Tiga hari berlalu dengan pantas. Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Pasukan Bomba Dan Penyelamat cawangan Sandakan masih belum mengkhabarkan apa-apa sepanjang tempoh tiga hari operasi mencari dan menyelamat dilaksanakan.
Sarah hendak pulang ke rumah mertuanya di Semporna tetapi dia diikat oleh kontrak kerjanya. Sekali pun kegalauan yang membelenggu hatinya bagai menghambatnya ke lembah kesedihan yang teramat, dia tetap perlu bertugas di Hospital Orang Asli Gombak, Selangor. Ada ikrar yang perlu dia patuhi sejak pertama kali melapor diri sebagai seorang petugas kesihatan.
Sarah termenung lagi.
Dia duduk sendirian di kaunter memandangkan Jabatan Kemalangan dan Kecemasan tidak lah terlalu sibuk hari ini atau mungkin masih terlalu pagi untuk ramai pesakit mendaftar sebagai pesakit luar.
"Dr. Sarah." Sarah masih dalam persada tenungnya. Cindy yang berada di hadapan Sarah hanya memandang ke arah gadis itu dengan riak simpati.
"Sarah." Panggil Cindy sedikit kuat. Sarah mengerdipngerdipkan matanya sebelum memandang ke arah Cindy.
"You dah sarapan?" Cindy bertanya. Sarah hanya menggeleng.
"Jom sarapan." Pelawa Cindy.
"Tak apa, awak pergilah. Saya tak lapar." Sarah tersenyum tipis.
"At least teman I as a colleague. Jom." Cindy sudah berdiri di sisi Sarah. Lengan wanita itu dia raih. Sarah berdiri tanda menerima pelawaan Cindy walaupun separa rela. Mereka berjalan tanpa suara menuju ke kafeteria hospital.
"Sara, I know what you are dealing with now. I pun turut simpati dengan you." Cindy akhirnya memulakan bicara. Sebagai kawan yang sudah bersama Sarah selama lebih dua tahun di hospital ini, dia turut berasa simpati atas musibah yang melanda sahabatnya itu. Apatah lagi setiap hari dia melihat wajah Sarah masuk ke hospital dengan keadaan sembap.
Sarah masih diam. Dia bermain-main dengan cawan kopi dari mesin automatik yang sempat dibelikan oleh Cindy untuknya.
Saat ini, perasaan Sarah kosong. Rasa kehilangan yang sangat dahsyat menyendatkan jiwanya. Jika boleh, mahu saja dia turun bersama pasukan penyelamat untuk mencari suaminya. Dia dihurung risau. Entah Taufiq masih selamat ataupun... Sarah tak sanggup memikirkan kebarangkalian yang satu lagi.
"You betul tak nak jamah apa-apa Sarah? I tengok banyak dah berat badan you susut. Makanlah sikit nanti you sakit lagi." Sarah menunduk mendengar pujukan Cindy.
"Abang tahu Humaira skip makan. Makanlah sikit Sayang. Kalau Humaira sakit Abang tak ada dekat sana nak jaga Humaira."
Pesanan suara kiriman Taufiq yang didengarnya sebelum lelaki itu dilaporkan hilang kembali bergema di cuping telinga Sarah.
'Abang betul-betul tak ada nak jaga Sarah sekarang.'
"Sarah?" Cindy bersuara apabila Sarah kelihatan hilang fokus lagi.
"Tiga hari Cindy. Tiga hari saya tak tidur lena fikir suami saya macam mana? Cederakah dia? Dia ada tempat berteduh ke tak? Macam mana saya nak makan kalau saya sendiri tertanya-tanya suami saya makan ke tak?" Sarah berbicara perlahan mengundang keluhan Cindy. Gadis itu faham keberatan perasaan Sarah. Kehilangan suami apatah lagi selepas pergaduhan yang besar bukannya sesuatu yang mudah untuk ditanggung.
"Sarah, you tak boleh macam ni. Your husband mesti tak suka you macam ni. You kena kuat. Dr. Khalid pesan pada I yang suami you ada beritahu dia minta dia tolong jagakan you masa you jauh daripada husband you and that's why I ajak you makan. You husband care for you. He really is. At least you kena jaga diri untuk sambut husband you balik nanti."

ANDA SEDANG MEMBACA
TAKDIR | NOVEL [C]
Romance"I am writing this letter for Sr. Siti Sarah to be my spouse until the end of my life" - DR. MUHAMMAD TAUFIQ WAJDI. "Seandainya nanti, Dr. didedahkan dengan versi saya yang saya sendiri ralat memilikinya. Saya sudi dilepaskan dengan cara baik." -SIT...