SEPANJANG kelas berlangsung. Tidak sedikitpun Sarah bersuara kecuali namanya disebut oleh Dr. Taufiq. Sarah sangat cakna akan peribadi Dr. Taufiq yang sedikit berbeza dengan mana-mana pensyarah lain. Lelaki itu selalunya membuka ruang untuk pertanyaannya dijawab oleh sesiapa di dalam kelas sebelum menyebutkan mana-mana nama yang dikehendakinya. Entah itu perasaan sendiri mahupun memang nama Sarah menjadi nama yang seringkali disebutkan seandainya tiada sesiapa berminat menjawab soalan lelaki itu.
Sarah mengemas barang-barangnya sebelum berura-ura mahu keluar dari kelas yang sudah mula sepi. Aina berjalan di hadapan Sarah. Dr. Taufiq masih duduk di meja pensyarah. Lelaki itu kelihatan tekun mengedit sesuatu di dalam komputer ribanya.
"Thank you, Dr." Aina bersuara bagi pihaknya dan Sarah sebelum membuka pintu untuk beredar keluar. Dr. Taufiq mengangkat kepalanya. Mata miliknya dia tujahkan ke arah Sarah yang menikus memandang lantai.
"Jangan lupa check emel awak Sarah." Suara itu tidak terlalu dingin mahupun terlalu lembut. Aina sedikit terkejut namun dia sekadar buat tidak endah. Pada pandangannya, mungkin Sarah ada menghantar bahan rujukan untuk meminta persetujuan lelaki muda itu sebelum dimuatkan di dalam tugasan subjek mereka.
Sarah ketap bibir. Dia mengangguk tanda menerima teguran tersebut dan segera membontoti Aina keluar dari kelas. Dia agak lega Aina tidak bertanya langsung perihal yang dibicarakan Dr. Taufiq sebentar tadi.
Sarah berjalan sendirian ke biliknya di Mahallah Ummu Khalsum memandangkan Aina menginap di Mahallah Maimunah. Mereka berpisah di jalan antara dua mahallah tersebut.Sesampainya di bilik, Sarah duduk sebentar sebelum membuka tudungnya dengan basmallah. Teguran Dr. Taufiq menerobos masuk dan menghuni segenap lipatan mindanya kini. Suara itu menghalau keluar segala perkara lain yang turut berusaha mencuri perhatiannya. Dia duduk di atas meja belajar dan membuka laman sesawang yang memuatkan semua emel miliknya.
Emel yang dikirimkan Dr. Taufiq berada di bahagian atas sekali dengan bertandakan important oleh syarikat peneraju emel yang digunakan Sarah. Lelaki itu tentunya tahu cara bagaimana mengelakkan emelnya masuk ke dalam kategori spam mahupun tidak ditandakan penting oleh syarikat tersebut. Pensyarahnya itu berkelulusan PhD luar negara. Lebih tepat lagi, bumi Mesir.
Sarah membaca basmallah sebelum membuka email yang dihantarkan oleh Dr. Taufiq Wajdi untuk kali kedua. Selepas subuh tadi, sudah dia buka email tersebut. Cuma, dia tidak kuat mahu memuat turun fail PDF yang disertakan sekali dalam emel tersebut.
'PROPOSAL FOR Sr. Siti Sarah.'
Sarah mengetap bibir. Sekali lagi berteman basmallah, dia memuat turun fail PDF yang dikirimkan padanya. Sebuah surat rasmi menyapa seluruh ruang pandangannya saat ini.
Dr. Muhammad Taufiq Wajdi,
Department of Islamic Studies,
International Islamic University of Malaysia, Kuantan Campus, Kuantan,
Pahang.
___________________________________________Sr. Siti Sarah,
Mahallah Ummu Khalsum,
International Islamic University of Malaysia,
Kuantan Campus, Kuantan,
PAHANG. 22 SEPT 2022PROPOSAL FOR Sr. Siti Sarah Binti Muhammad Halim.
Dear Sr,
2. I am writing this letter as a proposal for Sr. Siti Sarah to be my spouse until the end of my life.
3. Here are my details:
Full name: Muhammad Taufiq Wajdi Bin Muhammad Talhah
Age: 32 years old
Major: Islamic Shariah and Fiqh, University Al- Azhar of Egypt4. I look forward for your reply. Thank you.
Yours truly,
Taufiq WajdiSarah bungkam. Perasaan yang mencengkam dadanya kini sukar dia tafsirkan dengan aksara. Dia dihantui rasa terkejut dan keliru. Setiap patah perkataan yang tercatat di dalam emel kiriman pensyarah muda itu meninggalkan bekas di dalam hatinya meskipun setiap patah perkataan tersusun padat tanpa apa-apa kata-kata puitis mahupun pujangga.
Baris kedua surat rasmi itu dibacanya berulang kali. Jiwanya memberat. Sekiranya ditanya apakah yang memberatkan jiwanya, dia sendiri tidak mampu menjawab. Sarah meraup wajahnya lembut. Dia berkira-kira mahu mengambil keputusan untuk berdiam diri. Masakan pensyarahnya itu mahu memperisterikan dia yang muda sembilan tahun daripadanya. Pensyarahnya layak mendpatkan seseorang yang jauh lebih baik untuk lelaki muda itu. Bukan dirinya.
Sarah menutup kembali komputer ribanya sebelum bergerak ke tandas untuk mengambil wudhuk memandangkan waktu Asar baru sahaja masuk. Sarah sedikit bersyukur, waktu tersebut sangat bertepatan dengan apa yang dia perlukan. Dia perlukan dakapan Tuhannya. Dia mahu meluahkan segalanya dalam munajat dengan Tuhannya. Tuhan sekalian alam. Sarah yakin, ada sesuatu yang Allah datangkan sebagai hadiah di sebalik ujian ini.
Kehadiran lelaki yang hampir sempurna di matanya untuk dikagumi adalah ujian buat Sarah. Dia tahu itu. Allah mahu menguji seandainya Sarah memilih pencipta mahupun makhluk ciptaan. Sarah enggan menanggung segala rasa yang menyesakkan dadanya kini sendirian. Dia perlukan pergantungan dengan Allah. Sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah seseorang boleh memperoleh ketenangan.
'Hanya dengan mengingati Allah sahaja hati-hati menjadi tenang.'
(Surah Ar-Ra'du ayat 28)
![](https://img.wattpad.com/cover/321823533-288-k671179.jpg)
YOU ARE READING
TAKDIR | NOVEL [C]
Romance"I am writing this letter for Sr. Siti Sarah to be my spouse until the end of my life" - DR. MUHAMMAD TAUFIQ WAJDI. "Seandainya nanti, Dr. didedahkan dengan versi saya yang saya sendiri ralat memilikinya. Saya sudi dilepaskan dengan cara baik." -SIT...