BAB 22 - BHG 2

705 40 0
                                        

TAUFIQ menekan notifikasi yang muncul pada skrin komputer ribanya. Dia tersenyum memandang balasan Sarah terhadap emel peribadinya pagi tadi. Emel kiriman Sarah dia tekan dan fail yang tersisip bersama dia muat turun.

 Emel kiriman Sarah dia tekan dan fail yang tersisip bersama dia muat turun

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Taufiq tersenyum

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Taufiq tersenyum. Amboi, bukan main ayat isterinya yang seorang itu.

Taufiq laju menghantar pesanan di bawah emel tersebut sebagai balasan.

'Noted with thanks.'

Tengah hari itu, Taufiq tiba tepat jam 11.55 pagi di hadapan rumah. Jambangan bunga bersisip coklat dia letakkan di tempat duduk belakang Porsche Cayenne putih miliknya. Kelibat Sarah yang manis berbaju kurung longgar dengan corak bungabunga kecil berona merah jambu lembut muncul tidak lama kemudian. Tudung selendang satin berwarna krim dililitkan di kepala dan dilengkapkan dengan purdah dengan rona dan daripada fabrik yang sama.

"Assalamulaikum." Sarah memberi salam sebaik pintu dibuka oleh Taufiq dari dalam.

"Waalaikumussalam Queen." Jawab Taufiq bersama senyuman manis. Sarah melabuhkan punggung di tempat duduk penumpang bersebelahan dengan Taufiq.

"Lunch ni kira nak pujuk Sarah ke nak tambah rasa bersalah Sarah?" Sarah bertanya dengan tiba-tiba. Seingatnya, Taufiq yang marah padanya. Taufiq masih dalam senyumnya, dia mencapai jambangan bunga di belakang dan menyerahkannya kepada Sarah.

"Abang ingatkan Humaira yang merajuk dekat Abang sebab Abang marah pagi tadi. I am sorry, Humaira. Abang tak memahami Sarah. Syaitan got me this morning." Taufiq akhirnya menerangkan situasi. Sarah tertawa kecil. Comel betul Taufiq salahkan syaitan.

"Sarah tak marah, cuma letih sikit pagi tadi. I bear the blame juga sebab tak teks Abang sebelum naik Dr. Khalid pagi tadi. Syaitan got me as well this morning." Sarah membalas. Hatinya lega kerana mereka berjaya menyelesaikan perselisihan pagi tadi dengan baik.

"So, shall we Dr. Sarah?"

"As you wish Dr. Taufiq." Sarah memberi keizinan sambil memangku jambangan bunga pemberian Taufiq tadi. Seketika telefonnya dicapai.

"Abang, Sarah pasang satu lagu guna bluetooh function, digital display Abang boleh?" Taufiq yang sedang fokus terhadap pemanduannya memandang sekilas ke arah Sarah sebelum mengangguk.

"Abang dah hadiahkan bunga coklat ni untuk Sarah, Sarah ada sepotong lagu je untuk Abang." Sarah berkata-kata sambil jarijemarinya lincah menekan-nekan pada paparan digital kereta keluaran luar negara milik suaminya.

Seketika kemudian, Sarah mula bernyanyi bersama dengan penyanyi asal lagu yang dipilihnya. Taufiq memandang Sarah sekilas bersama senyuman lebar.

Di matamu kuberharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja

Yang mampu begitu
Tulus mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

"Mana boleh macam tu, yang sempurna kan Allah je." Taufiq sempat mencelah sewaktu jeda antara rangkap.

"Syush, Abang dengar je." Taufiq hanya tertawa kecil mendengar amaran Sarah. Dia menyambung nyanyian lagu 'Cinta Bersatu' seiring suara Liyana Jasmay tanpa sedikit pun kehilangan tempo.

Di matamu kuberharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus mengerti aku

Mereka berbalas pandangan sebenar. Berkongsi rasa melalui tatapan mata.

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku
Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuat diriku jatuh, jatuh

Cinta padamu

Sarah mengenyitkan sebelah matanya kepada Taufiq saat pandangan mata mereka berpapasan lagi. Taufiq ketawa besar. Comel!

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku
Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu.

"Prestasi mengagumkan tapi boleh diperbaiki lagi. Apa-apapun terima kasih Zaujati." Puji Taufiq usai laju tamat

"Bukan senang tau Sarah nak menyanyi. Sama-sama Zauji." Sarah membalas bersama senyuman manis.

Taufiq meraih tangan kanan Sarah dengan tangan kirinya. Jarijemari mereka ditautkan bersama.

TAKDIR | NOVEL [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang