BAB 16

901 54 0
                                    

Lima tahun pengajian akhirnya tamat hari ini. Hari di mana Sarah dan rakan-rakan sekursusnya menerima segulung skrol ijazah beserta gelaran Doktor di pangkal nama. Bukan doktor untuk Doktor Falsafah seperti gelaran kepunyaan Taufiq tetapi gelaran doktor yang bererti insan yang berperang di dalam bangunan bersenjatakan alatan dan mesin-mesin dalam mempertahankan nyawa manusia.

Sarah melangkah keluar dari Dewan Utama, Pusat Aktiviti Kebudayaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. Sarah tersenyum apabila terlihat Encik Halim dan Puan Sakinah yang sedang menantinya di bawah gazebo berdekatan dengan dewan tempat majlis konvokesyen berlangsung. Senyumannya kendur sedikit mengenangkan tiada susuk ketiga bersama pasangan itu.

Taufiq ada urusan di Borneo. Taufiq perlu menggantikan Dato' Talhah buat sementara waktu memandangkan Dato' Taufiq dan Datin Juwita ke luar negara melawat Jelita dan suaminya. Suami Jelita bekerja di New York, England.

Sarah menghampiri kedua ibu bapanya dan bersalaman dengan mereka. Puan Sakinah menarik Sarah ke dalam pelukannya. Lama.

"Tahniah Sarah." Sarah tersenyum memandang ke arah Encik Halim. Dia memeluk susuk itu yang sudah mula dimamah usia.

"Terima kasih Ayah." Kedua-dua tangan berkedut milik Encik Halim yang usianya melepasi separuh abad itu dia capai dan usap perlahan.

"Terima kasih sebab selalu sokong Sarah. Terima kasih sebab sudi berkorban untuk Sarah sepanjang Sarah kecil sampai Sarah dah bersuami pun Ayah masih berkorban untuk Sarah. Terima kasih layan perangai Sarah dan sentiasa doakan Sarah." Encik Halim hanya mengangguk sambil tersenyum. Sarah tahu bukan mudah untuk Encik Halim memandu kereta ke Gombak semata-mata untuk menghadiri majlis konvokesyen anak tunggalnya itu. Sarah berpaling pula kepada Puan Sakinah.

"Ibu..." Sarah merengek manja. Sarah memang lebih rapat dengan Puan Sakinah berbanding Encik Halim. Maklumlah, anak perempuan tunggal.

"Ya, Sayang..." Puan Sakinah memeluk Sarah dari sisi.

"Terima kasih sebab selalu ada dengan Sarah. Tak pernah tak angkat kalau Sarah telefon malam-malam. Terima kasih tak henti-henti bagi kata semangat pada Sarah saat Sarah rasa Sarah tak mampu teruskan. Terima kasih sentiasa doakan Sarah" Sarah mencebik. Matanya mula berpeluh. Sejak dia kecil sehinggalah sekarang, Puan Sakinah tidak berhenti menjadi bahu tempat dia bersandar. Walaupun Taufiq pun tak kurangnya tetapi kasih ibu takkan terbanding.

Sarah mengaku dia seharusnya bersyukur kerana walaupun dia sudah bersuami, dia masih berpeluang untuk merasa kasih dan sayang kedua ibu kandungnya. Dia masih berpeluang berbakti kepada dua susuk yang menjaganya sejak dia di dalam rahim ibunya lagi.

"Untuk Abang tak ada ke?" Satu suara menyapa dari belakang Sarah. Puan Sakinah menjauhi Sarah untuk memberi laluan kepada Taufiq.

Sarah terpana. Dia perlahan-lahan memusingkan badannya. Susuk Taufiq yang kemas berkemeja putih dibaluti ves biru gelap dipadankan dengan tali leher nada yang sama menyapa pandangan mata Sarah. Blazer biru gelap yang dilipat kemas dia sangkutkan di tangan kanannya yang memegang sejambak gubahan baby breath gabungan warna pastel.

"Assalamulaikum, Zaujati." Suara itu menyapa lagi. Sarah terpana.

"Waalaikumussalam, Abang." Sarah menjawab. Dia memandang sekilas pada ibu dan ayahnya yang setia menjadi pemerhati.

"Sorry, Humaira. Flight Abang delay. Majlis dah habis baru Abang sampai. Nasib baik sempat sampai. Bunga ni pun Abang beli dekat booth depan tu je." Taufiq menyerahkan jambangan bunga di tangannya kepada isterinya.

"How about your business affairs?" Sarah bertanya semula usai jambangan bunga bertukar tangan. Dia sememangnya gembira apabila disapa suaminya tetapi dia tidak mahu bersikap pentingkan diri sendiri. Takkanlah Taufiq tinggalkan syarikat milik Papa begitu sahaja?

TAKDIR | NOVEL [C]Where stories live. Discover now