BAB 9 - BHG 2

1K 72 0
                                        

SARAH duduk sendirian di dalam bilik rumah tumpangan yang berada di taman tempat pernikahan mereka berlangsung. Ketukan di muka pintu memaksa Sarah agar berhenti termenung. Pintu terkuak dari luar.

"Assalamualaikum." Kelihatan Taufiq menapak masuk bersama busana nikahnya yang masih lengkap. Satu beg kertas dijinjitnya di tangan kanan. Sarah menjawab salam tersebut perlahan.

"Boleh saya masuk?" Taufiq meminta izin sebelum melangkah masuk apabila Sarah mengangguk tanda membenarkan. Pintu dia tutup kembali. Suasana di luar sudahpun reda memandangkan waktu sudah menghampiri jam empat petang. Baguslah begitu kerana Sarah sudah mula berasa rimas dengan kurung labuh sarat bermanik dan berenda yang disarungnya sejak waktu dhuha pagi tadi.

Taufiq duduk di birai katil. Beg tersebut dia letakkan di atas katil.

"Awak duduk dekat sikit sini boleh?" Taufiq menepuk ruang di sisinya. Sarah hanya menurut. Wajahnya yang masih membahang dia abaikan.

Sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di sisi Taufiq, lelaki itu mencapai beg kertas berlambang Habib Jewels itu dan mengambil satu kotak baldu kecil berwarna biru daripadanya. Tangan putih melepak milik Sarah dia capai.

"Ini, cincin kahwin. Hadiah daripada saya." Cincin emas bertatah permata kecil dengan rekaan sederhana kini menghuni jari manis tangan kanan milik Sarah. Saiz cincin itu bertepatan dengan saiz jari manis Sarah menjadikan cincin itu terletak molek di jarinya. Sarah hanya diam. Dia memandang Taufiq tanpa suara. Taufiq mencapai lagi satu kotak dari beg yang sama. Kali ini kotak itu bersaiz agak besar dan diperbuat daripada baldu dengan warna yang sama dengan kotak tadi. Satu gelang emas terlihat apabila kotak tersebut dibuka.

Sarah memandang Dr. Taufiq menunggu ulasan lelaki itu. Tangan kanan milik Sarah ingin dia capai lagi sebelum Sarah cepat-cepat menariknya dan menggeleng. Taufiq tersenyum manis.

"Ini hadiah Mama untuk awak. Meh tangan saya pakaikan." Dia mengeluarkan gelang emas tadi dari kotaknya. Kotaknya dia taruhkan di sisi kirinya yang kosong.

"Dr." Sarah memanggil Taufiq. Sarah menggeleng tanda tak mahu. Taufiq tersenyum. Alahai, elak dia cubit saja pipi Sarah yang kemerahan itu.

"Kalau awak tak pakai mesti Mama sedih. Awal-awal Mama dah warn saya supaya pastikan awak pakai gelang ni." Tangan kanan Taufiq kini dapat mencapai dan menarik tangan kanan Sarah.

"Dr. please. Saya tak boleh terima hadiah ni." Sarah masih cuba memujuk.

"Humaira." Panggil Taufiq sambil bertentangan mata dengan Sarah. Sarah terkedu. Dr. Taufiq memanggilnya Humaira buat kali pertama.

"Pakai ya?" Belum sempat Sarah teruskan berdegil, pergelangan tangan kanannya sudah selamat dipakaikan gelang emas pemberian Datin Paduka Juwita Lawias.

"Kenapa Dr. panggil saya Humaira?" Soalan yang sekian lama mahu dilontarkan oleh Sarah akhirnya terluncur keluar dari dua ulas bibir mungil itu.

"Sarah kenal Saidatina Aisyah RA, isteri Nabi Muhammad SAW?" Sarah mengangguk. Dahulu, Sarah selalu membaca kisah cinta Rasulullah SAW dan isteri baginda, Saidatina Aisyah Binti Abu Bakar R.A. Kisah cinta Kekasih Allah dan isterinya itu boleh membuatkan sesiapapun cemburu. Manis dan bergula!

