11

1.6K 115 8
                                        

                                
"Habis pon kelas, pagi tadi tak ada kelas, tapi asal la petang ada!" bebel Afrina

"Hm, aku balik dorm dulu tau, korang nak pergi cafe kan?, beli la kan aku sikit, aku malas nak pergi" Kata Qayla kepada Dhia dan Afrina.

Selepas apa yang berlaku pagi tadi, badan Qayla berasa sangat letih.

"Oh ha yela" Jawab Afrina
"Hm kesian dia" Sambung Afrina lagi

"Weh kau kata nak cerita, sekarang la sesuai!" Dhia teringat kata kata Afrina.

"Oh haah, ok ok aku cerita, tapi jom lah pergi cafe dulu, cari tempat duduk" Afrina sebenarnya terlupa yang dia mahu cerita kepada Dhia, tetapi nasib Dhia yang mengingatkannya.

Lalu mereka berdua pun berjalan pergi ke cafe bersama.

"Weh duduk sini, tak ada lah ramai orang sangat" Kata Dhia

"Ha okey"

"Macam ni cerita dia.." Afrina mula bercerita

"Pagi tadi, si Anis tu mesej Qayla dekat Instagram, so Qayla pon balas la mesej dia, Anis cerita pasal Izhan"

"Izhann!??!" Dhia terkejut

"Iyee, kejap kau dengarlah dulu aku cerita ni" adu Afrina

"Ha sambung sambung" kata Dhia

"Ha Anis kata circle Izhan ni suka shaming orang, sebab kawan Anis pernah kena, lepastu Qayla terkejut lah, sebab tu dia nangis" Sambung Afrina.

"Weh?!, Ya Allah kesian kawan aku" Dhia juga tidak sangka dengan perbuatan Izhan.

"Tapi aku rasa taklah. Takkan si Anis tu tiba-tiba nak jadi baik pula lepas apa dia buat kat Qayla" sambung Afrina

"Hrm, betul jugak. Habistu Qayla percaya lah cakap senah tu?" Tanya Dhia

"Eh kau ni, dah dia nangis mestilah percaya" Jawab Afrina.

"Haah ek, tak apa kau Anis. Siap-siap aku kerjakan betina tu!" Marah Dhia

"Eh eh, Qayla kata jangan kecoh kecoh, so kau rilek je" Kata Afrina kepada Dhia yang berdendam dengan Anis itu

"Kau boleh rilek kawan kau jadi macam tu?!" Marah Dhia

"Bukan macam tu lah, nanti aku ada cadangan" Terang Afrina

"Cadangan apa?" Tanya Dhia

"Esok kau ikut aku" Jawab Afrina

                               •••••

"Weh apa yang kau nak cadang tu" Bisik Dhia kepada Afrina

"Lepas kelas habis aku cakapla" Jawab Afrina

--

"ok class, thank you for today..
everyone can disperse now"

"Qayla tunggu" Afrina memanggil Qayla

"Aku penatlah" Jawab Qayla dengan suara yang sangat letih.

"Kitaorang nak jumpa Anis" Kata Afrina.

"Hah? kau nak buat apa!" Qayla risau yang Afrina akan membuat kecoh

"Kau percaya ke betina tu cakap? eh kita tak boleh jadi bodoh tau" Kata Afrina lagi, Afrina kasihan kepada Qayla kerana dia seakan akan diperbodohkan oleh Anis.

"Aku...entah lah, aku rasa apa dia cakap tu betul" Jawab Qayla, dia merasa apa yang dikatakan Anis itu perkara betul.

"Otak kau? dia dah buat kat kau macam macam, takkan lah tiba tiba nak jadi baik" Kata Afrina

Perempuan Itu Suri HatikuWhere stories live. Discover now