Sarah bermain-main dengan jari-jemarinya sendiri sambil menanti Dr. Taufiq. Pensyarah itu awal-awal lagi meminta maaf kerana mempunyai mesyuarat mengejut yang mungkin akan menyebabkan dia lewat sedikit ke pertemuan mereka petang itu. Sarah dihembus sedikit rasa bersalah mengganggu masa lelaki itu walhal boleh sahaja dia mengirimkan apa yang ingin dia bicarakan dalam emel yang dihantarnya hari itu sebagai lampiran.
Khadijah di sebelah Sarah hanya memerhatikan gadis itu. Dia tahu, wajah yang tenang itu sedang dilanda gemuruh yang menggila. Bukan sehari dua dia mengenali anak muda ini. Khadijah mencari tangan kanan Sarah dan dipegangnya sekejap bagi memberi kehangatan tanda sokongan. Pintu kedai kopi itu terkuak dari luar disambut dengan ucapan selamat oleh pekerja kedai kopi. Sarah membawa matanya ke arah itu. Terpacul wajah Dr. Taufiq membetulkan songkok yang dipakainya. Lelaki itu menghampiri tempat duduk Khadijah dan Sarah.
"Assalamualaikum. Maaf sangat lambat. Saya solat Zuhur sekejap tadi." Dr. Taufiq menegur dengan wajah bersihnya.
Wajah itu masih bercahaya meskipun tidak lagi basah dengan air wudhuk. Bauan maskulin milik lelaki itu menggantikan aroma kopi yang sejak tadi menguasai rongga nasal Sarah.
"Waalaikumussalam Dr. Tak mengapa, kami tak rushingpun." Sarah membalas sopan. Dr. Taufiq mengangguk sebelum menyambung bicaranya. Lelaki itu tidak terus duduk.
"Awak berdua nak coffee apa? On me. Sayapun honestly jarang datang sini."
"Matcha caramel latte untuk Sarah and caramel machiato add on hazelnut untuk saya. Both are iced. Thank you, Dr." Khadijah memesan bagi pihak Sarah. Mereka berdua sudah seperti kembar. Saling mengetahui apa-apa yang masingmasing gemari.
"Baik sebentar ye." Lelaki itu berlalu sebentar ke kaunter sebelum memesan minuman mereka. Sempat dia meminta pelajar yang turut menjadi pekerja di kedai kopi itu untuk menghantar minuman mereka di meja kerana tidak mahu terganggu pula apabila dipanggil untuk mengambil kopi sendiri.
Dr. Taufiq tiba dan duduk di kerusi di meja sebelah Khadijah dan Sarah. Ruang antara meja tidak begitu jauh seperti di meja makan dek kedai kopi ini kecil sedikit jadi tidaklah begitu rapat mahupun jauh kedudukan mereka bertiga. Tambahan pula, tempat yang dipilih dua dara pingitan ini hanya mempunyai dua tempat duduk satu meja.
Suasana senyap seketika. Masing-masing tak tahu bagaimana cara untuk mereka memulakan bicara. Kejanggalan yang terasa menyesakkan ruang yang tidak begitu besar antara mereka. Khadijah tidak senang duduk. Dia mahu membantu memecahkan suasana kekok ini tetapi bagaimana?
"Saya minta maaf kalau awak rasa kekok dengan saya." Dr. Taufiq membuka bicaranya yang pertama. Memahami keadaan Sarah yang berat mulut untuk berkata-kata.
"Tak mengapa Dr. Saya minta maaf ambil masa Dr. Patutnya Dr. boleh saja berehat di rumah sebaik habis mesyuarat." Sarah membalas. Khadijah hanya memasang telinga. Nak saja dia cubit Sarah yang menggunakan bahasa formal dengan pensyarah mereka ini.
"Apa-apapun keputusan awak, in Shaa Allah saya reda Sarah. Saya tak nak awak rasa terbeban dengan lamaran saya." Dr. Taufiq berkata-kata lagi. Sarah senyap sebentar. Dia menyedari pekerja kedai kopi yang menghampiri mereka dengan menatang sedulang kudapan dan minuman.
"Saya order sekali cake. Saya tak sure awak makan atau tak. Hazelnut chocolate lava cake ni favourite saya kalau datang sini. Maaf kalau tak kena tekak awak."
Sarah hanya senyum dan mengangguk. Dia menjamah sedikit kek tersebut beserta basmallah bagi menghormati dan berterima kasih kepada jejaka itu. Dia memberi isyarat kepada Khadijah untuk turut menjamah kek tersebut. Senyuman Dr. Taufiq dapat dia lihat semakin lebar.
"Sedap. Alhamdulillah. Terima kasih Dr." Sarah membalas.
"Sebenarnya jujur saya katakan, saya tak berniat untuk tolak atau terima Dr. buat masa ni. Mesyuarat saya dengan Allah masih berlangsung. Boleh saya kemukakan beberapa syarat?" Sarah berkata dengan berhati-hati.
YOU ARE READING
TAKDIR | NOVEL [C]
Romance"I am writing this letter for Sr. Siti Sarah to be my spouse until the end of my life" - DR. MUHAMMAD TAUFIQ WAJDI. "Seandainya nanti, Dr. didedahkan dengan versi saya yang saya sendiri ralat memilikinya. Saya sudi dilepaskan dengan cara baik." -SIT...