03

2.9K 163 5
                                        


"Fuh untung la kau ada fake boyfriend bayarkan" Dhia mengusik Qayla.

"Mesti hensem kan mamat tu" kata Afrina.

"Macam mana aku nak tau dia hensem ke tak, aku langsung tak nampak dia " jawab Qayla.

"Tapi kan biasanya lelaki yang datang popular ni hensem hensem " kata Afrina lagi.

"Ye la weh HAHAHA, banyak aku jumpa macam tu lah" sokong Dhia.

"Mana la aku tau. Lepastu sedap sedap je panggil aku kekasih dia. Nak ngurat aku ke bang" kata Qayla dengan muka yang menjengkelkan.

"HAHAHAH weh rasanya betul la apa aku cakap semalam, kau mesti jumpa jodoh kat sini" kata Afrina.

"Ye weh tak sangka mulut kau ni masin HAHAHAH" sokong Dhia pula.

"Apa benda korang ni ish takde maknanya la. Tapi masalahnya sekarang ni macam mana aku nak bayar balik duit kat mamat tu kalau aku tak cam muka dia langsung" Qayla masih bingung dengan apa yang terjadi.

"Apa kata macam ni, kau amik je dulu buku ni lepastu kalau kau terserempak dengan lelaki tu mesti lelaki tu tegur kau kan pastu bagitau yang dia bayarkan buku ni. Ala takkan la dia senang senang je nak bayarkan benda dekat orang yang dia tak kenal. Mesti ada something kenapa dia belanja kau" kata Afrina.

"Aah kan, lagipun takkan dia tak kenal muka kau macam mana. Kau tunggu je" kata Dhia pula.

"Hm yelah yelah" jawab Qayla.

"So sekarang nak pergi mana?" tanya Dhia.

"Hm ada apa nak beli lagi ke?" tanya Qayla balik.

"Tak ada kot" jawab Afrina.

"Eh tapi aku rasa nak makan ais krim la" kata Dhia.

"Ha kalau macam tu kita makan ais krim dulu pastu balik eh" cadang Qayla. Afrina dan Dhia hanya mengangguk lalu mereka bertiga pergi ke kedai ais krim.

•••••

"Aik?"

Langkahnya terhenti apabila dia tertendang sesuatu lalu dia terus melihat ke bawah.

"Dompet siapa yang tiba tiba sesat kat bawah ni?" soal Izhan lalu mengambil dompet itu.

"Hm warna pink, mesti perempuan punya ni" katanya sambil membelek dompet tersebut.

"Nak bukak ke tak eh? Kalau bukak nanti orang ingat aku nak curi pulak. Eh tapi aku nak tengok je ic dia" Izhan berfikir sejenak dengan mata tidak lari dari memandang dompet di tangannya.

"Hm bukak jela, nanti kalau orang fikir bukan bukan aku cakap jela benda betul" kata Izhan lalu membuka isi dompet itu.

"Qayla Adriana?" lalu Izhan membelek lagi dompetnya itu.

Semasa dia sedang mencari sesuatu yang mungkin akan membantunya untuk mencari pemiliknya, dia terjumpa nombor telefon yang terselit di salah satu poket dompet itu.

"Eh ade nombor rupanya dekat tepi ic ni" kata Izhan lalu mengambil telefonnya untuk mendail pemilik itu.

Sebaik sahaja dia hendak menelefon, tiba tiba dia berfikir sejenak.

"Patut ke aku telefon" Izhan masih berfikir.

"Ah malas la, aku simpan jela nombor dia" kata Izhan lalu dia melihat semula ic itu.

"Nama dah cantik, muka pun comel la juga. dah besar mesti cantik ni, sebaya aku pula tu"

"Aku tolong simpan je lah dompet ni, muka pun dah tahu dengan nombor telefon dia, nanti aku chat lah dia" cadang nya lagi.

"Weh mantap la, banyak pahala aku" dia mengangguk lalu terus masuk ke dalam kedai.

•••••

"Ha dah?" soal Qayla.

"Dah dah, uish lega tekak aku dapat makan sejuk sejuk" jawab Dhia.

"Aah weh" kata Afrina pula.

"Ha sabar jap aku nak bayar" kata Qayla lalu bangun dan pergi ke arah kaunter.

"Berapa kak?" tanya Qayla kepada cashier itu.

"RM 15 dik" kata cashier itu.

Qayla terus membuka sling begnya untuk mengambil dompet. Puas dia mencari tetapi dompetnya itu tiada di dalam begnya.

'Aik mana pulak dompet aku ni, takkan hilang kot' bisik hati Qayla.

"Aaa kejap eh kak" kata Qayla lalu terus pergi semula ke arah rakannya yang sedang bersembang di meja.

"Weh korang, aku rasa dompet aku hilang la, puas aku cari dalam beg ni tapi tak ada pun" kata Qayla.

"Lah? kau letak mana pula" soal Dhia.

"Tak ingat do" cemas sahaja suara Qayla.

"Ha takpe la, ais krim ni biar aku belanja. Nanti kita cari dompet kau tu" kata Afrina lalu bangun pergi ke arah kaunter untuk bayar.

"Cuba kau ingat balik bila last kau guna?" soal Dhia.

"Aaa waktu aku bayar sarapan tadi la" jawab Qayla.

"Lepastu kau letak mana?" soal Dhia lagi.

"Dalam beg ni la, tapi tak ada pun" jawab Qayla lagi.

"Ha dah" kata Afrina.

"Hm macam ni la, kita pergi balik kedai tadi lepastu cari dompet kau. Kalau tak ada tu nanti la kita cari" cadang Dhia. Afrina dan Qayla hanya mengangguk lalu mereka terus pergi semula ke kedai yang mereka sarapan tadi.

Sampai sahaja, masing masing berpecah untuk mencari dompet Qayla. Merata tempat mereka mencari. Dalam kedai, luar kedai, setiap meja tetapi tetap tidak jumpa.

"Weh tak ada la macam mana ni" soal Qayla cemas.

"Weh rilek rilek, dalam tu ada berapa?" tanya Dhia.

"Dalam tu bukan ada duit je, ic aku, lesen memandu aku, card maybank aku, semua la" kata Qayla.

"Tak apa la, kita balik dulu. dalam dompet tu kau ada simpan nombor telefon kau kan?" tanya Afrina.

"Ha ada ada" jawab Qayla.

"Ha nanti kalau ada orang jumpa mesti dia call kau, tak apa ni kita balik dulu" cadang Afrina, cuba untuk menenangkan Qayla.

"Hm okeylah" kata Qayla lalu mereka terus pergi ke kereta dan balik ke rumah masing masing.

Perempuan Itu Suri HatikuWhere stories live. Discover now