"IBU." Sarah mendekati Puan Sakinah yang sedang menggubah bunga hantaran di atas dulang. Sarah memeluk ibunya dari belakang. Puan Sakinah meletakkan bunga yang dipegangnya di atas dulang yang belum sempurna gubahannya. Dia dapat merasakan remang kerisauan anaknya.
"Kenapa ni Sarah? Tak boleh tidur?" Jarum jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Hanya Puan Sakinah yang tinggal di ruang tamu rumah. Sebahagian saudara mara Sarah sudah pulang ke tempat penginapan mereka. Sebahagiannya sudahpun lena di bilik tetamu.
"Sarah takut." Puan Sakinah beralih untuk menghadap anak tunggalnya. Sarah meleraikan pelukannya apabila Puan Sakinah berganjak.
"Kenapa pula ni sayang?" Puan Sakinah bertanya prihatin.
"Sarah belum cukup sempurna Ibu. Sarah takut. Dr. Taufiq tu bukan calang-calang orang. Dia berilmu, beragama, berupa dan berharta. Sarah takut Sarah tak mampu capai tahap yang boleh melayakkan Sarah berdamping dengan dia."
"Sarah. Awak tahu tak kenapa Ibu dengan Ayah terima pinangan Taufiq tempoh hari?" Sarah menggeleng. Dia tidak pernah langsung bertanya mengapa ibu dan ayahnya menerima pinangan Dr. Taufiq. Dia yakin sekiranya kedua ibu bapanya merasakan bahawa Dr. Taufiq itu baik untuk dijadikan menantu maka Sarah juga meyakini perkara yang sama.
"Taufiq. Adalah sama sikit dengan Azraf tapi Taufiq ni lain." Sempat Puan Sakinah menyebut nama anak lelaki angkat tak berdaftarnya itu.
"Ayah ada tanya Taufiq, kenapa dia berkeras nak dekat anak Ibu ni? Masa tu kami belum tahu lagi siapa keluarga Taufiq sebenarnya. Kami menilai seratus peratus dari siapa dia dan bagaimana dia berinteraksi waktu itu." Sarah hanya diam."Nak tau tak Taufiq jawab apa masatu?" Puan Sakinah memancing minat Sarah. Anak daranya itu hanya mengangguk.
"Taufiq jawab, Taufiq dah lama kenal dengan Sarah sebenarnya." Sarah mengerutkan dahi. Sejak bila pula dia berkawan dengan Dr. Taufiq, pensyarahnya?
"Sarah ingat lagi tak Ustaz Taufiq yang jadi cikgu practical dekat SEMSAS dulu?" Sarah terdiam. Ustaz yang mana?
"Ustaz yang Sarah terjah masa Ibu tengah bercakap dengan dia dekat bilik guru dulu. Sarah ada usik dia. Sarah cakap Ustaz Taufiq kacak." Rahang Sarah jatuh. Ustaz tu?
"Kita jumpa sekali je masa tu Ibu. Lepastu Sarah masuk asrama. Mana ada jumpa dah." Sarah menegaskan pada Ibunya bahawa mereka tidak pernah berjumpa selain saat itu.
"Sekali bagi Sarah bukan bermakna sekali juga bagi Taufiq. Dia beritahu, Sarah bagi kesan pada dia sejak pertemuan kali pertama tu. Sarah selalu ganggu fikiran dia sepanjang dia sambung belajar dekat Mesir. Taufiq doakan Sarah dah lama. Apatah lagi sejak dia jumpa Sarah masa tahun pertama Sarah pursue degree. Tahun kedua ni baru dia berani mendekati Sarah." Sarah terdiam. Patutlah Dr. Taufiq selalu memandang ke arah Sarah dan memanggil namanya di dalam kuliah.
"Ayah tanya, macam mana kalau Sarah bukan orang yang sempurna untuk dia. Dia jawab, dia tak mencari kesempurnaan. Dia nak bimbing Sarah dan diri dia sendiri terhadap kesempurnaan. Masa tu, Ibu memang dah restu dah. Ustaz Taufiq yang Ibu kenal dulu, sangat menyenangkan. Akhlak dan peribadinya."
"Ayah tak berhenti sampai situ. Ayah bawa Taufiq pergi masjid untuk test jadi imam. Ayah beritahu, Taufiq langsung tak kekok. Solat yang dia pimpin haritu antara solat paling mendamaikan yang pernah Ayah tunaikan di masjid kampung. Walaupun Taufiq kaya dan berpangkat, dia sangat merendah diri. Dia senang bergaul dengan jemaah masjid. Balik dari masjid, kami makan tengah hari sama-sama. MasyaAllah. Ibu dengan Ayah sekali lagi terpesona dengan akhlak Taufiq. Sebelum dia minta diri, Ayah beritahu supaya dia tetapkan tarikh untuk bertunang. Wajah dia nampak bercahaya masa tu. Ibu nampak kesungguhan dia nak pada Sarah." Kedua-dua tangan Sarah dia gapai.
"Ibu. Makin Ibu cerita makin Sarah takut. Dia terlalu sempurna." Sarah sudah mahu merengek. Puan Sakinah menggosok perlahan tangan Sarah yang berada dalam genggamannya.
"Sayang. Sarah kata Sarah percaya pada Allah kan? Sarah dapat jawapan melalui istikharah kan?" Sarah mengangguk.
"Ibu pun percaya juga pada Taufiq. In shaa Allah dia mampu jaga Sarah. Ibu percaya Sarah boleh jadi isteri yang baik dengan pimpinan dia." Sarah mencebik sedih. Dia tidak mahu berpisah dari ibu bapanya nanti. Dia kembali memeluk Puan Sakinah.
"Ibu dan Ayah sentiasa doakan yang terbaik untuk Sarah. Anak manja Ibu." Puan Sakinah membalas pelukan anak daranya.
YOU ARE READING
TAKDIR | NOVEL [C]
Romance"I am writing this letter for Sr. Siti Sarah to be my spouse until the end of my life" - DR. MUHAMMAD TAUFIQ WAJDI. "Seandainya nanti, Dr. didedahkan dengan versi saya yang saya sendiri ralat memilikinya. Saya sudi dilepaskan dengan cara baik." -SIT...