"I am writing this letter for Sr. Siti Sarah to be my spouse until the end of my life" - DR. MUHAMMAD TAUFIQ WAJDI.
"Seandainya nanti, Dr. didedahkan dengan versi saya yang saya sendiri ralat memilikinya. Saya sudi dilepaskan dengan cara baik." -SIT...
Sarah berpaling ke arah punca suara yang menggamitnya. Seorang anak kecil berusia lima tahun berlari lalu berdiri di belakang Sarah sambil menarik-narik abaya labuh yang dipakai Sarah untuk menyembunyikan dirinya
"Umi! Tengok Huzair, dia rosakkan lukisan Yusuf!" Seorang budak lelaki berusia lebih kurang sembilan tahun berdiri di hadapan Sarah sambil membuat muka cemberut.
Sarah hanya menggeleng.
"Huzair..." Dia mencapai tangan Huzair. Wajahnya dimaniskan meskipun berlitup purdah putih bersih senada dengan abayanya.
"Betul ke Huzair kacau lukisan Abang Yusuf?" Sarah memangku Huzair. Rambut yang menutupi dahi anak kecil itu dikemaskan. Yusuf masih berdiri memegang kanvas bersaiz A5 miliknya.
"Huz nak tengok je. Tangan Huz basah Umi. Terkotorkan lukisan Abang Yusuf." Huzair menatap ke dalam dua anak mata Sarah.
"Huzair tak minta izin dengan Yusuf pun Umi." Yusuf pula mengadu. Huzair hanya tersengih apabila Sarah memandangnya bersama kening yang diangkat sebelah.
"Huzair minta maaf dengan Abang Yusuf boleh?" Sarah memujuk lembut.
"Abang Yusuf, Huz minta maaf." Huzair menghulurkan tangan kanannya. Genggamannya dibuka dan ditutup bersama sengihan. Yusuf masih memeluk tubuh.
"Yusuf... Yusuf Abang yang baik kan?" Sarah memujuk Yusuf pula. Yusuf terus menyahut tangan kanan Huzair dan mereka bersalaman.
"Lain kali Huzair kalau nak usik barang Abang Yusuf, minta izin dulu ye?" Huzair tersengih memaparkan barisan gigi susunya yang cantik sebelum mengangguk.
"Yusuf pula kena beralah sikit dengan Huzair ye? Yusuf Abang yang soleh kan?" Sarah mengusap perlahan bahu Yusuf. Anak itu hanya mengangguk.
"Huz. Jom, Abang Yusuf ajar Huz melukis, nak?" Huzair sudah turun dari pangkuan Sarah. Dia menyahut tangan kanan Yusuf yang dihulurkan padanya sebelum bergerak ke tempat mereka bermain tadi. Sarah hanya tersenyum.
"Humaira!" Sarah berpaling pula ke arah suara garau yang memanggilnya.
"Boleh tolong panggilkan Kak Wati? Abang tak dan nak layan Alia dengan Qaisara sekaligus." Taufiq memasang wajah kasihan. Kedua-dua tapak tangannya sibuk menepuk-nepuk punggung dua bayi berusia sembilan dan sepuluh bulan masing-masing; yang sedang menghamburkan tangis di atas tilam bayi.
Sarah angkat kaki menuju ke arah si suami.
"Abang dukung Alia, Sarah ambil Qaisara." Sarah sudah menggendong Qaisara yang berusia sepuluh bulan itu sambil mendodoikan anak kecil tersebut. Taufiq melakukan perkara yang sama terhadap Alia.
"Kenapa tak boleh panggil Kak Wati?" Taufiq bertanya polos. Dia yang dahulunya kekok melayan bayi kini nampak semakin mahir. Buktinya, kelopak mata Alia sudah memberat menandakan anak kecil itu selesa dalam gendongan Taufiq.
"Kak Wati tengah mandikan Nabil. Nabil muntah tadi. Lagipun Nabil kan demam. Biarlah Kak Wati jaga Nabil." Sarah mengusap-usap pipi tembam milik Qaisara yang turut sama mula lena di dalam gendongannya. Sesekali dia mengalunkan zikir untuk anak kecil itu.
"Zakuan. Jangan buat Isya macam tu. Ambil mainan lain. Kesian Isya sampai berhingus menangis tu ha." Taufiq sempat menegur Zakuan yang merebut mainan Isya.
Rumah ini sangat meriah dengan suara kanak-kanak dalam pelbagai lingkungan usia. Ada yang masih bayi, ada juga yang sudah memasuki sekolah rendah.
Sejak Sarah sudah menjadi MO secara rasmi, Taufiq mengambil keputusan untuk menjadi salah seorang penaung kepada Rumah Perlindungan Anak-Anak Yatim Darul Haq yang terdapat di kawasan perumahan mereka di Gombak. Semuanya atas permintaan Sarah sendiri.
Taufiq ada bertanya dahulu sekiranya Sarah ingin mengambil anak angkat tetapi Sarah menolak pelawaan Taufiq. Katanya, dia bukannya ada banyak sangat masa sebagai seorang junior medical officer di hospital. Belum tiba masa untuk Sarah mengambil anak angkat jadi Sarah memberi cadangan yang lain.
Cadangnya, dia mahu menjadi ibu ekspress. Sarah sudah lama mencari tahu tentang Rumah Perlindungan Anak-Anak Yatim Darul Haq yang menempatkan anak-anak yatim dan anak-anak tidak sah taraf itu cuma dia belum sempat hendak mengkhabarkannya pada Taufiq. Nasib sahaja Taufiq bersetuju dengan cadangan Sarah.
Oleh itu, hampir setiap kali cuti hujung minggu, Sarah akan berkunjung ke rumah yang dipenuhi anak-anak kecil ini untuk mengisi kelapangan masa dan hatinya. Kak Wati merupakan penaung dan pemilik Rumah Perlindungan Anak-Anak Yatim Darul Haq ini. Beliau mempunyai lima orang staf yang bersama-samanya dalam menjalankan kerja amal di bawah biayaannya dan beberapa NGO yang sudi menjadi penaung termasuklah penaung individu seperti Taufiq.
Taufiq meletakkan Alia ke katil bayi. Sarah melabuhkan Qaisara yang sudah lena sejak tadi di atas katil yang satu lagi.
"How do you feeling?" Taufiq mendakap Sarah dari belakang.
"Great. Sarah rasa tenang sangat. I love them so much." Taufiq tersenyum lebar mendengar balasan Sarah. Dia bersyukur Sarah sudah pulih sepenuhnya. Fizikal dan mental.
"Abang..." Pelukan dileraikan. Sarah berpusing menghadap ke arah Taufiq. Taufiq bersedia menanti sambungan ayat isterinya.
"Thank you for everything. Bermula dari tarikh Abang lamar Sarah melalui emel sampai lah sekarang. Terima kasih juga untuk masa depan." Sarah merenung lama dua iris hazel milik lelaki kesayangannya.
"Kasih diterima." Taufiq bersuara sebelum mencuit hidung Sarah di sebalik purdah yang dipakainya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
YEAY tamat!!!
Thank you sudi baca sampai sini 🫶🏻🥹
Boleh tunggu next karya saya siap pula (mungkin ambil masa sebab saya dah enroll undergraduate programme MBBS in IIUMK (konon nak jadi macam Dr. Sarah)