BAB 3

1.3K 81 0
                                        

Sarah mengemaskan tudungnya sambil mengejar langkah
kaki milik Khadijah. Wanita kecil molek itu berjalan dengan sangat laju. Keadaan angin bagaikan tidak membenarkan Sarah untuk berjalan dengan tenang. Tangannya sibuk memegang hujung tudungnya agar tidak terselak dan menampakkan apa- apa yang boleh menimbulkan fitnah.

Wanita itu perhiasan dunia. Segenap dirinya terhias dengan kecantikan yang boleh menimbulkan fitnah. Bahkan hujung kukunya juga mampu mewujudkan fitnah. Apatah lagi pada akhir zaman yang semakin menggila dengan fitnah ini. Sesungguhnya sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah.

Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin 'Amr RA bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya:

'Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah'

Riwayat Muslim

Imam al-Qurtthubi menafsirkan makna wanita solehah tersebut sebagai wanita yang menggembirakan suami apabila dilihat, apabila diberi arahan dia taat dan apabila ketiadaan suaminya dia memelihara kehormatan suami dan dirinya serta hartanya.

Bahkan ada satu surah di dalam Al-Quran iaitu Surah An-Nisa' yang didedikasikan oleh Allah untuk wanita-wanita yang bakal menjadi bidadari syurga suatu masa nanti In Shaa Allah. Betapa Allah mengasihi dan menyayangi susuk yang bergelar wanita. Semua sutun atur dan peraturan Islam yang diperintahkan ke atas wanita muslimah bukanlah sifatnya mengongkong. Melainkan memelihara dan mengangkat tinggi martabat seorang wanita.

Sebelum kedatangan Islam, wanita berada di tangga paling bawah dalam hierarki masyarakat. Waktu itu, wanita dijadikan hamba. Wanita dirogol di sana-sini. Bahkan, masyarakat jahiliah membunuh bayi perempuan kerana dianggap pembawa sial dalam keluarga.

Islam datang dengan darah dan air mata Rasulullah SAW dan para pejuang Islam terdahulu, membawa syariah yang di antaranya membawa ketinggian martabat seorang wanita. Islam datang mengamankan wanita-wanita yang ditindas dengan kekejaman mentaliti bahawa wanita tidak berharga dan letaknya di kaki.

Sehingga kini, Islam tetap mengangkat tinggi martabat seorang wanita. Hanya segelintir wanita yang menjatuhkan martabat mereka sendiri. Segelintir wanita berpakaian seperti telanjang, menyerlahkan perhiasan mereka yang tidak sewajarnya mereka perlihatkan dan menarik perhatian lelaki ajnabi. Turut ada di antara mereka yang menerima sejumlah wang semata mata untuk menjadi mangsa atas dasar pengiklanan. Amat menyedihkan melihatkan bagaimana syarikat-syarikat besar seperti syarikat pengeluar kenderaan yang menggunakan model wanita berpakaian mengghairahkan semata-mata menarik minat orang ramai terhadap kenderaan keluaran mereka. Sangat tiada adab!

"Sarah cepat sikit. Aku takut kita kena tinggal bas!" Khadijah bersuara setelah sekian lama dia berjalan tanpa suara.

"Baik." Sarah membalas ringkas. Tidak semena-mena sebuah kenderaan berjenama keluaran luar negara memandu perlahan di sisi Khadijah. Khadijah berhenti diikuti kenderaan tersebut yang sama-sama berhenti di sisinya. Sarah berdiri di sisi Khadijah.

Tingkap kenderaan tersebut diturunkan. Terpacul wajah Dr. Taufiq Wajdi yang sedang tersenyum memandang kedua-dua gadis muda itu.

"Mahu ke mana?" Dr. Taufiq melontarkan soalan sambil sesekali mencuri pandang wajah bersih yang tidak sudi bertentang mata dengannya sedang Sarah menunduk angkara terlalu malu mahu memandang ke arah pensyarah muda itu.

"Eh Dr. Saya dengan Sarah nak pergi Kuantan City Mall. Nak beli barang keperluan sikit." Khadijah menjawab bagi pihak Sarah.

"Hop on. Saya bawa awak berdua. Saya pun memang nak ke area situ. Ada urusan bank." Dr. Taufiq menekan satu butang yang menghasilkan bunyi tanda pintu Porsche Cayenne berwarna metallic white miliknya sudah boleh dibuka dari luar. Khadijah menggaru kepalanya memandang Sarah. Dia tahu, Sarah tidak berapa selesa.

TAKDIR | NOVEL [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang