BAB 24

778 48 0
                                        

Sarah membuka matanya perlahan-lahan. Sinaran cahaya putih yang menerobos masuk ke dalam pancaindera lihatnya terasa sangat menyakitkan. Kepalanya berdenyut-denyut.

Taufiq yang menyedari Sarah mula sedar dari pengsan pantas menghampiri wanita itu.

"Humaira." Sarah memandang lama ke arah Taufiq.

"Khadijah." Taufiq terpana.

"Sarah nak jumpa Khadijah." Sarah sudah bangkit dari pembaringannya. Dia menanggalkan jarum yang dicucukkan di tangannya untuk menyalurkan saline sejak tadi.

Taufiq memegang Sarah bagi menghalangnya.

"No, Humaira masih belum stabil lagi." Pujuk Taufiq lembut.

"Let me go." Sarah bersuara dingin. Sangat dingin pada pendengaran Taufiq.

"I said let me go!" Sarah merentap pegangan Taufiq pada tangan kanannya. Dia perlu segera bertemu dengan Khadijah. Dia tidak punya banyak masa.

"Humaira." Taufiq masih berusaha memujuk. Lengan Sarah dia pegang kejap.

"Abang nak Sarah mati sebab rasa bersalah ni ke?! At least izinkan Sarah untuk jumpa Khadijah sebelum keluarga dia ambil dia daripada Sarah nanti. Abang fikir keluarga dia akan benarkan Sarah jumpa dengan Khadijah lagi lepas Sarah bunuh anak dia orang?" Sarah meninggikan suaranya.

"Humaira. Abang tahu Humaira tengah emosi. Bertenang Humaira. Istighfar banyak-banyak. Semua ni bukan salah Humaira. Abang percaya keluarga Khadijah juga fikir benda yang sama dengan Abang."

"Senyap and let me go." Mata beku milik Sarah menujah ke dalam anak mata Taufiq. Taufiq tidak punya pilihan lain. Dia melepaskan pegangannya pada lengan Sarah.

Sarah terus berlari ke arah bilik mayat tanpa menghiraukan Taufiq yang turut mengekorinya.

Sesampainya dia di bilik mayat dia berpaling menghadap ke arah Taufiq yang setia berada di belakangnya.

"Stop right here. Jangan masuk." Sarah memberi amaran sebelum melangkah masuk ke arah bilik mayat. Dia berhubungan dengan seorang jururawat dan menggunakan posisinya sebagai pembantu doktor bedah utama yang membedah Khadijah untuk mendapatkan kebenaran menjenguk Khadijah.

Jururawat tersebut meninggalkan Sarah di bilik mayat yang sejuk itu sendirian. Sarah mengetap bibirnya. Tangannya yang menggigil dia angkat membuka kain yang menutup hingga ke kepala Khadijah.

Wajah pucat itu dia usap bersama air mata yang mula membasahi pipi.

Tak pernah terfikir olehku
Tak sedikit pun kubayangkan
Kau akan pergi tinggalkan kusendiri

"Khadijah." Sarah mengetap bibirnya kuat. Dia tak mahu esakannya kedengaran.

"Aku minta maaf." Sarah kalah lagi. Esakan halus mula terdengar dari dua ulas bibirnya.

Begitu sulit kubayangkan
Begitu sakit kurasakan
Kau akan pergi
Tinggalkan kusendiri

"Kau mesti kecewa dengan aku." Sarah menutup matanya perlahan.

'Rasa ini sakit ya Allah.'

Di bawah batu nisan kini
Kau telah sandarkan
Kasih sayang kamu begitu dalam
Sungguhku tak sanggup ini terjadi
Kerna kusangat cinta

"Aku bukan doktor berjaya macam yang kau harapkan Dijah. Tengoklah, kawan sendiri pun aku tak mampu selamatkan." Sarah berpegang pada meja yang menempatkan Khadijah dengan kuat. Kakinya longlai.

Ini lah saat terakhirku melihat kamu
Jatuh air mataku
Menangis pilu
Hanya mampu ucapkan
Selamat jalan kasih

TAKDIR | NOVEL [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang