3 Minggu kemudian..
"Yeayyy esok dah cuti semm!" jerit Dhia di luar dewan.
"Eh kau ni perlahan lah sikit, kau nak bagi satu uni dengar ke Dhia?" marah Afrina sambil memukul lengan Dhia.
"Aduh, sakitlah. Tak adalah aku cuma excited je" kata Dhia sambil mengusap lengannya.
"Eh dah dah dah korang ni tak habis habis gaduh, dah la jom balik dorm kemas barang" kata Qayla.
"Ha jomjom" kata Afrina dan Dhia lalu mereka terus berjalan pergi ke dorm mereka.
•••••
"Assalamualaikum mamaa, rindu nya mamaa" kata Qayla sebaik sahaja masuk ke dalam perut kereta. Dia terus menyalam tangan Puan Anieta dan memeluk mamanya.
"Waalaikumussalam sayang, mama pun rindu kakak. Dah lama kakak tak balik tau" kata Puan Anieta sambil membalas pelukkan anaknya.
"Hehe biasalah dah masuk Uni ni assignment banyak, nak buat macam mana kan" kata Qayla.
"Hm iyelah, dah jom balik. Mama ada masak makanan favorite kakak" kata Puan Anieta.
"Wahhh okeyy jommm" sorak Qayla lalu terus memakai seat belt.
Puan Anieta hanya tersenyum dan terus memandu balik ke rumah.
Sampai sahaja dirumah, Qayla tidak terus naik ke atas malah terus duduk di meja makan.
"Aik tak menyabar nampak, sampai terus duduk dekat meja tu" kata Puan Anieta.
"Hehe tak sabar nak makan masakan mama, rindu. Lagipun kakak tengah lapar" adu Qayla sambil memegang perutnya.
"Hm yelah mama amik makanan kejap" kata Puan Anieta lalu terus pergi ke dapur. Qayla juga turut mengikuti mama nya untuk membantu.
Selesai makan, Qayla terus mengambil barang barangnya di dalam kereta dan naik ke biliknya.
"Uish dah lama tak jumpa bilik aku, rindunyaa" kata Qayla selepas dia hempaskan badannya ke atas katil.
Sedang Qayla bergolek di atas katil, dia menerima satu notification. Dia terus membuka phone nya dan membaca chat yang baru masuk.
Rayyan poyo
"Aik? asal pulak mamat ni chat aku?" soal Qayla sendirian.
Rayyan poyo : Woi pendek, kau busy ke esok?
-Amboi sedap sedap kau je panggil aku pendek eh, apa kau nak?
Rayyan poyo : Dah memang kau pendek. Aku tanya, kau busy ke esok?
-Tak pun, kenapa?
Rayyan poyo : Ha mantap, esok jom jalan jalan, kau ajak la member kau dua orang tu.
-Jalan jalan? pergi mana?
Rayyan poyo : Mall ok? alang alang tu kau tunaikan lah kata kata kau haritu
-Ha? kata kata apa?

YOU ARE READING
Perempuan Itu Suri Hatiku
RomanceKarya Pertama Afrina Natasya dan Dhia Ellyna cuba untuk menolong rakan mereka Qayla Adriana untuk melupakan bekas kekasihnya. Namun tiada satu pun cadangan yang berhasil bagi Qayla sampaikan muncul seorang lelaki yang mampu membuatkan nya untuk melu...