"Weh lepasni ada kelas lagi ke tak eh?" Soal Dhia, mereka bertiga baru sahaja habis kelas dan bercadang untuk pergi ke cafe.
"Sepatutnya ada tapi cancel" Jawab Afrina.
"Ha cun cun, lepas makan ni balik bilik jom. Aku mengantuk lah" Cadang Dhia, sempat lagi dia menguap kecil.
"Ah kau, tak puas tidur masa kelas tadi? Nasib lecturer tak perasan tau" Sindir Qayla pula.
"Aku dah cakap dah aku mengantuk kan" Jawab Dhia sambil memandang Qayla.
"Yelah apa apa jelah" Kata Qayla dan terus sambung berjalan.
-
Selesai sahaja membeli makanan, mereka terus mengambil tempat untuk duduk. Tidak sempat Qayla mahu duduk, dia tiba tiba disapa oleh seseorang.
"Qayla" Sapa Izhan.
Qayla terus memandang wajah orang yang menyapanya tadi, sebaik sahaja melihat muka Izhan, wajahnya tiba tiba berubah.
"Ha h-hi" Sapa Qayla semula dengan tergagap gagap.
Sudah lama dia tidak bertemu dengan lelaki dihadapannya ini, kali terakhir mereka bertemu masa hari jadi Qayla je.
"Boleh Izhan cakap dengan Qayla sikit?" Soal Izhan dengan penuh berhati hati.
"Apa? cakap lah" Kata Qayla dengan suara yang mendatar.
"Bukan kat sini, kat tempat lain. Just a two of us" Kata Izhan.
Qayla terus memandang Afrina dan Dhia yang dari tadi memandang ke arah mereka.
"Kau nak buat apa dengan Qayla?" Soal Dhia dengan kasar. Dah lama hilang, ni tiba tiba muncul balik kenapa?
"Tak buat apa pun, nak cakap sesuatu je" Jawab Izhan.
"Tak bol-" Belum sempat Dhia mengahabiskan kata katanya, Qayla terus memotong.
"Boleh je, jom lah" Kata Qayla.
"Ha? betul ni? boleh?" Soal Izhan. Qayla hanya mengangguk.
Dhia terus memandang Qayla dengan pelik.
'Kau kenapa?' Dhia menyoal Qayla dengan menggunakan isyarat mata. Tetapi Qayla langsung tidak mengendahkan kawannya itu.
"Jom lah" Ajak Qayla.
"Ok ok jom" Izhan terus berlalu pergi diikuti dengan Qayla.
"Eh apasal kawan kau tu, yang dia setuju ikut mamat tu kenapa? Tak serik serik lagi ke dah kena dengan dia" Soal Dhia dengan bengang.
"Mana lah aku tahu, aku pun pelik tapi mesti ada sebab kenapa dia ikut mamat tu" Jawab Afrina.
"Sebab apa?"
"Ingat aku tahu ke? Dah lah duduk makan" Arah Afrina lalu dia terus duduk, Dhia pun begitu.
Belum sempat Dhia mahu menyuapkan makanan ke dalam mulut, dia perasan akan kehadiran tiga orang lelaki yang berdiri di hadapan meja mereka.
'Asal banyak sangat pengacau harini' Rungut Dhia di dalam hati.
"Hai" Sapa Mikha kepada mereka. Ya, tiga orang lelaki tadi adalah Mikha, Rayfal dan Rayyan.
Dhia hanya memandang tanpa berkata apa apa.
"Uish makin sombong eh kau sekarang" Kata Mikha.
"Diam jelah" Jawab Dhia sambil menjeling Mikha.
"Boleh kitaorang join?" Soal Mikha lagi. Baru Dhia perasan yang masing masing memegang dulang yang berisi makanan.
"Tak boleh, banyak lagi meja kat sini" Jawab Dhia.

YOU ARE READING
Perempuan Itu Suri Hatiku
RomanceKarya Pertama Afrina Natasya dan Dhia Ellyna cuba untuk menolong rakan mereka Qayla Adriana untuk melupakan bekas kekasihnya. Namun tiada satu pun cadangan yang berhasil bagi Qayla sampaikan muncul seorang lelaki yang mampu membuatkan nya untuk melu...