"Sebab pertama, saya harap Allah bantu saya supaya dapat bimbing awak supaya jadi seperti Saidatina Aisyah RA. walaupun saya tak sehebat Baginda; Rasulullah SAW. Saya harap awak dapat sama-sama bantu saya dalam menjadi suami yang baik. Saya doa agar Allah jadikan awak tulang rusuk yang menguatkan rongga toraks saya supaya saya dapat menggalas tanggungjawab saya dengan lebih baik." Tutur bicara Taufiq lancar menerobos masuk ke salur auditori Sarah. Kelembutan suaranya tidak sedikitpun menjadikan ayatnya yang berbaur anatomi itu berbunyi janggal dan kelakar walaupun sepatutnya seperti itu.

"Tapi saya tak sehebat beliau." Sarah menunduk. Tangan kanan milik Taufiq memagut dagu milik Sarah dan dia angkat agat Sarah menatap pandangannya.

"Kita boleh sama-sama usaha. In shaa Allah, Allah bantu."

"Sebab kedua." Sarah seakan lupa perkataan pertama yang diungkapkan dua ulas bibir itu.

"Saidatina Aisyah Humaira dapat gelaran Humaira daripada Rasulullah SAW disebabkan pipinya yang selalu bertukar kemerah-merahan apabila malu. Sama macam Sarah." Wajah Sarah membahang lagi.

Suasana sepi seketika.

"Dr. nak saya panggil Dr. apa?" Sarah memberanikan diri bertanya. Taufiq memanggilnya dengan gelaran istimewa yang tidak pernah Sarah dambakan. Rasa tidak enak pula sekiranya Sarah berterusan menggunakan pangkat lelaki itu. Apapun panggilan yang Dr. Taufiq pinta untuk dijadikan panggilan buat lelaki itu, Sarah akan cuba laksanakan walaupun pastinya sukar.

"Alahai, saya tak kisahpun Humaira. Panggil saya apa-apapun ikut keselesaan awak. Jangan awak panggil saya dengan panggilan yang tak elok sudah." Taufiq menjawab sebelum mencuit sedikit hujung hidung Sarah.

"Kalau Ibu tanya macam mana?" Sarah meluahkan rasa sebenar di sebalik persoalannya tadi. Taufiq mungkin tidak kisah tetapi bagaimana pula dengan Puan Sakinah? Wanita itu pasti tidak senang Sarah berkelakuan begitu.

"Jangan risau, Ibu mesti faham dengan anak tunggal dia yang manja ni. Kalau Ibu tak senang dengan panggilan yang awak guna saya tolong back up awak." Taufiq menguntum senyum mengusir pergi kegelisahan dalam hati seorang Sarah.

"Taufiq!" Encik Halim di luar memanggil menantunya. Barangkali mahu mengajak Taufiq bersamanya untuk ke masjid bagi menunaikan solat Asar yang bakal masuk waktu sebentar lagi. Taufiq bangkit berura-ura mahu keluar. Tangannya sempat dihulur untuk disalam oleh Sarah. Sarah ditinggalkan bersama kupu-kupu yang berterbangan bebas di dalam perut. Dr. Muhammad Taufiq Wajdi sweet sangat sampai Sarah rasa nak pengsan.

Sarah mengangkat tangannya.

Allahumma inni as-aluka hubbak wa hubba mayyuhibbuk wal 'amala alladzi yuballighunii hubbak. Allohumma'al hubbaka ahabba ilayya min nafsii wa ahlii wa minal maa-il baarid

Ya Allah, sesungguhnya aku meminta kepadaMu untuk selalu cinta kepadaMu mencintai orang yang selalu mencintaiMu dan amal yang dapat menyampaikanku untuk mencintaiMu. Ya Allah, jadikanlah cinta kepadamu melebihi cintaku terhadap diriku sendiri, keluarga dan air yang dingin.

TAKDIR | NOVEL [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang