"Weh jauh lagi ke, kaki aku dah penat lah" adu Qayla sambil mengeluh. Dah 15 minit mereka berjalan tapi masih tak sampai sampai.
"Ish kau ni sabar la sikit, aku pun taktau asal jauh sangat jalan dia buat" kata Rayyan yang berjalan dihadapan Qayla dengan tangan setia memegang tali yang membawa mereka dari awal perjalanan sampai akhir.
Mereka kumpulan yang terakhir sekali masuk ke dalam hutan, jadi mereka di belakang sekali dari orang lain.
"Kau boleh jalan lagi tak? ke nak aku dukung?" usik Rayyan sambil tersengih.
"Eh otak kau, dah lama hidup ke?" marah Qayla.
"Ceh gurau je" kata Rayyan.
"Weh wehh!!" jerit Rayyan dengan cemas.
"HA apa apa!?" dengan Qayla sekali ikut menjerit.
"Tak ada apa apa" kata Rayyan dengan selamba dengan senyuman.
"Eh! kau ni terkejut aku lah" marah Qayla. Mamat ni kalau tak cari gaduh sehari tak boleh ke?
"Aduh" adu Qayla.
"Eh weh kenapa kenapa?" soal Rayyan cemas lalu memberhentikan langkah nya dan terus pusing kebelakang untuk melihat Qayla walaupun dia tak nampak apa apa.
"Eh ha? oh tak ada apa apa, nyamuk je" kata Qayla.
"Ish kau ni, risau aku" kata Rayyan dan terus sambung berjalan.
"Ha kau risau kan aku?" soal Qayla.
"Iyelah" jawab Rayyan. Qayla terus memberhentikan langkahnya.
Rayyan yang sedang berjalan tiba tiba sahaja badannya kebelakang akibat tali yang diikat pada tangan mereka menarik sekali Rayyan.
"Eh yang kau berhenti kenapa?" soal Rayyan.
"Serius lah kau risau kan aku?" soal Qayla semula.
"Yang kau percaya kenapa? aku cakap je" nafi Rayyan.
"Lain kali tak payah cakap. Dah jalan, menyampah aku" kata Qayla. Rayyan hanya tersenyum sahaja dan meneruskan perjalanan mereka.
Sedang mereka berjalan tiba tiba...
BUSHHH
"ARGHH" jerit Qayla.
"Weh apani!!" jerit Rayyan pula.
"Asal tiba tiba boleh jatuh ni!?" soal Qayla.
"Asal basah ni?" soal Rayyan pula.
Rayyan terus mengambil cecair yang basah tadi dan hidu. Selepas dia hidu terus dia menjauhkan tangan dari hidungnya kerana busuk.
"Weh Qayla" panggil Rayyan.
"Ha apa?" jawab Qayla.
"Aku rasa kita jatuh dekat lumpur do" kata Rayyan.
"HAA?" jerit Qayla.
"Aduh aduh jangan la jerit" kata Rayyan sambil menutup telinganya.
"Weh jap" kata Rayyan.
"Apa lagi?" soal Qayla.
"Kalau kita jatuh kan.." sengaja Rayyan menggantungkan ayatnya.
"Kenapaa??" soal Qayla lagi.
"Mana tali yang kita pegang tadi?" soal Rayyan.
"Ha sudah" makin gelabah Qayla. Dia cuba mencapai sesuatu di atas tetapi tidak ada apa apa.
"Weh macam mana ni? kalau kita tak pegang tali tu macam mana kita nak balik!? semua salah kau" kata Qayla dengan sangat cemas.
"Eh salah aku pulak?" soal Rayyan.

YOU ARE READING
Perempuan Itu Suri Hatiku
RomanceKarya Pertama Afrina Natasya dan Dhia Ellyna cuba untuk menolong rakan mereka Qayla Adriana untuk melupakan bekas kekasihnya. Namun tiada satu pun cadangan yang berhasil bagi Qayla sampaikan muncul seorang lelaki yang mampu membuatkan nya untuk melu...