BAB 4

1.1K 81 0
                                        

Sarah menyusun kata-kata dengan penuh berhati-hati. Hari ini,
dia mengambil keputusan untuk membalas surat kiriman rasmi yang diterimanya dari Dr. Taufiq.

Sr. Siti Sarah,
Mahallah Ummu Khalsum,
International Islamic University of Malaysia, Kuantan Campus, Kuantan,
Pahang.
___________________________________________

Dr. Muhammad Taufiq Wajdi,
Department of Islamic Studies,
International Islamic University of Malaysia, Kuantan Campus, Kuantan,
PAHANG. 25 SEPT 2022

Dear Dr,

2. I deeply apologize for not replying the proposal sent by Dr. Muhammad Taufiq Wajdi Bin Muhammad Talhah sooner.

3. I am considering a meeting with Dr. Taufiq according to details below:

Venue: He and She Coffee Shop Date: 26 September 2022, Sunday.
Time: 2.30pm

4. Please be informed that I will bring my chaperon, Sr Khadijah Aisyah into the meeting. Thank you.

Yours truly,
Siti Sarah Halim

Sarah mengucapkan basmallah sebelum menekan butang hantar. Tangannya yang sejuk dia genggam rapi. Meskipun sudah berbincang masak-masak dengan Khadijah perihal buah fikirannya ini, dia masih kurang yakin sama ada keputusannya benar ataupun tidak.

"Bantu aku Ya Allah." Sarah berbisik perlahan. Sarah menyerahkan segalanya pada Allah saat ini. Sungguhlah dia insan yang kerdil. Tiada daya baginya melainkan Allah yang Maha Esa.

'Kemudian jika mereka berpaling, maka katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan selain Dia. KepadaNYA aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang agung.'

(Surah At-Taubah :129)

Taufiq memeriksa notifikasi yang baru sahaja masuk ke dalam telefonnya. Dr. Shafiq yang sedang minum petang bersama- samanya di hari minggu itu dia pandang sekilas sebelum merenung lama pada inbox emelnya. Terpampang alamat emel yang digunakan Sarah menunjukkan emelnya sudah dibalas oleh gadis muda itu. Taufiq meneguk liur yang terasa kesat. Dia membaca basmallah.

'Apapun balasan dari Sarah, kurniakanlah aku rasa reda dan sabar ya Allah.'

Selang beberapa saat, terpampang PDF yang dikirimkan Siti Sarah kepada Taufiq. Dia meneliti satu persatu aksara yang dileretkan dalam fail bersaiz 1.4 KB kiriman Sarah.

"Allah." Hanya itu yang terpacul keluar dari rongga mulut Taufiq. Menerima balasan yang dikira sebagai ajakan Sarah untuk berbicara dengannya cukup melegakan. Dia tahu, barangkali sesi temu bual itu nanti akan membawa kepada penolakan. Meskipun begitu dia tetap bersyukur. Dia tidak terus ditolak oleh Sarah.

"Kenapa?" Pertanyaan Shafiq hanya dibalas dengan senyuman. Biarlah hanya dia dan Allah sahaja yang tahu apa-apa yang dirasakannya waktu ini.

Petang itu, Taufiq mengambil angin di Pantai Teluk Cempedak. Entah mengapa petang ini dia rasakan sangat sesuai untuk dia bertafakur sendirian di pantai itu walaupun waktu menjelang Maghrib adalah waktu paling hiruk pikuk bagi pengunjung pantai tersebut.

"Akak, saya nak yang ni satu bekas. Yang ini satu bekas." Suara itu menangkap panca indera Taufiq. Dia bergerak ke arah punca suara tersebut.

"Akak, tambah ini satu bekas. Saya bayar sekali untuk adik ni." Taufiq berbicara. Mak cik yang menjual jagung kukus itu tersenyum sebelum mengangguk.

Sarah terpempan. Dia kenal suara ini. Masakan dia lupa akan suara yang berlagu di cuping telinganya dua kali setiap minggu.

"Sampai sini pun Allah izinkan kita bertemu ye Sarah." Taufiq menegur Sarah di sisinya. Menanti saat untuk gadis itu memandangnya. Puas sudah dia menghadap belakang figura 160 cm itu.

TAKDIR | NOVEL [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang