"Sarah, awning aku okay? Mekap crack tak?" Khadijah bertanya untuk entah ke berapa kalinya. Sarah hanya menggeleng sambil tersenyum.
"Kau ni cuba relaks sikit. Karang suara kau ni sampai luar dengar." Sarah menegur Khadijah yang sedang membelek tudungnya di hadapan cermin tangan miliknya.
"Bukan apa. Aku dah mula rimas dah ni. Apalah yang lama sangat dia orang borakkan. Entah-entah bakal tunang aku kena buli? Kena test hafazan?"
Hari ini merupakan majlis pertunangan Khadijah dengan Hilal Azraf. Siapa sangka, selepas beberapa kali berjumpa di rumah Encik Halim, Hilal Azraf berkenan hendak menjadikan Khadijah sebagai isteri. Khadijah pula hanya menerima mengikut restu ibu bapanya. Lagipun, dia memang tidak ada menyimpan perasaan kepada sesiapa waktu itu.
"Sabar. Sekejap lagi siap lah tu. Duduk elok-elok sikit." Sarah membetulkan veil milik Khadijah yang sudah tertarik ke sisi.
"Khadijah." Puan Rasyidah; ibu Khadijah membuka pintu dari luar. Sarah bangun dulu sebelum Khadijah. Sarah merapikan penampilan Khadijah sebelum membawanya keluar untuk proses menyarung cincin.
Sarah meninggalkan Khadijah di atas pelamin untuk disarungkan cincin oleh ibu Hilal Azraf. Beberapa ketika kemudian mereka bergambar bersama barulah Azraf bergambar dengan Khadijah yang sudah bergelar tunangnya itu.
"Masa kita dulu Abang tak ada. Rugi lah." Sarah tersentak. Dia berpaling ke sisi kirinya. Taufiq sedang berdiri di sisinya. Entah dari mana lelaki itu muncul.
"Tak apalah. Majlis tunang Sarah tak ada pelamin ni semua. Sarung cincin je lepastu makan-makan. Lagipun Abang sibuk. Nak buat macam mana." Sarah memujuk hati Taufiq.
"Tapi kan, bagus juga. Jadi macam surprise sebab saudara-mara Humaira semua tak nampak muka Abang yang kacak ni. Masa nikah baru jumpa. Tak ada lah Abang kena ngorat dengan orang lain." Taufiq membalas. Hidungnya kembang kempis tanda bangga.
"Ei perasan. Macamlah dia kacak sangat." Sarah mengusik Taufiq.
"Terima kasih. Hadza min fadhli Rabbi." Taufiq tergelak. Sarah hanya menggeleng-gelengkan kepala.
"Abang nak keluar sekejap tolong apa yang patut. Humaira jangan lari jauh-jauh tau nanti Abang rindu." Taufiq sempat mencubit pipi Sarah yang bertutup purdah sebelum beredar.
"Mengada." Sarah mengomel sendiri. Khadijah menggamit Sarah. Cepat-cepat wanita itu mendekati Khadijah di pelamin.
"Kenapa?" Khadijah memegang tangan Sarah dan menggenggamnya.
"Tak ada apa. Saja." Sarah menggeleng sambil ketawa perlahan. Siapa ajar Khadijah jadi mengada-ngada macam Taufiq ni?
"Sarah." Khadijah memanggil nama itu lagi.
"Apa dia Cik Puan Khadijah Aisyah Binti Karim?" Sarah merenung ke dalam mata Khadijah. Gadis itu menggigit bibir.
"Kalau aku nak putus tunang boleh tak?" Terbeliak mata Sarah. Baru sahaja cincin emas belah rotan yang tersarung di jari Khadijah itu mahu menyesuaikan diri, sudah mahu ditanggalkan? Khadijah ni demam ke?
"Kau dah kenapa ni Dijah? Kau tak betul ke?" Sarah menyoal cemas. Pertunangan ini paksaankah?
"Aku takut. Aku takut nak kahwin." Khadijah bersuara jujur. Dia takut dia belum mampu jadi isteri orang. Dia takut sekiranya pernikahannya nanti menemui kegagalan.
Sarah menggeleng perlahan. Dia faham perasaan yang sedang membelenggu Khadijah saat ini. Sarah juga begitu sewaktu ditunangkan dengan Dr. Muhammad Taufiq Wajdi. Apatah lagi Sarah baru berumur 21 tahun waktu itu.
"Khadijah. Kau jangan fikir bukan-bukan. In Shaa Allah tak ada apa-apa. Azraf tu baik tau. Aku kenal dia lama dah. In Shaa Allah doa banyak-banyak supaya Allah lindungi hubungan kau orang ni." Sarah menggenggam kembali tangan berkulit sawo matang itu.
YOU ARE READING
TAKDIR | NOVEL [C]
Romance"I am writing this letter for Sr. Siti Sarah to be my spouse until the end of my life" - DR. MUHAMMAD TAUFIQ WAJDI. "Seandainya nanti, Dr. didedahkan dengan versi saya yang saya sendiri ralat memilikinya. Saya sudi dilepaskan dengan cara baik." -SIT...