BAB 13

1.2K 66 1
                                        

Kenderaan milik Dr. Muhammad Taufiq Wajdi kini melepasi pos pengawal di pintu pagar utama Universiti Islam Antarabangsa Kampus Kuantan. Proses sedikit mudah memandangkan Taufiq adalah staff di universiti tersebut. Mereka dibenarkan masuk sebaik pengawal melihat tanda staf dipamerkan oleh Taufiq.

Taufiq memandu menuju ke Mahallah Ummu Khalsum.

Sarah ralit dengan telefon bimbitnya. Dia mahu memaklumkan Khadijah dan Zahra mengenai ketibaannya. Nombor telefon milik Khadijah dia dail.

"Assalamualaikum, Khadijah. Aku dah sampai MUK. Kau dekat mana?" Belum sempat Khadijah menjawab, Taufiq mencuit sedikit Sarah dan menunjuk ke arah Khadijah yang sedang melambai kepada mereka. Sarah mematikan panggilan. Taufiq memarkirkan kenderaannya di sisi kereta milik keluarga Khadijah.

Sarah laju-laju membuka tali pinggangnya dan keluar dari kereta. Taufiq yang sedang menarik brek tangan Porsche Cayenne miliknya itu hanya menggeleng. Excited betul isterinya itu mahu berjumpa dengan kembar lain rahim gadis itu.

"Hai bestie?" Khadijah menyapa sebelum memeluk Sarah seeratnya bagaikan sudah begitu lama tidak berjumpa. Sarah juga begitu. Taufiq sedikit risau mereka akan terjatuh dek perlakuan tersebut. Bapa Khadijah mendekati Taufiq yang sedang bersandar di belakang kereta miliknya sambil memerhatikan Sarah dan Khadijah.

"Assalamualaikum Dr." Taufiq meleraikan pelukan tubuhnya dan menunduk sedikit sebelum menyalami bapa Khadijah dengan sopan.

"Waalaikumussalam Pak Cik." Taufiq menyambut salam yang dihulurkan oleh Encik Karim.

"Tahniah atas pernikahan Dr."

"Alhamdulillah, terima kasih Pak Cik." Taufiq menjawab sebelum memandang kembali kepada kedua-dua gadis yang sedang ralit berbual itu. Rasanya macam baru pagi tadi mereka berdua berbual di atas talian.

"Mereka berdua memang macam tu. Maklumlah rumah pun dekat. Dah macam adik beradik. Ke mana-mana asyik berdua je." Encik Karim turut memandang ke arah yang sama. Sarah kini mendekati Taufiq. Taufiq mengangkat sebelah keningnya.

"Sarah nak hantar dokumen sekejap dekat Mahallah Office. Abang tunggu kejap ya?" Taufiq hanya mengangguk sebelum menghantar Sarah pergi bersama Khadijah dengan pandangan matanya.

"Puan first." Sarah menggolengkan matanya ke atas apabila Khadijah membukakan pintu pejabat mahallah untuknya sambil membuat gaya memberi laluan kepada Cik Puan Besar. Hanya mereka berdua yang berada di pejabat waktu itu.

"Letak borang ikut kategori dalam kotak ni ya." Kerani pejabat menyapa mereka dan menunjuk ke arah kotak yang tersusun di bahagian kanan pejabat bersebelahan dinding. Mereka perlu meletakkan borang mereka yang sudah berisi mengikut kategori kursus.

"Macam mana, lepas berkahwin ni? Best tak?" Khadijah bertanya sambil mencari-cari kategori kursus Ijazah Sarjana Muda Farmasi. Setelah menemui kategori yang dicari, dia meletakkan borang miliknya dan menandatangani namanya pada jadual yang tertulis senarai pelajar.

"Macam-macam soalan kau Dijah. Apa yang bestnya. Sama je." Sarah menjawab seadanya. Dia melakukan perkara sama dengan Khadijah.

"Tipu. Takkanlah dah jadi Puan pun sama dengan Cik. Cepatlah Sarah, cerita dekat aku." Khadijah menarik-narik tangan Sarah yang sedang berjalan kembali ke meja utama pejabat.

"Awak nak ambil bilik untuk berapa orang?" Kerani itu bertanya.

"Kami nak ambil bilik untuk tiga orang." Sarah menjawab dengan suara yang sederhana.

"Baik, awak pilih bilik yang dalam jadual ni kosong tiga bahagian. Setiap baris mewakili compartment kalian jadi jangan tertukar pula." Sarah mengangguk. Sarah menunjuk kepada nombor 89 yang terdapat di dalam buku data penginapan pelajar itu sambil menalakan pandangan pada Khadijah. Khadijah mengangguk. Dia tahu itu bilik Sarah pada semester lepas. Khadijah mengisi nama di bawah nama Sarah dalam jadual. Nama dan nombor matriks Zahra mereka letakkan di bawah nama Khadijah. Kerani itu menghulurkan tiga kunci untuk mereka. Usai mengucapkan terima kasih, Khadijah dan Sarah bergerak keluar.

TAKDIR | NOVEL [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang