"Dhiaa!! bangun laa, aduh kau ni tidur mati betul la" kejut Afrina sambil mengangkat selimut yang dipakai Dhia."Ala kau ni, aku mengantuk lahh" rungut Dhia lalu menarik semula selimut sampai menutupi mukanya.
"Otak kau, Eh kau lupa ke harini kita first day pergi uni" marah Afrina dengan tangan tidak henti menarik selimut itu tetapi Dhia menahan nya.
"Apa bising bising ni" tanya Qayla yang baru sahaja membersihkan diri.
"Kau tengok la kawan kau ni, tidur mati" kata Afrina lalu membaling bantal ke arah Dhia yang elok terbaring itu.
"Tak apa weh apa susah, kita tinggal je dia ni" kata Qayla dengan tenang.
"Ushh korang ni, sabar la. Kelas lambat lagi nak start kan" kata Dhia.
"Ah takde kau, sekarang ni kau bangun sekarang solat subuh lepastu pergi siap siap cepat" arah Qayla seperti mak mak.
"Adu yelah yelah tunggu kejap" rungut Dhia lalu bangun terus ke tandas selepas mengambil tuala.
"Macam mana la minah tu kahwin nanti. Aku rasa bukan dia yang kejut suami, suami yang kejutkan dia" kata Afrina sambil mencekak pinggang.
"Aku dengar lah!" jerit Dhia dari dalam bilik air.
"Memang nak bagi kau dengar pun!" jerit Afrina balik.
Qayla hanya menggeleng kepala sahaja dan terus pergi ke arah cermin untuk memakai tudung.
•••••
Selepas bersarapan mereka terus pergi ke dewan, baik pergi awal awal kan, nanti tak pasal pasal first day kena denda sebab lambat masuk.
Sedang mereka berjalan hendak pergi ke dewan, tiba tiba Qayla ditegur seseorang.
"Hai Qayla" sapa Izhan di belakang Qayla. Qayla terus pusing memandang ke arah lelaki yang memanggil nya.
"Eh Izhan, hai" sapa Qayla kembali sambil tersenyum ke arah Izhan.
"Awak nak pergi mana?" soal Izhan.
"Oh saya nak pergi dewan dah, kelas saya dah nak start" jawab Qayla ramah.
"Ohh awak ambil course apa?" soal Izhan lagi.
"Science computer" jawab Qayla.
"Ohh, mesti awak pandai science kan" kata Izhan.
"Hehe tak adalah pandai sangat, awak ambil course apa?" soal Qayla pula.
"Oh saya engineering" jawab Izhan dan mendapat anggukan dari Qayla.
"Weh Qayla, cepat la weh kita dah lambat la, syok betul korang borak kat tepi jalan ni" kata Dhia setelah lama dia dan Afrina menjadi pemerhati.
"Ha? oh ha ye jom jom. Eh Izhan nanti kita borak lagi eh, bye" kata Qayla sambil melambai Izhan.
"Okey bye" Izhan melambai Qayla semula sebelum dia pergi ke arah dewannya. Qayla pula terus berjalan di tengah tengah Afrina dan Dhia.
"Weh siapa lelaki tadi tu? oh kau cepat je dapat boyfriend eh kat uni ni" kata Dhia selepas sahaja mereka mengambil tempat duduk di dalam dewan itu.
"Boyfriend apa nya kau ni? kitaorang kawan jelah" nafi Qayla.
"Yeke kawan je? tak percaya aku" kata Afrina pula.

YOU ARE READING
Perempuan Itu Suri Hatiku
RomanceKarya Pertama Afrina Natasya dan Dhia Ellyna cuba untuk menolong rakan mereka Qayla Adriana untuk melupakan bekas kekasihnya. Namun tiada satu pun cadangan yang berhasil bagi Qayla sampaikan muncul seorang lelaki yang mampu membuatkan nya untuk melu...