16

1.5K 109 31
                                        


"Okey kamu semua dah siap sedia untuk acara kedua?" kata penjaga di acara kedua itu.

"Dah !" jerit mereka berenam.

"Okey acara kedua ni adalah suap aiskrim sampai habis. Maksudnya salah seorang dari kamu akan menyuap kan aiskrim kepada pasangan kamu. Siapa yang habis dahulu dikira pemenang" jelas nya.

"Weh serius lah aku kena suap kau? kalau perempuan tak apalah jugak ni lelaki" kata Irfan sambil memandang Isyraf dengan pandangan yang menjengkelkan.

"Eh ingat aku hamak sangat ke nak kau suap aku? memang tak lah. Lebih baik Irdina yang suapkan aku" balas Isyraf kembali.

"Tak habis-habis dengan perempuan kau tu, tahulah kena rejected" jawab Irfan kembali

"Penatlah kena reject, gay jelah macam ni" kata Isyraf sambil memandang Irfan

Qayla pula hanya memandang pelik ke arah Rayyan. Rayyan pula hanya mengangkat sebelah keningnya sambil senyum mengusik. Qayla cepat cepat mengalihkan pandangannya ke arah lain.

Anis jangan cakap lah, senyum bahagia dia bila Izhan akan menyuapkan dia. Izhan hanya jeling menyampah.

"Okey ambil aiskrim masing masing" arah penjaga itu.

"Satu..

dua..

tiga !!"

Rayyan terus menyuap kan aiskrim kepada Qayla dengan berhati hati. Qayla pula hanya membuka mulut dan menikmati kesedapan aiskrim itu.

"Hmm sedap nyaaa" puji Qayla sambil menutup matanya. Aiskrim mint adalah kegemarannya jadi takkan la dia tak suka.

Rayyan pula terus menerus suap Qayla. Ada juga sesekali dia tergelak kecil melihat kecomelan Qayla menikmati aiskrim itu.

Tiba-tiba Rayyan teringat akan sesuatu dan terus memandang ke arah kumpulan sebelah dimana terdapat Anis dan Izhan. Izhan tak habis habis memandang tajam ke arahnya.

Muncul sesuatu idea di akal fikiran Rayyan. Dia terus mengambil tisu dan mengelap perlahan tepi bibir Qayla walaupun tiada sebarang kotoran. Dia saja je nak panaskan hati Izhan. Dan betul sangkaannya, Izhan sedang membulatkan matanya dengan reaksi muka agak marah.

"You! cepatlah I nak lagi" marah Anis.

"Ish kau ni, kalau kau nak lagi kau suap lah sendiri" kata Izhan sambil mencampakkan mangkuk aiskrim itu di hadapan Anis. Anis yang memandang Izhan terus tersenyum sinis.

"You nak I bagitau dia ke?" kata Anis dengan suara yang tenang.

"Hish tak habis habis ugut orang" kata Izhan dan terus mengambil semula aiskrim itu dan menyuap kan Anis.

"Suap tu betul betul la woi, nanti Irdina nampak malu aku" marah Isyraf sambil melihat Irfan yang tak habis habis sumbat ais krim itu ke dalam mulutnya.

"Kau diam jelah, kata nak cepat habis. Dia pun tak hamak kau" kata Irfan lalu menyuap kan sesudu ais krim yang banyak.

"Otak kau, agak agak la benda tu dah la sejuk. Kau sumbat besar besar macamtu, kau tak rasa memanglah" marah Isyraf lagi.

"Eh dahla diam jelah kau" kata Irfan dan terus menyuapkan ais krim ke dalam mulut Isyraf.

"Ha dah habis" kata Rayyan selepas sahaja dia habis menyuapkan Qayla aiskrim. Dia terus mengangkat tangannya ke arah penjaga itu untuk memberi tanda yang mereka sudah selesai.

"Alah dah habis dah ke" cebik Qayla.

"Asal? kau nak aku suap kau lagi ke?" usik Rayyan.

"Ish tak adalah, aku nak aiskrim tu lagi bukan nak kau suap. Jangan perasan" kata Qayla sambil menjeling Rayyan.

Perempuan Itu Suri HatikuWhere stories live. Discover now