Masin juga rupanya mulut Dr. Taufiq. Ingatkan manis sahaja. Sarah betul-betul terlibat dengan kemalangan di lebuh raya. Walau bagaimanapun, bukan dia yang melanggar tetapi dia yang dilanggar.
Sarah memberhentikan kenderaannya di lorong kecemasan. Sarah menghidupkan lampu kecemasan kenderaannya sebelum menapak keluar dari perut kereta. Nasib baik kemalangan berlaku di lorong paling kiri dan di waktu jalan raya sesak tadi. Impak perlanggaran tidak lah terlalu besar.
Sarah menjenguk ke arah bumper belakang Cik Hajar. Kemik yang agak menyayat hati. Kenderaan jenis Mercedes-Benz CClass berwarna hitam metallik yang berada di belakang Sarah turut kemik sekali.
"Assalamualaikum, Cik." Sarah mengangkat kepala yang sejak tadi memandang bahagian Cik Hajar yang kemik. Seorang lelaki dalam lingkungan seusianya menghampiri Sarah.
"Waalaikumussalam." Sarah menjawab salam tersebut ringkas.
"Saya minta maaf lah kereta saya tercium belakang kereta cik." Sarah tersenyum di balik topeng mukanya dan menggeleng.
"Tak apa, lagipun kereta depan saya brek mengejut tadi. Saya pun sipi-sipi nak kena. Belum sempat nak brain, kena langgar dah." Sarah menjawab. Nasib baik Sarah sudah tidak sepemalu dirinya sewaktu belajar dahulu. Jika tidak, pasti tak terkeluar langsung suaranya kerana gugup.
Belum sempat lelaki yang namanya tidak Sarah ketahui itu membalas, telefon milik Sarah berdering minta perhatian. Sarah mengetap bibir apabila nama Taufiq tertera di skrin telefon bimbitnya.
"Assalamualaikum, Humaira. Dah sampai mana? Kalau ikut perkiraan Abang, dah nak dekat dah kan?" Suara garau milik Taufiq menyapa salur auditori Sarah.
"Waalaikumussalam Abang." Sarah menjawab lambat-lambat.
"Kenapa? Cik Hajar rosak ke?" Taufiq bertanya risau. Bunyi bising yang kedengaran dari corong telefonnya memberitahu dirinya bahawa Sarah tidak berada di dalam kereta.
"Cik Hajar kena langgar." Sarah menggigit bibir.
"Kena langgar? AllahuAkbar. Dekat mana? Humaira ada apaapa tak?" Sarah dapat membayangkan kegelisahan yang Taufiq rasakan saat ini dengan hanya berbekalkan suara milik suaminya itu. Sabar, Encik Suami. Sabar.
"Haah. Dekat area nak exit ke Gombak ni la. Sarah okay je tak ada apa. Cerita dia panjang tak sempat nak cerita kat sini. Walau bagaimanapun, Sarah okay sangat. Accident kecik je. Cik Hajar kuat." Sarah sempat ketawa kecil. Comel betul mereka menggunakan istilah Cik Hajar bagi merujuk kepada kereta Toyota CH-R milik Sarah.
"Abang dah habis kerja ni. Humaira share live location Humaira. Tunggu Abang datang." Taufiq sudah kedengaran tergesa-gesa. Sarah mengerling pada jam tangannya. Sudah jam 5.30 petang rupanya.
"Tak payah lah Abang. Sarah settle je dengan brother yang langgar Sarah ni. Abang balik je terus." Sarah cuba berkompromi dengan Taufiq. Dia yakin dia mampu menyelesaikannya sendiri.
"No, Humaira. Tunggu sana. Abang datang kejap lagi." Taufiq tetap bertegas.
"Ya Allah, Abang. Serius Sarah boleh settle sendiri." Sarah masih tak berputus asa.
"I said no, Humaira. My wife my rules. Plus, Cik Hajar is my car." Sarah mencebik. Bila Dr. Taufiq dah mengeluarkan satu rangkai kata berbunyi 'my wife my rules' memang tandanya Sarah kalah dalam perdebatan.
"Okay, Abang. Sarah tunggu." Mereka menamatkan panggilan usai bersahut salaman.
"Abang Cik ke?" Lelaki itu bertanya. Sarah hampir terlupa dengan kewujudan pemandu kereta sedan keluaran MercedesBenz itu.
"Husband." Sarah menawab ringkas sebelum menghantar lokasinya kepada Taufiq.
"Oh... Husband..." Suasana sepi seketika.
YOU ARE READING
TAKDIR | NOVEL [C]
Romance"I am writing this letter for Sr. Siti Sarah to be my spouse until the end of my life" - DR. MUHAMMAD TAUFIQ WAJDI. "Seandainya nanti, Dr. didedahkan dengan versi saya yang saya sendiri ralat memilikinya. Saya sudi dilepaskan dengan cara baik." -SIT...