Sampai sahaja dirumah, Afrina terus membuka phone nya dan menghantar gambar Izhan dan Anis yang diambil oleh Rayfal tadi ke dalam group mereka bertiga.
Dhia yang sedang menonton tv terus membuka phone nya apabila dia mendengar notification.
Afrina : Send a photo
Dia terus melihat gambar itu. Apabila dia melihat gambar itu, automatik mulutnya terbuka luas.
"Weh Qayla!" Jerit Dhia. Bahu Qayla terhenjut sedikit akibat terkejut dengan jeritan Dhia disebelahnya.
"Asal kau terjerit jerit ni?" Soal Qayla pelik. Mereka baru sahaja balik dari pantai, jadi mereka membuat keputusan untuk melepak sahaja dirumah. Dhia sudah kena balik esok.
"Kau tengok ni" Kata Dhia lalu menunjukkan gambar yang Afrina hantar tadi. Phone Qayla di atas tengah cas, jadi dia terus bagi phone nya.
Qayla hanya melihat gambar Izhan dan Anis yang sedang bermesraan sebelum dia mengalihkan pandangannya ke tempat lain.
"Weh Qayla, jangan lah macam ni" Pujuk Dhia sambil mengusap bahu Qayla untuk memujuknya.
"Aku dah tak tahan dah weh" Kata Qayla dengan nada yang perlahan.
"Tak kan kau nak tunggu dia lagi? sampai bila Qayla?" Soal Dhia. Qayla hanya diam.
"Dah dah jangan sedih. Aku kan ada, Afrina pun ada. Kitorang ada untuk jaga kau, tak kan la kitorang nak biar kau sedih kan" Pujuk Dhia lagi. Qayla memandang wajah Dhia yang tersenyum kecil lalu terus memeluknya.
"Terima kasih Dhia" Ucap Qayla. Dhia terus membalas pelukan Qayla dan mengusap belakangnya.
"Dah jangan sedih sedih lagi, tak suka lah tengok kau macam ni" Kata Dhia sambil mencebik. Qayla hanya ketawa perlahan.
•••••
Sudah empat hari berlalu, Qayla sedang memikirkan apa yang dia nak buat sekarang.
"Haih nak buat apa ni, cuti sem lambat lagi nak habis. Bosan la duduk je dalam rumah ni" Kata Qayla sambil mengeluh.
Tiba tiba dia mendapat notification daripada seseorang, lantas dia membuka phone nya.
Rayyan poyo
Rayyan poyo : Kau busy ke?
"Wah, panjang umur member. Cakap bosan je terus muncul" Kata Qayla dengan tersengih.
-Tak pun, aku bosan
Rayyan poyo : Okey cun, jom ikut aku malam ni nak?
-Pergi mana?
Rayyan poyo : Adalah
-Ghisau aku dengan kau ni
Rayyan poyo : Eh elok sikit eh, aku tak buat apa pun. Nak ajak kau makan malam je
-Ye eh, betul eh?
Rayyan poyo : Yelah
-Ha okey, amik aku
Rayyan poyo : Pukul 9, jangan lambat
Seen
"Ada ada je mamat ni, kemana dia nak bawak tak tau la" Bebel Qayla. Dia terus memandang jam yang tergantung di dinding biliknya.

YOU ARE READING
Perempuan Itu Suri Hatiku
RomantikKarya Pertama Afrina Natasya dan Dhia Ellyna cuba untuk menolong rakan mereka Qayla Adriana untuk melupakan bekas kekasihnya. Namun tiada satu pun cadangan yang berhasil bagi Qayla sampaikan muncul seorang lelaki yang mampu membuatkan nya untuk melu...