_
"Qayla bangun la, class dah habis dah" Kejut Dhia sambil menepuk badan Qayla.
"Adu lambat la nak tunggu korang, aku nak berak ni" kata Afrina lalu terus berlari keluar.
"Ehhh weh tunggu!" jerit Dhia kepada Afrina yang sudah berlari keluar.
"Eh Qayla, kau payah sangat nak bangun kenapa, aku pergi dulu lah" Kata Dhia lalu dia pon berlalu keluar.
Setelah 5 minit Qayla tidur di dalam kelasnya, Qayla bangun dari tempat duduknya dan beredar pergi ke dormnya.
Qayla mengeluh apabila lift yang ditunggu kan itu mengambil masa yang terlalu lama, lalu Qayla pun terus menaiki tangga yang berdekatan dengannya. Sebaik sahaja dia menaikinya..
"Eh perempuan!" jerit seorang perempuan yang berada di depannya.
"Haih, nama aku Qayla Adriana" Jawab Qayla lalu menghiraukan minah yang berada di depannya. Siapa lagi kalau bukan Anis kan.
"Eh aku cakap dengan kau la!" Anis menolak bahu Qayla
"Eh!"
Qayla membuka matanya, Qayla fikir dia kesakitan kerana terjatuh dari tangga, tetapi tidak apabila Izhan menyambut dia daripada terjatuh
"Huh, awak?" Qayla memandang Izhan yang berada di sebelahnya.
Anis hanya memerhatikan drama TV 3 di bawah tangga itu. Ia lebih menambahkan rasa geram Anis dan berhasrat dengki dengan Qayla.
"Eh perempuan?, kau memang dah tak ada kerja ke sampai nak tolak orang ni!?" Marah Izhan kepada Anis
"Eh? I tak tolak la, dia yang jatuh sendiri" Jawab Anis sambil menjeling Qayla
"Eh lah? buat apa aku nak bunuh diri, dah bahagia dah pun" Sambung Qayla dengan wajah yang begitu marah dengan sikap Anis.
"Eh kau pergi la!! semak kau tau tak!" jerit Izhan
"You.." Anis berasa sangat malu apabila Izhan memarahinya
"Kau pergi lah!" Marah Izhan lagi, tanpa memandang wajah perempuan itu. Siapa je hamak
Anis berlalu pergi kerana berasa malu apabila Izhan meninggikan suara kepadanya, dia berasa maruah nya tercalar di depan Qayla, tetapi dia masih ada sifat dengki dengan Qayla kerana Qayla tidak dimarahi oleh Izhan.
"Qayla ok?" Tanya izhan kepada Qayla yang hanya menyaksikan pergaduhannya dengan Anis tadi.
"Eh saya ok je" Qayla terus berdiri
"Qayla, please jangan layan dia lagi" Marah Izhan, tetapi dengan nada suara yang lembut
"Saya layan dia?, huh saya naik tangga elok je tau tadi, dengan tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba dia terpancul ha depan mata saya, sebok tegur orang" Terang Qayla kepada Izhan.
"Ohh sorry sorry, Izhan tak tahu" Jawab Izhan
"Eh yang awak ada dekat dorm perempuan ni kenapa, tak takut ke nanti orang fikir lain?" Tanya Qayla dengan riak wajahnya yang pelik
"Eh haah, Izhan nak jumpa Qayla je sebenarnya" kata Izhan yang teringat apa tujuannya kesini.
"Tapi tak apa lah, lain kali kita jumpa" Sambung Izhan lagi
"Kalau macam tu, awak pergi lah, saya nak pergi bilik saya" Kata Qayla
"Oh okok, Qayla rehat la" Jawab Izhan dan dia hanya memerhati Qayla berjalan ke biliknya.
"Haih" Izhan mengeluh apabila cadangannya gagal untuk mengajak Qayla mengambil angin. Dia pun keluar dari asrama itu dan balik ke dorm nya. Hrm, pelik bukan

YOU ARE READING
Perempuan Itu Suri Hatiku
RomanceKarya Pertama Afrina Natasya dan Dhia Ellyna cuba untuk menolong rakan mereka Qayla Adriana untuk melupakan bekas kekasihnya. Namun tiada satu pun cadangan yang berhasil bagi Qayla sampaikan muncul seorang lelaki yang mampu membuatkan nya untuk melu...