab bagi pihak Sarah. Dia sempat menelek sekejap riak muka Sarah. Tenang yang bergelora.
"You kena kerja keras sikit Taufiq. You bukan makin muda. Makin tua tau." Sarah terkesan lagi walaupun dia sedar Hayati sedang bergurau. Ingatkan keluar ni bolehlah lari daripada mendengar perihal anak.
"Ada-ada je awak ni Hayati." kepalanya sambil tersenyum.
Taufiq
menggelengkan
"Humaira nak pegang Hadi?" Sarah yang sedang mengelamun tersentak mendengar persoalan suaminya. Dia memandang ke arah Taufiq yang sedang menghulurkan Hadi kepadanya.
"Boleh ke?" Sarah bertanya kepada Hayati.
"Pegang lah. Mana tahu melekat esok lusa, berisi?" Hayati tersenyum manis memandang ke arah Sarah.

ANDA SEDANG MEMBACA
TAKDIR | NOVEL [C]
Romance"I am writing this letter for Sr. Siti Sarah to be my spouse until the end of my life" - DR. MUHAMMAD TAUFIQ WAJDI. "Seandainya nanti, Dr. didedahkan dengan versi saya yang saya sendiri ralat memilikinya. Saya sudi dilepaskan dengan cara baik." -SIT...