Sejak langkah pertama dijejakkan di taman tema gergasi yang popular di Johor Bahru itu, Sarah tak henti-henti mengucapkan 'MasyaAllah.' Manakan tidak, dia kagum dengan segala binaan dalam taman bertemakan permainan lego ini.
Resort yang menjadi tempat penginapan Taufiq dan Sarah juga daripada tema yang sama. Sangat cantik dan ceria. Mereka menghabiskan sisa hari semalam di resort kerana Sarah terlalu penat hendak keluar katanya. Sebelah malam pula Taufiq membawa Sarah makan malam di sebuah tempat di dalam resort yang sama yang dikhaskan untuk apa-apa majlis yang ditempah oleh pelanggan. Sarah usah dikata, berkali-kali jatuh cinta dengan Taufiq sepanjang malam.
"Abang." Sarah menggoyang-goyangkan tangan kekar milik Taufiq yang berada di dalam genggamannya.
"Iya, Humaira." Taufiq membalas. Sarah memang begitu, dia gemar menarik perhatian Taufiq dengan sebatas panggilan tanpa menyatakan tujuan.
"Sarah nak naik yang itu." Taufiq memandang ke arah binaan yang ditunjukkan oleh Sarah. Satu permainan yang hampir sama dengan rollercoaster tetapi permainan itu melibatkan pergerakan ke atas dan ke bawah sahaja. Mata Sarah bersinarsinar.
"Boleh. Jom." Taufiq menarik Sarah ke tempat mereka seharusnya beratur sekiranya ingin menaiki permainan itu.
Mereka beratur selama lebih kurang sepuluh minit sahaja sebelum dibenarkan menaiki permainan yang besar itu. Sarah sudah tersenyum-senyum riang.
"For how many people, Sir?" Petugas permainan tersebut bertanya untuk memastikan bilangan orang yang akan ditempatkan di atas tempat duduk permainan tersebut.
"Two." Taufiq menjawab. Dia dan Sarah diminta duduk bersebelahan di bahagian paling hujung sekali. Bahagian yang lain mula diisi dengan orang lain. Mereka membiarkan petugas memakaikan pendakap keselamatan kepada setiap seorang penumpang.
"Abang takut ke?" Sarah bertanya mengusik. Taufiq hanya tersenyum.
"Entah-entah Humaira yang takut." Taufiq sempat membalas.
"Please be ready. We will start the ride in count of three." Suara petugas yang mengawal permainan tersebut kedengaran bergema daripada speaker sederhana besar di ruang yang menempatkan permainan itu.
"Bismillahirrahmanirrahim." Sarah mengetatkan genggaman tangannya dengan tangan Taufiq. Taufiq tersenyum. Aik takut ke kak?
Permainan itu mula dinaikkan sedikit demi sedikit. Sarah berdebar tetapi teruja. Dia sempat mengerling ke arah Taufiq yang hanya beriak selamba. Poyo je.
Permainan akhirnya benar-benar dimulakan. Permainan gergasi itu naik dan turun mengikut kawalan petugas di ruang kawalan. Sesekali petugas bertugas mengusik dengan bertanya sama ada mereka mahu naik lebih tinggi.
"Gila ke? Nak naik terbang sampai kerajaan langit ke?" Sempat Sarah membalas dalam jeritan yang separa sederhana. Nasib baik purdahnya dipinkan pada tudungnya. Jika tidak entah ke mana terbangnya kain itu.
Taufiq tertawa besar sejak mula-mula mereka bermain. Bukan main tanya orang takut atau tak sedangkan Sarah sendiri yang sesekali menjerit di atas permainan tersebut.
Permainan yang dinaiki oleh mereka akhirnya diturunkan. Dada Sarah turun naik mengambil nafas. Terasa seperti baru turun dari puncak gunung saja gayanya. Petugas membantu menanggalkan pendakap keselamatan yang selama ini terpasang erat di bahagian hadapan penumpang.
Taufiq membantu Sarah untuk beredar dari permainan pertama mereka itu.
"Best gila!" Sarah bersuara teruja. Dia takut tapi dia suka.
"Ye? Abang rasa telinga Abang sebelah kiri ni dah tak boleh berfungsi dah." Sarah cemberut.
"Abang kena tahan sikit. Banyak lagi ride kita nak naik ni." Sarah bersuara selamba sebelum menarik Taufiq ke permainan seterusnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
TAKDIR | NOVEL [C]
Romance"I am writing this letter for Sr. Siti Sarah to be my spouse until the end of my life" - DR. MUHAMMAD TAUFIQ WAJDI. "Seandainya nanti, Dr. didedahkan dengan versi saya yang saya sendiri ralat memilikinya. Saya sudi dilepaskan dengan cara baik." -SIT...