Semasa Qayla cuba untuk menidurkan dirinya, lelaki yang dia anggap period itu kerap berada di dalam fikirannya
'Apa maksud dia tak ada terima kasih?'
'Perempuan tak ada maruah?'
'Tak ada ciri-ciri wanita solehah'
'Kurang asam punya jantan, sedap mulut kau je cakap kat perempuan macam tu'
'Tapi apa kena mengena dengan terima kasih tu?'
Qayla berfikir sejenak di atas katilnya. Cuba untuk mendapatkan jawapannya
'Heish dahla buat sakit otak je fikir pasal lelaki acah tu' bisik Qayla lagi dengan tidak puas hatinya
•••••
2 Bulan kemudian
"Uish habis jugak kelas, penat weh duduk dalam dewan tu 3 jam" rungut Dhia.
"Kau kena ingat lepasni ada dua lagi kelas" kata Afrina sambil memandang Dhia.
"Hm apa la nasib kan" Dhia mengeluh kecil.
"Pergi cafe jom, lapar la" kata Qayla sambil memegang perutnya yang asyik berbunyi.
"Ha jom" kata Dhia dan Afrina lalu mereka bertiga pun berjalan pergi ke cafe seperti biasa.
"Qayla" panggil Izhan dari belakang mereka.
Langkah Qayla tiba tiba berhenti dan terus pusing untuk melihat Izhan.
"Ye?" jawab Qayla.
"Qayla nak pergi mana?" soal Izhan.
"Macam biasalah lepas kelas ni kitaorang nak pergi cafe" jawab Qayla dengan senyuman.
"Oh, Izhan nak cakap dengan Qayla sikit boleh? tapi kita dua je" kata Izhan. matanya tidak lari dari memandang Qayla di hadapannya.
"Sekarang ke?" soal Qayla dan dibalas anggukan oleh Izhan.
"Erm boleh la. ni korang dua pergi la cafe dulu, nanti aku datang" kata Qayla kepada Afrina dan Dhia di sebelahnya.
"Ha okey, hati hati tau. kau jangan buat apa apa kat Qayla eh, siap kau nanti" sempat lagi Dhia bagi amaran kepada Izhan.
"Iyaa aku tak buat apa apa" kata Izhan.
"Okey la bye" kata Afrina lalu dia menarik tangan Dhia pergi dari situ.
"Jom" kata Izhan lalu terus berjalan. Qayla hanya mengikut.
Sampai sahaja di sebuah taman, Izhan mengambil salah satu tempat duduk disitu. Qayla turut duduk disebelah Izhan. Tak ada lah rapat sangat, masih ada jarak di antara mereka.
"So awak nak cakap apa" kata Qayla setelah beberapa minit mereka diam.
"Erm kita kan dah kenal dua bulan" kata Izhan dan dibalas anggukan oleh Qayla.
"Kita pun makin lama makin rapat" kata Izhan lagi. Qayla hanya diam dan beri Izhan sambung kata katanya.
"So awak tak rasa ke yang hubungan kita ni boleh pergi jauh?" soal Izhan sambil memandang Qayla dengan pandangan yang ikhlas.
Qayla yang perasan akan pandangan Izhan tiba tiba menjadi gugup.
"Aaa maksud awak?" Qayla pura pura tanya walaupun dia faham apa maksud Izhan.
"Like.. couple?" kata Izhan dengan mata setia memandang wanita di sebelahnya.
"Okey Qayla look, pertama kali saya jumpa awak, saya macam nampak sesuatu. sesuatu yang saya tak tahu apa benda, jadi makin lama saya rapat dengan awak, saya rasa lain. dan sekarang baru saya faham, yang.. saya dah jatuh cinta dengan awak. lagipun awak tau kan cara saya layan perempuan lain macam mana berbanding saya layan awak. awak lain, tersangat lain. saya rasa selesa dengan awak tapi saya tak nak confess awal awal, takut macam cepat sangat. tapi sekarang ni saya rasa ni adalah masa yang tepat sebab kita kenal pun dah lama" terang Izhan panjang lebar.

YOU ARE READING
Perempuan Itu Suri Hatiku
RomanceKarya Pertama Afrina Natasya dan Dhia Ellyna cuba untuk menolong rakan mereka Qayla Adriana untuk melupakan bekas kekasihnya. Namun tiada satu pun cadangan yang berhasil bagi Qayla sampaikan muncul seorang lelaki yang mampu membuatkan nya untuk melu...