Taufiq masih mampu menguruskan dirinya sendiri meskipun sudah seminggu sejak Sarah meninggalkan lelaki itu. Sarah langsung tidak membalas mesej-mesej kiriman Taufiq. Namun begitu, sekurang-kurangnya Taufiq tahu bahawa Sarah sudah memberi kata putus bahawa wanita itu akan menginap di hotel pilihannya.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk Sarah.
Taufiq yang sejak tadi sedang menyelak tugasan pelajarnya menghentikan perbuatannya. Dia meraup wajah. Keluhan meluncur keluar dari dua ulas bibir untuk yang ke sekian kalinya. Dia tak mampu fokus terhadap kerjanya kerana terlalu risaukan keadaan Sarah.
Makankah isterinya itu? Bagaimana pula dengan kerja isterinya memandangkan tempoh cuti sakit isterinya sudah tamat dua hari lepas?
Taufiq mencapai telefon bimbit yang dia letakkan di bawah mod senyap sejak tadi. Satu nombor didail. Beberapa minit penantian ditempuh sehingga pemilik nombor tersebut mengangkat panggilannya.
"Assalamualaikum brother."
"Waalaikumussalam Khalid, how's my wife?" Dr. Khalid tertawa halus di hujung talian mendengar soalan yang diajukan rakannya dulu.
"You have called me just three hours ago." Dr. Khalid masih tertawa kecil. Sudah dua hari sahabatnya itu bagaikan suami hilang isteri. Bezanya adalah, isterinya bukan hilang, tetapi lari.
"Aku tak boleh fokus kerja macam ni." Taufiq bersuara perlahan.
"Aku faham tapi kau pun kena faham situasi aku dengan situasi isteri kau." Dr. Khalid bersuara lembut.
"I know. Aku minta maaf." Taufiq membalas. Tugas sahabatnya dan Sarah bukan lah sesuatu profession yang membenarkan mereka untuk selalu bermain dengan telefon.
"Your wife is doing good. I guess. Aku ada jenguk-jenguk emergency department tadi, I saw her talking to a patient with a bright smile."
"Deep down she isn't fine. I know my wife well." Taufiq membalas perlahan. Dr. Khalid hanya senyap seribu bahasa. Dia belum berkahwin jadi dia tidak mampu memberi apa-apa komen terhadap keadaan pasangan itu.
"Has she eaten? Wallahi aku risau." Taufiq meraup wajahnya lagi. Manakan tidak, sepanjang berpantang pun, Sarah hanya menjamah sedikit-sedikit setiap kali makan. Itupun atas paksaan dan desakan ibu dan ibu mertuanya.
"Aku tak berapa pasti since aku dekat department aku sekarang." Khalid memberitahu Taufiq. Dia bukannya berada di jabatan yang sama tempat Sarah melaksanakan tugas waktu ini. Jabatan mereka dipisahkan satu tingkat.
"Kau busy ke Khalid?" Dr. Khalid mengangkat keningnya. Hendak dikatakan sibuk tidak lah. Dia baru selesai menelaah rekod-rekod pesakit dan menyusun jadual pembedahannya.
"Not really." Dr. Khalid akhirnya menjawab.
"If you don't mind., boleh tak kau tanyakan isteri aku dah lunch ke belum and if belum, kau tolong teman isteri aku makan? Dah lepas waktu Zuhur ni." Dr. Khalid tersentak.
"Are you serious Dr. Taufiq?" Taufiq kedengaran mengeluh. Tipu sekiranya dia tidak cemburu tetapi dia memilih untuk mempercayai Sarah dan sahabatnya itu.
"Yes. Please jangan beritahu dia yang aku suruh kau." Taufiq memberi kata putus.
"She won't accept my offer. You know her, Taufiq."
"I know, and I also know you. Kau boleh cuba slowtalk dengan dia. I owe you this time, Khalid." Taufiq memujuk.
"Aku cuba ye Taufiq?" Panggilan ditamatkan usai Taufiq mengucapkan terima kasih dan mereka bertukar salam.
Dr. Khalid memandang ke arah skrin yang sudah gelap. Dia simpati terhadap rakannya itu. Kegelisahan dan kerisauan jelas terpancar daripada lontaran suara Taufiq.
YOU ARE READING
TAKDIR | NOVEL [C]
Romance"I am writing this letter for Sr. Siti Sarah to be my spouse until the end of my life" - DR. MUHAMMAD TAUFIQ WAJDI. "Seandainya nanti, Dr. didedahkan dengan versi saya yang saya sendiri ralat memilikinya. Saya sudi dilepaskan dengan cara baik." -SIT...