BAB 27

750 50 1
                                    

Sudah

menjelang seminggu sejak Sarah mula-mula dimasukkan ke dalam wad VIP Jabatan Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Orang Asli, Gombak, Selangor. Sarah sudah boleh makan makanan pepejal yang dibekalkan oleh hospital. Malangnya, sudah hampir seminggu Taufiq berdalih daripada menjawab pertanyaan Sarah. Sarah sudah tidak mampu menahan sabar. Sebelum ini boleh lah suaminya itu mengelak memandangkan lelaki itu bekerja. Namun, cuti hujung minggu ini akan Sarah manfaatkan sebaiknya untuk mendapatkan sendiri jawapan suaminya.

Taufiq membuka pintu wad yang bersaiz sedikit besar berbanding wad biasa itu. Kakinya dibawa melangkah bersama satu beg sisi.

"Assalamualaikum, Humaira." Sarah berpaling daripada menghadap saujana pemandangan melalui tingkap lutsinar di wadnya ke arah Taufiq.

"Waalaikumussalam." Sarah menjawab ringkas.

"Ibu kirimkan sup ikan haruan untuk Humaira. Abang suapkan ye?" Sarah masih diam. Dia membiarkan Taufiq menyediakan makan tengah harinya.

"Abang." Pergerakan Taufiq terhenti.

"Ini bukan makanan biasa. Ini makanan orang berpantang. I have been eating such food for days." Taufiq kembali menyambung tugasnya membiarkan Sarah berbicara.

"Humaira makan dulu ye?" Taufiq bersuara lembut. Dia mendekati katil Sarah. Meja makan mudah alih dia rapatkan ke arah Sarah sebelum pinggan dia letakkan di atas meja itu.

"Bismillahirrahmanirrahim." Taufiq membacakan basmalah diikuti doa makan sebelum menyua kepada Sarah. Sarah langsung tak membuka mulutnya.

"Makan dulu, kesian Ibu masak penat-penat untuk Humaira." Sarah akhirnya beralah. Dia menerima setiap suapan Taufiq yang disertakan basmalah oleh lelaki itu. Sudah menjadi tabiat sejak awal-awal mereka berkahwin.

Sarah hanya makan dengan senyap. Apabila pinggan sudah hampir kosong Sarah menggeleng tanda dia sudah kenyang.

"Abang basuh pinggan sekejap." Taufiq mengangkat pinggan dan dibawanya ke bilik air dalam wad yang menempatkan Sarah. Sarah menanti dengan sabar.

"Mind to explain?" Sarah bertanya sebelum sempat Taufiq duduk di kerusi. Lelaki itu tidak membalas. Dia mengalihkan meja mudah alih yang tadinya menjadi tempat dia meletakkan pinggan untuk menyuap Sarah.

"Humaira rehat dulu. Abang tak nak Humaira penat." Sarah menahan tangan Taufiq yang sudah mencapai selimutnya. Kesejukan wad itu bukan lagi fokus utama.

"How could you Abang." Taufiq terpempan.

"How could you let me question myself every day. Apa yang jadi pada Sarah? Kenapa Sarah ada dalam wad ob-gyn dan bukan department lain? Kenapa semua orang layan Sarah macam Sarah baru balik dari mati? Best ke buat Sarah tertanyatanya macam ni?" Mata bundar milik Sarah menujah ke dalam anak mata Taufiq. Lelaki itu diam.

"How dare Abang biar Sarah tak lena tidur fikirkan kenapa dan ada apa pada badan Sarah sendiri? For a whole week Abang! Sarah dah sabar berhari-hari! Alasan Abang semuanya sama. Rehat, rehat, rehat. I am tired of resting as how tired I am to your excuses!" Sarah meninggikan suaranya. Dia menahan gelojak amarah dalam jiwa. Selimutnya dia genggam kuat.

Taufiq meraup wajah.

"Abang ingat mudah ke bagi Sarah untuk hari-hari beredar tanpa Sarah tahu what happened to me? Abang ingat Sarah ni patung ke?!" Dada Sarah turun naik. Dia dah cukup bersabar selama ini.

"Miscarriage." Taufiq bersuara perlahan. Sebaris perkataan itu menggari bibir Sarah dari berkata-kata. Hatinya bungkam. Jiwanya bagai dihempap sesuatu yang berat. Sangat berat.

"We lost our first baby." Taufiq mengetap bibir. Dia menunduk. Langsung tidak mampu hendak menatap wajah Sarah saat ini.

Sarah masih diam. Perasaannya berkecamuk. Marah, sedih, geram bercampur baur membentuk puisi sunyi. Hanya air mata yang mula menodai kedua-dua pipi mulusnya.

TAKDIR | NOVEL [C]Where stories live. Discover now